Showing posts with label saman. Show all posts
Showing posts with label saman. Show all posts

Saturday, February 1, 2025

Amanah saman, kita lawan... 'see you in court'

bharian.com.my
Oleh Siti Rohana Idris 
bhnews@bh.com.my
Februari 1, 2025 @ 9:01pm
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Foto NSTP/Siti Rohana Idris
KOTA BHARU: Parti Amanah berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan bahawa parti itu dilahirkan daripada DAP untuk memecahbelahkan PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menyifatkan perkara itu sebagai masalah besar dan bersedia untuk 'melawan'.

"Mahkamah terbuka, siapa nak saman, siapa nak kena saman pun boleh tapi kadang-kadang banyak juga kes mahkamah berlaku, dia saman orang, dia kalah dan kena bayar pada orang yang dia saman... jadi kita tiada masalah.

"Dia (AMANAH) saman, kita lawan. Jangan anggap dia saja boleh saman, kita pun boleh kerana semua ada hak dari segi undang-undang. Biar mahkamah tentukan, 'see you in court'," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Media terdahulu melaporkan Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menafikan dakwaan Muhammad Sanusi itu dan menegaskan Amanah diasaskan oleh bekas ahli PAS yang menolak hala tuju politik parti berkenaan.

Menurut Mahfuz lagi, terdapat pelbagai dakwaan mengenai asal usul penubuhan Amanah termasuklah ia ditubuhkan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli sedangkan ia tidak benar.

Terdahulu Takiyuddin hadir menyaksikan majlis tandatangan dokumen perjanjian antara Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al Fateh Kampung Sireh dan Yayasan Nik Yahya, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu secara sinis mempelawa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim untuk menyertai PAS.

Ajakan itu sebagai menggantikan cadangan Mohd Zaid terhadap Khairy Jamaluddin sekiranya bekas Menteri Kesihatan itu ingin muncul semula dalam politik.

Takiyuddin berkata, beliau memohon Mohd Zaid membuat permohonan untuk menyertai PAS namun tidak memberi jaminan tokoh politik itu akan diterima atau tidak.

"Saya persilakan (Mohd) Zaid mohon masuk PAS. Lulus atau tidak, tak tahu lagi. Kita pelawa dia masuk PAS, kenapa dia pelawa KJ? Dia (Mohd Zaid) la kena masuk (PAS)," katanya.

Dalam episod terbaharu audio siarnya, Mohd Zaid juga menggalakkan pemimpin UMNO terpinggir mempertimbang PAS sebagai wadah, sambil menyatakan parti itu mampu menawarkan masa depan politik.

Tuesday, January 28, 2025

‘Sempena Tahun Baharu Lunar, maafkanlah Razman’, pemimpin PKR beritahu Hannah

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-28 Jan 2025, 01:21 PM

Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung berkata polemik dicetuskan pemimpin PAS itu jika tidak ditangani dengan konstruktif akan menjarakkan lagi sesama rakyat.
Razman Zakaria sebelum ini menuduh Hannah Yeoh ‘anak orang kaya’ dan ‘anak perempuan YTL’.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR berpendapat Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tidak perlu meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria kerana beliau sudah meminta maaf secara terbuka.

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung, berkata Razman mengakui cubaannya mengaitkan Ahli Parlimen Segambut daripada DAP itu dengan keluarga Yeoh, konglomerat YTL Corporation Berhad berlaku tanpa sengaja.

“Kita harus sedar bahawa polemik yang cuba dicetuskan oleh Razman, jika tidak didepani dengan tepat dan konstruktif, bakal menjarakkan dan bukan mendekati sesama rakyat Malaysia.

“Kepada Hannah, sekarang merupakan masa terbaik untuk membalas sangkaan jahat dengan hati budi yang menonjolkan nilai saling memaafkan dan kemuliaan yang sebenar, khususnya sempena Tahun Baharu Lunar ini,” katanya dalam kenyataan.

Menerusi video tular di media sosial, Razman yang juga Adun Gunong Semanggol mendakwa Yeoh ‘anak orang kaya’ dan ‘anak perempuan YTL’.

Yeoh kemudian membidas tuduhan itu dan memaklumkan akan menyerahkan notis tuntutan saman kepada Razman, walaupun beliau sudah memohon maaf secara terbuka.

Razman mendakwa laporan media berkait isu terbabit hanya mengambil kira 10 saat daripada 30 minit daripada ceramahnya.

