Hakim Mahkamah Tinggi Yeoh Wee Siam memutuskan Utusan bersalah dan bertanggungjawab menyiarkan artikel ‘Kit Siang manipulasi CEC?’, 18 Ogos tahun lalu.
“Saya mendapati bahawa defendan (Utusan) adalah bertanggungjawab melakukan fitnah.
“Defendan diperintahkan untuk membayar sebanyak RM250 ribu sebagai ganti rugi teladan, ganti rugi am dan kerosakan teruk,” katanya Yeoh.
Yeoh juga memerintahkan Utusan untuk membayar RM25 ribu untuk kos.
Artikel bertajuk ‘Kit Siang manipulasi CEC?’ oleh Mingguan Malaysia tersebut memetik kandungan buku ‘Laporan Ekuiti’ memfitnah Kit Siang menipu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada tahun 2012, kononnya demi menjamin kedudukan dalam parti itu.
Antara tuduhan dilemparkan adalah berhubung sejumlah 753 perwakilan tidak dimaklumkan tentang Kongres DAP, serta kewujudan 547 pengundi hantu dari Pulau Pinang.
Pada 26 September lalu, penulis artikel fitnah Lim Kit Siang itu, Kasthuri K Manimaran mengaku artikel terbabit memang bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan memburukkan imej tokoh veteran DAP itu di mata masyarakat. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.