Showing posts with label pelaburan. Show all posts
Showing posts with label pelaburan. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Kecekapan pehak berkuasa Thailand.........

Di Malaysia mereke dah kaut duit ratusan juta RM.........







sepandai2 zhang dan yoyo melompat...kantoi jugak...menipu orang xakan selamat punya...
"The richest man in the world in the future," Thailand arrested!
28/10/2014 ahead of the world's richest man, Zhang Jian and his wife shake King, has been in Thailand has been arrested!
According to the roadside message, who was in Phuket, Thailand Thailand Phuket train ^^!
Police seized large quantities of cash on the spot, with 5 Malaysia citizen, all detained! There is no further news! (Translated by Bing)

Wednesday, July 16, 2014

Ciri-ciri skim cepat kaya vs e-share YSLM

Zali Yusof Ciri-ciri skim cepat kaya vs e-share YSLM1. Promosi memfokuskan kepada mencari dan mendapatkan downline.
- promosi yslm berfokus pada diskaun 50% untuk pembelian di outlet apabila menjadi ahli...mencari downline (aktif) dan buat e-share (pasif) adalah pilihan yg boleh dibuat tanpa paksaan

2. Pembayaran bonus berdasarkan kepada pencarian downline.
- income di yslm berdasarkan samada : a. mencari downline/buat e-share
b. buat e-share sahaja

3. Kontrak bertulis kepada ahli tidak disediakan.
- semua ahli diberi 1 account yslm yg terdapat di dalamnya peraturan

4. Pembelian wajib produk/perkhidmatan dikenakan sebagai syarat permulaan untuk mendapat bonus.
- tiada paksaan dalam pembelian produk2 di outlet yslm...cuma dapat 50% discount dan tidak ada apa2 bonus yg didapati dari pembelian produk yslm

5. Dikehendaki membeli produk dengan harga yang tidak munasabah atau pembelian pakej produk diberikan bonus.
- tiada paksaan dalam pembelian produk dan tiada bonus kecuali 50% discount saja yg diberi pada ahli bagi pembelian semua jenis produk

6. Polisi bayaranbalik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan.
- produk yg dibeli xboleh dikembalikan tetapi boleh ditukar jika rosak dalam jangkamasa tertentu selepas pembelian.

7. Penarikan diri sebagai ahli tidak dibenarkan.
- ahli tidak terikat dengan yslm kerana keahlian adalah selama 300 hari sahaja...boleh samada memperbaharui keahlian atau tidak tanpa apa2 paksaan

8. Dibenarkan membeli lebih daripada satu keahlian.
- boleh memiliki banyak acc sebab setiap acc mempunyai nilai e-share masing2

9. Struktur pembayaran bonus ditetapkan lebih awal mengikut susunan hirarki.
- tidak semua ahli dapat bonus dari downline walaupun susunan hirarki nya di atas sbb terdapat ahli2 yg hanya buat e-share sahaja.

10. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat adalah tidak berkualiti, tidak halal dan tidak selamat.
- produk yg sama kualitinya seperti di pasaran biasa

sumber ciri2 skim cepat kaya :
http://www.islam.gov.my/.../awas-jerat-skim-cepat-kaya...


www.islam.gov.my
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malays... See More

Monday, July 14, 2014

Skim Cepat Kaya ???

BERNAMA › BERITA

KPDNKK Kumpul Maklumat Mengenai Pengasas Skim Cepat Kaya YSLM

KUALA PILAH, 14 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini dalam proses mengumpul lebih banyak maklumat mengenai pengasas skim cepat kaya YSLM, Zhang Jian, yang didapati menjalankan perniagaan secara haram.

Ketua Setiausaha KPDNK Datuk Seri Alias Ahmad berkata pihaknya sedang mendapatkan nama sebenar Zhang Jian, 26, sebab dia menggunakan beberapa nama berlainan serta nombor pasport warga China itu untuk pihaknya mengesan di mana dia berada.

"Kita juga sedang mengesan akaun sebab kemungkinan dia menggunakan 'server' (pelayan) atas talian dia itu yang berada di Hong Kong. Jadi kita tidak pasti akaun mana dia buka.

