Showing posts with label Hakim Mahkamah Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Hakim Mahkamah Tinggi. Show all posts

Thursday, September 1, 2022

Pembelaan Rosmah penafian kosong semata-mata: Hakim

bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
ajohari@bh.com.my
 - September 1, 2022 @ 4:43pm

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan

KUALA LUMPUR: Pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak adalah penafian kosong semata-mata.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakimannya berkata secara ringkasnya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap ketiga-tuduhan yang dikenakan terhadap Rosmah.

"Mahkamah hendaklah, pada akhir perbicaraan mempertimbangkan semua keterangan yang dikemukakan dan memutuskan sama ada pendakwaan membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

"Selepas menjalankan penilaian maksimum semua keterangan oleh tertuduh dan pihak pendakwaan pada akhir perbicaraan, mahkamah mendapati tertuduh gagal untuk menyangkal anggapan rasuah mengikut Seksyen 50 (1) Akta SPRM.

"Pembelaan tertuduh adalah penafian kosong semata-mata yang dibuat tanpa bukti yang boleh dipercayai dan tidak berasas untuk menimbulkan keraguan yang munasabah.

"Tertuduh dengan itu didapati bersalah terhadap semua tuduhan mengikut Seksyen 16 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Monday, October 19, 2015

Mahkamah perintah Utusan bayar Anwar RM200,000

Hakim Datuk Hue Siew Kheng memerintahkan Utusan dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk, masing-masing sebanyak RM100,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung 2 artikel yang diterbitkan syarikat penerbitan itu membabitkan temu bual Anwar dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual.Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah yang dimenangi bekas ketua pembangkang itu 2 tahun lepas.

Saman itu berhubung 2 artikel yang diterbitkan syarikat penerbitan itu membabitkan temu bual Anwar dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng memerintahkan Utusan dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak selaku defendan membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk, masing-masing sebanyak RM100,000 kepada Anwar selaku plaintif.

Mahkamah juga memerintahkan kos guaman sebanyak RM8,000 dibayar oleh defendan.

Hue ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah mendapati artikel yang diterbitkan defendan dibuat dengan berniat jahat dan defendan gagal membuktikan pembelaan justifikasi dalam kes saman itu.

Pada 21 Januari 2013, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham membenarkan tuntutan saman Anwar dengan memutuskan 2 artikel yang diterbitkan Utusan Melayu pada 17 Januari 2012 berhubung temu bual Anwar dengan BBC, adalah fitnah.

Anwar memfailkan saman fitnah itu pada 10 Januari 2012 bagi menuntut ganti rugi RM50 juta atas dakwaan defendan menerbitkan 2 artikel di muka depan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 17 Januari tahun sama, berhubung temu bual beliau dengan BBC.

Beliau mendakwa pernyataan fitnah itu seolah-olah memberikan gambaran beliau adalah seorang pemimpin Islam yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran agama Islam.

Anwar yang diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya hadir pada prosiding hari ini.

Peguam Muhammad Asmirul Asraf Fadli yang mewakili kedua-dua defendan ketika ditemui pemberita berkata beliau akan mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guam sama ada untuk membuat rayuan berhubung keputusan hari ini. – Bernama, 19 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-perintah-utusan-bayar-anwar-rm200000#sthash.BOX8EtDm.dpuf

Wednesday, December 10, 2014

Akibat fitnah Kit Siang, Utusan diarah bayar RM250 ribu


KUALA LUMPUR, 10 DIS: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd hari ini diarahkan membayar RM250 ribu sebagai ganti rugi terhadap tindakan memfitnah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Hakim Mahkamah Tinggi Yeoh Wee Siam memutuskan Utusan bersalah dan bertanggungjawab menyiarkan artikel ‘Kit Siang manipulasi CEC?’, 18 Ogos tahun lalu.

“Saya mendapati bahawa defendan (Utusan) adalah bertanggungjawab melakukan fitnah.

“Defendan diperintahkan untuk membayar sebanyak RM250 ribu sebagai ganti rugi teladan, ganti rugi am dan kerosakan teruk,” katanya Yeoh.

Yeoh juga memerintahkan Utusan untuk membayar RM25 ribu untuk kos.

Artikel bertajuk ‘Kit Siang manipulasi CEC?’ oleh Mingguan Malaysia tersebut memetik kandungan buku ‘Laporan Ekuiti’ memfitnah Kit Siang menipu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada tahun 2012, kononnya demi menjamin kedudukan dalam parti itu.

Antara tuduhan dilemparkan adalah berhubung sejumlah 753 perwakilan tidak dimaklumkan tentang Kongres DAP, serta kewujudan 547 pengundi hantu dari Pulau Pinang.

Pada 26 September lalu, penulis artikel fitnah Lim Kit Siang itu, Kasthuri K Manimaran mengaku artikel terbabit memang bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan memburukkan imej tokoh veteran DAP itu di mata masyarakat. – Roketkini.com

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-