PERMULAAN KEMPEN RAKYAT HAKIM NEGARA YANG CUKUP MENGHAMPAKAN.
Tarikh/Waktu:- 15hb Oktober 2014 jam lebih kurang 5.30 ptg
Acara:- Flashmob Rakyat Hakim Negara.
Semalam Angkatan Muda Keadilan melancarkan kempen selama 14 hari bagi menunjukkan solidariti terhadap Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.
Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kemuncak kempen yang bertemakan 'Rakyat Hakim Negara' itu akan diadakan di Putrajaya pada 28 Oktober depan.
Antara program kempen itu ialah flashmob, edaran risalah, ceramah di seluruh negara dan juga kempen melalui media sosial.
"Siri ceramah ini juga akan dijalankan bersama Anwar Ibrahim di beberapa lokasi di seluruh negara yang akan dimaklumkan kelak.
"Kemuncak kempen Rakyat Hakim Negara adalah ceramah perdana yang bakal berlangsung di Istana Kehakiman Putrajaya pada 28 Oktober," katanya.
Malah, beliau yang juga ADUN Seri Setia merangkap Exco Selangor turut meminta orang ramai untuk hadir pada 28 dan 29 Oktober bagi menunjukkan solidariti terhadap Anwar.
"Kita bersedia dengan segala kemungkinan. Ia bukan sahaja kes ini semata-mata tetapi kes ini juga sebagai satu pencetus kepada isu-isu yang kini dihadapi rakyat," katanya lagi.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober depan untuk mendengar rayuan Anwar bagi mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan Liwat II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambah hukuman itu.
Mana perginya budak-budak AMK yang semasa Kongres Nasional 2014 cukup lantang menjerit dengan semangat luar biasa berkobar akan pertahankan DSAI????? ... Mana dia????? .. Sudah lunturkah semangat juang kalian?????
Mengapa begitu sekali hambarnya sambutan flashmob Rakyat Hakim Negara ... terkejut bercampur sedih dan pilu bila Omak dapat kiriman gambar seperti atas.
Dimana silapnya???? ... Apakah sebab dan puncanya boleh terjadi sedemikian????? .. Adakah kerana Pemuda PAS dan NGO-NGO lain yang pro DSAI tidak dijemput dan dipelawa untuk sama-sama memperjuangkan nasib DSAI????
Apakah AMK dilihat sebagai cuba mau membolot isu perjuangan pembebasan DSAI secara solo dengan hanya berkongsi dengan Jingga 13 sahaja agar dilihat sebagai pelopor dan jaguh perjuangkan keadilan bagi DSAI???
Atau rakyat sudah muak diheret kejalanraya????
Dulu kalau apa jua program yang ada kaitan dengan keadilan untuk DSAI, jumlah yang hadir berikan sokongan cukup mengkagumkan sekali .. tetapi hari ini cukup menghampakan sekali .. jauh dari apa yang pernah dilihat maupun diramalkan.
Omak rasa rakyat terutamanya anak-anak muda masih ada yang mau turun kejalan raya, tetapi ianya tertakluk, kepada cara pengajuran kempen ini diurus tadbir.
Rakyat bukan sahaja hakim negara kepada kes rayuan terakhir Liwat II tetapi juga memerhati, memantau, menilai dan seterus menjadi Hakim Negara cara gerak kerja kepimpinan AMK yang baru di pilih ini.
Suatu permulaan yang cukup mengecewakan... AMK kena balik pandang dinding dan lakarkan segala punca dan alasan kenapa Flashomob hari ini gagal .. kena berlapang dada dan berdingin kepala akui kebenaran tanpa bersifat sindrom nafi disalut dengan ego hidung tinggi.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.