Showing posts with label LIWAT 11. Show all posts
Showing posts with label LIWAT 11. Show all posts

Friday, October 31, 2014

Solat Hajad dan Munajat di kediaman Anwar Ibrahim malam ini (30 Okt)


KUALA LUMPUR 30 OKT: Solat hajat dan munajat bagi memohon supaya kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipermudahkan akan diadakan di kediaman Ketua Umum KEADILAN itu pada malam ini.

Program yang dijadual bermula jam 6.30 petang ini akan dimulai dengan zikir munajat, sehingga ke solat maghrib.

Kemudian program diteruskan dengan solat hajat dan tazkirah oleh Anwar sendiri sebelum menunaikan solat Isyak.

Esok pula, Anwar dijadualkan akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya.

Perbicaraan Fitnah II yang ditangguhkan tengahari tadi akan bersambung semula esok di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Shafee Abdullah akan memulakan penghujahannya pada esok pagi.

Manakala pasukan pembelaan pula akan menjawabnya pada Isnin, 3 Oktober, di mana keputusan rayuan terakhir Anwar dijangka diperolehi pada hari tersebut.

Tuesday, January 17, 2012

Anwar, saman Saiful ...........

Wak fikir Anwar perlu saman Saiful untuk benar2 bersihkan keluargan dan penyokong nya sekali. Selama ini Anwar sudah cukup di malikan, bukan saja 1 Malaysia tahu perkara beliau 'meliwat' Saiful tetapi seluruh dunia juga telah dapat mengetahui nya.

Sekarang Anwar sudah di bebaskan, walau apacara pun keputusan beliau di bebaskan, beliau tetap sudah bebas. Maka inilah masanya untuk beliau membersihkan diri nya. Wak juga fikir tentang tindakan saman ini juga boleh membuat orang lain fikir dua tiga kali dulu sebelum mengaku dirinya di liwat.

Jika Anwar berdiam diri dan biarkan perkara ini begitu saja, pasti tidak lama lagi akan timbul pula kes 'liwat III'. Itu Wak gerenti pasti akan berlaku. Anwar perlu kenakan saman kepada semua pehak yang terlibat memalukan nya, terutama Saiful.

Wednesday, January 11, 2012

Keputusan mahkamah telah lenyapkan ribut NFC

Sebelum ni wak dengar heboh sangat tentang cerita lembu2 yang di pelihara oleh suami seorang menteri 1 Malaysia. Cerita nya terlalu sensasi sehinggakan setiap laman blog menyuarakan pendapat nya masing2. Yang anti kerajaan membuat berbagai tuduhan mem buruk2 kan tentang tuan punya lembu dan keluarganya.

Bagi bloggers yang pro kerajaan juga sebok mempertahan kan kebenaran bagi pehak menteri yang berkenaan dan keluarganya. Pendek kata berbagai cerita telah di persembahkan oleh ke dua2 belah pehak. Bab cerita lembu ni bagi wak ianya cuma cerita biasa saja.

Kalau wak sekali pun bila dah ada peluang pasti wak kebas punya. Maka tidak salah lah menteri itu jika suami nya yang mendapat peluang itu. Itu sudah jadi lumrah alam - ada kuasa pasti ada peluang!

Cerita lembu2 ni tiba2 saja dah ter berhenti dan terus senyap sunyi sepi tanpa apa berita lagi. Terberhenti nya cerita lembu ini semata2 kerana terkeluar pula satu lagi cerita yang lebih menarik dari cerita lembu - cerita nya tidak lain tidak bukan ialah : "Anwar Ibrahim di bebaskan dari tuduhan liwat" itu saja.

Pada wak ini tandanya Anwar lebih popular dari cerita lembu. Bukanya apa, ini kerana semua pencacai2 UMNO termasuk juga semua menteri2 nya mahukan keputusan bicara di buat supaya Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman.

Bagi penyokong2 Anwar pula ceritanya lain, Anwar mesti di bebaskan kerana tuduhan itu palsu dan fitnah se mata2. Pada Wak ianya lebih kurang maca cerita lembu2 itu juga. Masing2 tuduh menuduh dan bela membela antara satu sama lain.

Monday, January 9, 2012

Kesian nya Wak dengan pencacai2 UMNO ...............................

