Thursday, August 14, 2014

Rodziah tolak Khalid, tetap bersama KEADILAN

SHAH ALAM 14 OGOS: Exco Selangor, Rodziah Ismail menolak untuk bersama Menteri Besar bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan meida tiga perenggan itu. Rodziah yang juga Adun Batu Tiga bertekad untuk terus bersma memantapkan Pakatan Rakyat di Selangor.


“Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor.

“Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan Parti Keadilan Rakyat, yang saya menganggotainya.

“Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah memelihara mandat yang telah diberi oleh rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri Selangor,”katanya selepas pulang dari Bangkok mewakili KEADILAN dalam satu kursus politik di Bangkok.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam semalami, Khalid berkata beliau masih belum menulis surat pemecatan kepada Rodziah yang berada di luar negara ketika itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-