BERNAMA › BERITA
KPDNKK Kumpul Maklumat Mengenai Pengasas Skim Cepat Kaya YSLM
KUALA PILAH, 14 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini dalam proses mengumpul lebih banyak maklumat mengenai pengasas skim cepat kaya YSLM, Zhang Jian, yang didapati menjalankan perniagaan secara haram.
Ketua Setiausaha KPDNK Datuk Seri Alias Ahmad berkata pihaknya sedang mendapatkan nama sebenar Zhang Jian, 26, sebab dia menggunakan beberapa nama berlainan serta nombor pasport warga China itu untuk pihaknya mengesan di mana dia berada.
"Kita juga sedang mengesan akaun sebab kemungkinan dia menggunakan 'server' (pelayan) atas talian dia itu yang berada di Hong Kong. Jadi kita tidak pasti akaun mana dia buka.
"Jika jelas akaun mana dia buka, saya akan mengesyorkan kepada Bank Negara supaya dibekukan sahaja akaun tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di Masjid Kariah Kampung Tengkek, Batu Kikir dekat sini, Ahad malam.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Zhang Jian, yang mendakwa dirinya orang terkaya di dunia datang ke Malaysia awal tahun ini mewujudkan skim cepat kaya.
Bagaimanapun, siasatan KPDNKK mendapati skim itu adalah haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak memiliki lesen daripada KPDNKK untuk menjalankan aktiviti jualan langsung.
Mengenai dua kes yang dilaporkan di Selangor mengenai kegiatan syarikat itu, beliau berkata pihaknya masih memerlukan nasihat Peguam Negara untuk mendapatkan keterangan daripada seorang daripada pengarah dalam syarikat yang bersekongkol dengan syarikat YSLM.
"Syarikat itu adalah syarikat tempatan yang berdaftar tetapi syarikat ini selalu berkolaborasi dengan YSLM. Oleh itu, kita perlu mendapatkan lebih maklumat dan juga keterangan daripada pengarah dan juga pemilik kediaman yang digunakan di Seri Petaling itu.
Katanya perkara-perkara sedemikian memerlukan maklumat tambahan supaya KPDNKK dapat mengemukakan laporan lengkap kepada pihak Peguam Negara untuk pertuduhan.
"Saya percaya Zhang Jian tidak ada dalam negara sebab dia tidak hadir pada dua programnya di Ipoh dua hari lepas dan Johor semalam. Jelas, dia melarikan diri. Kita akan berhubung dengan Polis Diraja Malaysia dan Interpol untuk membantu mengesan dia.
"Sebab itu saya menyeru mangsa skim cepat kaya ini supaya melaporkan kepada polis. Adalah dipercayai antara 80,000 hingga 100,000 orang yang mengambil bahagian dalam skim itu di negara ini," katanya.
Alias berkata beliau tidak menolak Zhang Jian kini berada di Taiwan dan akan menghubungi wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia berhubung perkara itu.
"Saya percaya mereka (wakil Taiwan) memberi perhatian mengenai perkara ini tetapi pihak mereka pun sedang menyiasat," katanya.
Katanya Zhang Jian adalah seorang yang pintar menipu dan menggunakan pelbagai helah termasuk perang saraf.
"Sumber memberitahu bahawa Zhang Jian, kalau gagal di Malaysia dia akan beroperasi di Taiwan. Itu adalah perang saraf dia untuk menyatakan dia memang aktif dalam bidang ini. Tetapi kita pasti kerajaan Taiwan, sama seperti Malaysia mengharamkan aktiviti berkaitan skim cepat kaya ini. Jadi, dia tidak akan pergi ke mana.
"Kita sedang menyiasat dan kes ini memerlukan dia (Zhang Jian) hadir untuk memberi keterangan. Tetapi saya percaya dia tidak akan muncul di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
BERNAMA Patung wanita bersayap yang dibuang dari Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca DUA patung ukiran berbent...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.