Wak memang dah agak dah. DSAI akan terlepas dari tuduhan 'liwat 11' ni dengan mudah. Itu pasal dia tak perlu sumpah2 atau masuk ke kandang pembelaan diri di mahkamah. Sebenarnya kesilapan yang di laku kan oleh pehak plaintif terlalu terang dan nyata. Sebagai contoh. plaintif mengaku sebagai Islam yang sejati, tak pernah tinggal kan solat barang satu waktu pun.

Apa bila di tanya oleh peguam DSAI sama ada dia mandi atau tidak selepas di liwat, dia jawab tidak. Bagaimana dia boleh tidak tinggalkan solat sedangkan dia tidak berjunub selepas kena liwat? Ini nandakan bahawa pehak plaintif ini pendusta dan tidak boleh di pakai segala keterangan nya di mahkamah.


Jika sekiranya DSAI di jatuhkan hukuman bersalah juga, makan nama baik kehakiman 1 Malaysia pasti akan terjejas. Bukan saja rakyat 1 Malaysia yang tidak puas hati tetapi seluruh dunia akan pandang serong ter hadap ketelusan mahkamah di Malaysia. Walau apa pun Wak ucapakn tahniah kepada semua pehak pembelaan dan DSAI sendiri.

Kepada semua pencacai2 UMNO yang telah berkerja keras ber sungguh2  dalam menjayakan drama liwat siri 11 mungkin terasa sangat marah dan kecewa di atas keputusan mahkamah. Mungkin mereka akan meneruskan lagi banyak siri2 drama 'liwat' akan datang ini sehingga mereka berjaya memenangi award 'Pemitnah 1 Malaysia'.

Friday, January 6, 2012

Jika DSAI terpenjara........................~~~~

Wak mau kasi sedikit pandangan yang mungkin ada orang yang fikir Wak ni kurang bijak. Apa yang wak nak katakan hari ni ialah tentang DSAI. Beliau ni bukan sembarangan manusia. aura peribadi nya sukar di tandingi oleh mana2 ahli politik.

Cara beliau berpidato memang hebat, ramai anak2 murid nya seperti azmin, ezam dan lain2 sudah berjaya tiru cara beliau berpidato. DSAI ni sebenarnya ada magickal power dalam personaliti nya untuk menarik tumpuan dan perhatian penonton2 ketika beliau berucap. Segara kata2 yang terluah dari mulutnya akan mempersonakan penuntun2 nya. Itu lah yang Wak kata kan tiada pemimpin2 lain boleh buat.

Kini di saat2 akhir kebebasan nya sebelum ke Sg Buluh, sambutan dan sokongan terhadap beliau nampak semakin ber tambah2 meriah. Kebanyak kan pencacai2 UMNO tersalah anggap bahawa tujuan 'road show' yang di buat oleh DSAI ini se mata2 untuk mengubah keputusan mahkamah yang belum pun di putuskan.

Perbicaraan kes LIWAT 11 ini boleh dikatakan telah di ambil perhatian oleh semua manusia di seluruh alam maya ini, dari bayi hingga yang dah tua bangka yang hampir dengan kubur. Manusia2 ini boleh lah dikatakan semuanya berakal dan berfikiran waras2 belaka. Mereka telah pun mengikuti perbicaraan liwat 11 ini dengan penuh minat dan khusuk.

Mereka2 semua nya mengikut perbicaraan ini dengan fikiran yang lapang dan terbuka serta menilai fakta2 yang mana logik dan yang tidak logik dari kedua2 belah pehak. Sepanjang perbicaraan mereka telah dapat memerhati kan tentang beberapa perkara kebobrok kan fakta2 dari pehak plantif yang telah di terima pakai dengan mudah.

Sebagai contoh satu fakta yang tidak logik ialah tentang plaintif yang mengaku tidak mandi junub selama dua hari tetapi dia tidak pernah tinggalkan solatnya. Sebagai seorang muslim yang sejati, bagai mana dia solat tanpa junub selepas dia 'di liwat'? Sebagai rakyat biasa seperti Wak yang tidak belajar tentang undang2 mahkamah pun ada rasakan bahawa plantif ini tidak jujur orang nya.

Jika di takdirkan DSAI di jatuhkan hukuman bersalah, maka pandangan rakyat pasti akan rasa ada sesuatu yang mencurigakan tentang kes 'LIWAT 11' ini. Maka keptutsan hakim 'mahkamah rakyat' pasti akan pandang serong terhadap kerajaan yang memerintah.

Sokongan dan simpati terhadap DSAI semakin bertambah dan rasa ketidak puasan hati rakyat terhadap kerajaan akan bertambah juga.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-