Sunday, July 20, 2014

Inilah cerite yang bikin Wak pening pale...............

Anwar sahkan peralihan kuasa di Selangor

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa pemimpin parti itu bersetuju dengan satu "peralihan kuasa yang lancar" bagi jawatan menteri besar Selangor.

Seperti dilapor Malaysiakini sebelum ini, Anwar memberi isyarat bahawa menteri besar baharu kemungkinan besar adalah isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Namun, beliau tidak mendedahkan sebarang nama lagi memandangkan majlis presiden Pakatan Rakyat belum bertemu membincangkan perkara itu.

Azizah disebut-sebut bakal menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu untuk penggal kedua tetapi berhadapan pelbagai kritikan terhadap caranya menguruskan negeri.

Ia termasuklah cara beliau menguruskan sumber negeri sehingga kepada pendekatannya yang kurang berbincang dengan orang ramai dalam hal ehwal projek-projek mega seperti Lebuh Raya Kidex.

Anwar berkata sekretariat Pakatan Rakyat telah dimaklumkan tentang keputusan itu walaupun majlis presiden akan hanya bertemu pada minggu hadapan.

"Biro politik PKR dan pemimpin-pemimpin parti dalam majlis pimpinan pusat sepakat dengan satu peralihan kuasa secara lancar di Selangor dan bersetuju ia patut dibincangkan secara tertib dengan Khalid," katanya sewaktu ditemui di Guar Perahu, Pulau Pinang hari ini.

Wak bukan nye tak suke atau menentang tentang peralehan jawatan Menteri Besar Selangor ni, tapi yang menghairankan Wak cume tentang pengganti nye tu aje. Kalau betul benar pengganti nye tu Datuk Seri Wan Azizah, Wak memang 100persen TIDAK SETUJU.
Wak tak setuju bukan nye kerane pengganti tu wanita atau pun dah tue, tetapi cume kerane pengganti tu isteri Ketue UMUM PKR, tu aje. Wak lebih bersetuju jike pengganti tu dari kalangan pemimpin yang lebih mude dan tiade ade kaitan dengan Ketue Umum PKR tu.
Wak yakin krisis dalaman yang sedang berhadapan dengan MB yang ade sekarang tidak mungkin boleh di selesaikan dengan mengaleh kan kuase kepade Datuk Seri Wan Azizah. Pade pandangan Wak krisis itu mungkin akan menjadi bertambah parah.
Jike sekire nye Datuk Seri Anwar terus juge berdegil mahukan isteri nye untuk menggantikan Datuk Khalid, Wak yakin negeri Selangor akan menerime nasib yang malang seperti negeri Kedah tempoh hari.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-