Ucapan itu dibuat dalam program Gerak Muafakat Perak diadakan selama tiga hari membabitkan tiga dewan utama PAS.

Dalam pada itu, Lee turut menegur Razman supaya menyemak fakta dan mengenali budaya kaum lain sebelum membuat kenyataan terbuka memandangkan tuduhan fitnah bukan kali pertama dilakukan pimpinan PAS.

“Secara strukturnya, ianya berakar daripada alam kehidupan sesetengah rakyat yang jarang bergaul dan melibatkan diri dalam kegiatan silang budaya.

“Nasihat saya kepada Razman sebagai pemimpin politik adalah – semak fakta dan kenali budaya lain sebelum membuat kenyataan terbuka,” katanya.

Razman, tunggu surat saman saya - Hannah Yeoh

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 28, 2025 10:47 AM
Hannah Yeoh menyelar kesilapan terbaru oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang secara salah menyebut menteri belia dan sukan itu anak pengasas YTL Corporation Berhad, Yeoh Tiong Lay.

Menerusi platform X, Yeoh memberi amaran tentang tindakan undang-undang terhadap Razman, yang semalam memohon maaf atas kesilapannya semasa ucapan selama 30 minit baru-baru ini, dengan satu minit petikan dakwaan tersebut menjadi tular.

“Sebenarnya ucapan Razman Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit.

"Nantikan surat daripada peguam saya. Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama,” kata ahli parlimen Segambut itu.
Semalam, pesuruhjaya PAS Perak itu mengaku salah kerana mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebagai “anak YTL”.

Razman yang juga Adun Semanggol, Perak turut memohon maaf kepada Yeoh dan kumpulan YTL atas kesilapannya itu.

“Saya mengakui kesilapan fakta tentang kaitan Hannah Yeoh dan syarikat gergasi YTL. Saya mengakui bahawa Hannah Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat YTL. Ia kesilapan petikan yang berlaku tanpa sengaja

“Dengan kenyataan ini saya menyatakan kekesalan dan pernyataan maaf kepada pihak YB Hannah Yeoh dan YTL serta mana mana pihak yang terkesan atau tersentuh dengan kenyataan atas kekeliruan fakta tersebut,” katanya melalui satu kenyataan.
Razman dalam ceramah malam kelmarin mendakwa pemimpin DAP itu sebagai “anak YTL”.

Kumpulan YTL diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay. Anaknya Francis Yeoh Sock Ping kini menjadi pengerusi eksekutif.

Yeoh bagaimanapun menjawab “bukan semua Yeoh ada pertalian keluarga.”

Mengulas lanjut, Razman bagaimanapun menyalahkan media kerana “mengerat” video panjang ceramahnya untuk dijadikan tajuk berita.
“Ucapan saya yang dipetik Malaysiakini adalah ayat yang bukan isi utama apatah lagi ceramah tersebut menampilkan tiga tokoh utama,” katanya.

Ini permohonan maaf kedua Razman kepada pemimpin DAP dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Pada 11 Disember lalu, Razman memohon maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana mengaitkannya dengan insiden kibaran bendera China di Teluk Intan pada 24 Okt.

Kenyataan kontroversi terbaru daripada Razman dibuat tidak lama selepas Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad, juga daripada PAS, membayar lebih RM830,000 kepada peguam tiga pemimpin DAP setelah kalah saman dalam kes yang hampir serupa.

Rakyat ‘mual’ dengan pemimpin PAS cakap tak ikut fakta, kata penganalisis

freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli
-28 Jan 2025, 08:30 AM
Mohammad Tawfik Yaakub berkata bercakap tanpa fakta juga merugikan PAS yang terpaksa mengumpul dana bayar saman.

Insiden membabitkan Razman Zakaria seolah menunjukkan mereka tidak ambil iktibar saman libat Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad, kata penganalisis.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis berkata keceluparan segelintir pemimpin PAS mengeluarkan fakta tanpa asas, terbaru membabitkan Razman Zakaria boleh menyebabkan rakyat mual dan hilang kepercayaan.

Mohammad Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya (UM) berkata, insiden membabitkan Razman yang mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mempunyai kaitan dengan keluarga Yeoh konglomerat YTL Corporation Berhad seolah-olah menunjukkan mereka tidak mengambil iktibar.