"Jika jelas akaun mana dia buka, saya akan mengesyorkan kepada Bank Negara supaya dibekukan sahaja akaun tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di Masjid Kariah Kampung Tengkek, Batu Kikir dekat sini, Ahad malam.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Zhang Jian, yang mendakwa dirinya orang terkaya di dunia datang ke Malaysia awal tahun ini mewujudkan skim cepat kaya.

Bagaimanapun, siasatan KPDNKK mendapati skim itu adalah haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak memiliki lesen daripada KPDNKK untuk menjalankan aktiviti jualan langsung.

Mengenai dua kes yang dilaporkan di Selangor mengenai kegiatan syarikat itu, beliau berkata pihaknya masih memerlukan nasihat Peguam Negara untuk mendapatkan keterangan daripada seorang daripada pengarah dalam syarikat yang bersekongkol dengan syarikat YSLM.

"Syarikat itu adalah syarikat tempatan yang berdaftar tetapi syarikat ini selalu berkolaborasi dengan YSLM. Oleh itu, kita perlu mendapatkan lebih maklumat dan juga keterangan daripada pengarah dan juga pemilik kediaman yang digunakan di Seri Petaling itu.

Katanya perkara-perkara sedemikian memerlukan maklumat tambahan supaya KPDNKK dapat mengemukakan laporan lengkap kepada pihak Peguam Negara untuk pertuduhan.

"Saya percaya Zhang Jian tidak ada dalam negara sebab dia tidak hadir pada dua programnya di Ipoh dua hari lepas dan Johor semalam. Jelas, dia melarikan diri. Kita akan berhubung dengan Polis Diraja Malaysia dan Interpol untuk membantu mengesan dia.

"Sebab itu saya menyeru mangsa skim cepat kaya ini supaya melaporkan kepada polis. Adalah dipercayai antara 80,000 hingga 100,000 orang yang mengambil bahagian dalam skim itu di negara ini," katanya.

Alias berkata beliau tidak menolak Zhang Jian kini berada di Taiwan dan akan menghubungi wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia berhubung perkara itu.

"Saya percaya mereka (wakil Taiwan) memberi perhatian mengenai perkara ini tetapi pihak mereka pun sedang menyiasat," katanya.

Katanya Zhang Jian adalah seorang yang pintar menipu dan menggunakan pelbagai helah termasuk perang saraf.

"Sumber memberitahu bahawa Zhang Jian, kalau gagal di Malaysia dia akan beroperasi di Taiwan. Itu adalah perang saraf dia untuk menyatakan dia memang aktif dalam bidang ini. Tetapi kita pasti kerajaan Taiwan, sama seperti Malaysia mengharamkan aktiviti berkaitan skim cepat kaya ini. Jadi, dia tidak akan pergi ke mana.

"Kita sedang menyiasat dan kes ini memerlukan dia (Zhang Jian) hadir untuk memberi keterangan. Tetapi saya percaya dia tidak akan muncul di Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

Saturday, June 14, 2014

Mari! Mari! siapa mau cepat jadi kaya.......

Ini adalah satu syarikat pelaburan yang kunun nye boleh memberi keuntungan yang sangat besar dalam mase yang singkat. Operasi nye sangat mudah, kite cume perlu melabur sejumlah wang dalam syarikat ini dan tunggu mase sahaje untuk mendapatkan keuntungan yang ber gande2.

Graf diatas ni yang di paparkan oleh seorang agen pelaburan tu memberi sedikit gambaran tentang operasi nya. Pade pendapat Wak berdasarkan kepade graf itu make sah lah pelaboran ini beroperasi same macam 'skim cepat kaya pakman telo' atau pun 'labu peram' yang telah di haramkan dulu.

Dalam operasi skim pelaboran ini member di atas 'makan' dari pelabor2 yang di bawah. Pelabur2 di atas ni memang nye untung besar, tetapi pelabur2 yang di bawah itu lah yang paling malang apebile skim ini 'runtuh'.

Skim ini memang telah di haram kan, tetapi 'ahli perniagaan' yang bijak akan seniase mengubah care operasi nye untuk memerangkap orang2 yang tidak peka tentang 'skim pelaburan cepat kaya' ni.


Yang sangat menghairankan Wak ade pule yang melibatkan para menteri2 kite kedalam syarikat pelaburan ini. Penglibatan menteri2 ini se olah2 memberi sokongan dan jaminan bahawe rakyat boleh dan selamat melabur dalam syarikat itu.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-