Friday, October 31, 2014

Solat Hajad dan Munajat di kediaman Anwar Ibrahim malam ini (30 Okt)


KUALA LUMPUR 30 OKT: Solat hajat dan munajat bagi memohon supaya kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipermudahkan akan diadakan di kediaman Ketua Umum KEADILAN itu pada malam ini.

Program yang dijadual bermula jam 6.30 petang ini akan dimulai dengan zikir munajat, sehingga ke solat maghrib.

Kemudian program diteruskan dengan solat hajat dan tazkirah oleh Anwar sendiri sebelum menunaikan solat Isyak.

Esok pula, Anwar dijadualkan akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya.

Perbicaraan Fitnah II yang ditangguhkan tengahari tadi akan bersambung semula esok di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Shafee Abdullah akan memulakan penghujahannya pada esok pagi.

Manakala pasukan pembelaan pula akan menjawabnya pada Isnin, 3 Oktober, di mana keputusan rayuan terakhir Anwar dijangka diperolehi pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-