Beliau merujuk saman membabitkan Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad daripada PAS yang terpaksa membayar RM750,000 kerana bersalah memfitnah veteran DAP Lim Kit Siang, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Menurut Tawfiq, rakyat ‘mual’ dengan sikap pemimpin melontarkan fitnah tanpa asas dan kemudian memohon maaf, merujuk tindakan Razman yang mengakui kekhilafannya dalam membuat dakwaan terhadap Hannah serta YTL.

“Paling merugikan jika disaman seperti dalam kes Mastura, tindakan mengutip dana terpaksa dibuat bagi melangsaikan bayaran kalah saman,” katanya kepada FMT.

Menerusi video tular di media sosial, Razman, pesuruhjaya PAS Perak mendakwa Hannah mempunyai kaitan dengan keluarga Yeoh yang memiliki YTL, kemudian dibidas Ahli Parlimen Segambut itu.

“PAS perlu tahu bahawa tidak semua (nama) Yeoh mempunyai kaitan,” kata pemimpin DAP itu.

Razman yang mengakui kesilapan memohon maaf kepada Hannah, YTL dan pihak terkesan dengan kenyataannya.

Bagaimanapun, Adun Gunung Semanggol itu mendakwa laporan media berkait isu terbabit hanya mengambil kira 10 saat daripada 30 minit daripada ceramahnya.

Disember lalu, Razman turut memohon maaf kepada Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming berhubung fitnah mengaitkan menteri itu dengan insiden mengibar bendera China di Teluk Intan, dua bulan sebelumnya.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) senada tindakan membuat kenyataan tanpa menyemak fakta bukan hanya menyebabkan PAS perlu membuat kutipan dana membayar saman tetapi menjejaskan imejnya.

“Sebolehnya pemimpin PAS pada masa depan sebelum membuat kenyataan mesti merujuk maklumat sahih kerana PAS satu organisasi perjuangkan Islam.

“Jadi bila berlaku isu seperti ini boleh cemar nama baik PAS di mata rakyat,” katanya

Friday, January 24, 2025

Saman fitnah: Muhyiddin selesai bayar RM1.35 juta untuk Guan Eng

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jan 24, 2025 9:33 AM
Muhyiddin Yassin membayar RM1.35 juta sebagai ganti rugi fitnah yang ditetapkan ke atasnya ekoran saman dikemukakan Lim Guan Eng, sementara menunggu rayuan kes tersebut.

Bekas perdana menteri itu juga membayar RM50,000 kepada Lim sebagai kos berhubung dakwaan yang dibuatnya terhadap bekas menteri kewangan terbabit.

Peguam Lim, Guok Ngek Seong, pagi ini mengesahkan bahawa Muhyiddin membuat pembayaran berkenaan sementara menunggu penyelesaian kes di Mahkamah Rayuan.

“Muhyiddin telah membayar baki RM1 juta ke dalam akaun pelanggan firma saya semalam.

“Sebanyak RM400,000 telah dibayar pada Dis (tahun lepas),” kata peguam Lim kepada Malaysiakini hari ini.

Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Muhyiddin, Chetan Jethwani, mengesahkan jumlah penghakiman tersebut telah didepositkan sementara menunggu rayuan anak guamnya.

Pada 8 Nov tahun lalu, pesuruhjaya kehakiman, Roz Mawar Rozain, memerintahkan Muhyiddin membayar ganti rugi RM1.35 juta selepas dia mendakwa Lim memberi izin pembatalan status pengecualian cukai untuk Yayasan Albukhary semasa PH menjadi kerajaan.

Kata Roz Mawar, Presiden Bersatu dan Penngerusi PN itu itu tidak cuba mengesahkan kenyataan tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan, dan mendapati tuduhan tersebut adalah tidak berasas.

Roz Mawar pula menegaskan dalam keterangannya Lim memberi keterangan yang meyakinkan termasuk mengenai penafian dia pernah mengeluarkan sebarang pekeliling untuk membatalkan status pengecualian cukai yayasan berkenaan.

Katanya saksi defendan - seorang pegawai dari Kementerian Kewangan - mengesahkan bahawa sepanjang tempoh menerajui kementerian tersebut Lim tidak pernah mengeluarkan sebarang surat berhubung perkara itu.

“Kenyataan itu bukan sahaja palsu, tetapi berpotensi memudaratkan negara berbilang budaya,” kata Roz Mawar.

Pesuruhjaya kehakiman terbabit juga menyatakan dakwaan Muhyiddin adalah serius kerana memberi bayangan Pengerusi DAP berkkenaan melakukan salah guna kuasa melibatkan pertubuhan kebajikan Islam.

[Baca berita penuh]

Monday, October 14, 2024

'Saya saman Ahmad Zahid kerana dia menghina saya secara peribadi' - Dr Mahathir

bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
ajohari@bh.com.my
 - Oktober 14, 2024
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan saksi berhubung saman terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD

KUALA LUMPUR:
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu adalah satu pembohongan.

Dr Mahathir yang memberi keterangan sebagai plaintif dalam kes saman terbabit di Mahkamah Tinggi hari ini, berkata kenyataan Presiden UMNO itu menggambarkan seolah-olah beliau bukan Mahathir Mohamad.

"Saya memfailkan saman ini kerana beliau menghina saya secara peribadi dengan membangkitkan isu 'kutty' yang menyentuh keturunan saya.

"Masyarakat Melayu tidak meletakkan 'anak lelaki' sebaliknya menggunakan perkataan 'bin' pada nama.

"Mana-mana orang bodoh pun akan faham beliau hendak menggambarkan bahawa saya bukan seorang Melayu, dengan menggunakan perkataan 'anak lelaki Iskandar Kutty'.

"Semua kenyataan beliau adalah bohong. Tujuan beliau adalah untuk menunjukkan saya berpura-pura bahawa saya adalah Mahathir Mohamad," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan undang-undang diambil tiga bulan selepas Ahmad Zahid menyamannya pada April 2022.

Ketika disoal balas peguam Mohd Shahrul Fazli Kamarulzaman mewakili Ahmad Zahid, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan 'Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty' yang didakwa tertera pada kad pengenalan birunya, adalah tidak benar.

Pada prosiding itu, Mohd Shahrul Fazli turut mempertikaikan mengapa Dr Mahathir mengambil masa lima tahun untuk memfailkan saman terhadap Ahmad Zahid.

Dr Mahathir berkata, beliau mempunyai hak mengemukakan tindakan saman yang didakwa menghinanya kerana masyarakat masih mengingati isu dibangkitkan dan dituturkan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir, 99, selaku plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan Ahmad Zahid, 71, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dr Mahathir berkata, defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepadanya ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Dr Mahathir percaya dengan sesungguhnya bahawa individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah sebagai 'orang itu', 'dia' dan 'Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty' jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

Dr Mahathir berkata, Ahmad Zahid yang berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkan beliau kepada rasa tidak puas hati dan dibenci masyarakat.

Susulan itu, beliau berkata, kedudukannya sebagai negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong.

Dr Mahathir berkata, kenyataan fitnah Ahmad Zahid secara tersirat memberi maksud kredibilitinya untuk memimpin negara dan parti yang mengutamakan orang Melayu secara keseluruhan dipersoalkan dan diragui.

Katanya, ia juga difahamkan beliau adalah pembohong, tidak boleh dipercayai, mementingkan diri, tidak beretika memegang jawatan awam dan tidak layak menjadi pemimpin atau tokoh masyarakat.

Prosiding di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong bersambung Rabu.

Tuesday, September 17, 2024

Saman juga ChatGPT, kata Akmal pada 'nyonya' Teresa

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 17, 2024 
Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mencabar Teresa Kok supaya menyaman ChatGPT selepas ahli parlimen DAP itu menyalahkan aplikasi berkenaan dan unsur sensasi oleh pihak media berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

"Sebelum ni salah Dr Akmal katanya. Sekarang dah jadi salah ChatGPT pula ya. Apa punya lawaklah nyonya ni.

"Mohon saman juga ChatGPT tu ya. Tak sabar rasanya nak lawan di mahkamah," katanya pada hantaran di Facebook.

Semalam, Kok memberitahu Mingguan Malaysia bahawa terjemahan ChatGPT dan tumpuan media terhadap unsur sensasi adalah punca kenyataannya mengenai cadangan sijil halal menjadi kontroversi.

“Sewaktu polis menyiasat saya, mereka menunjukkan saya laporan berita yang disiar oleh portal berita tempatan dan kenyataan asal saya daripada Facebook. Polis bertanya kepada saya dengan merujuk setiap perenggan dalam kenyataan itu. Saya pun berterus teranglah.

“Kenyataan asal saya sebenarnya dalam bahasa Mandarin dan saya mengarahkan pekerja saya yang berbangsa Melayu yang fasih bertutur dan menulis dalam Mandarin untuk menterjemahkan ke bahasa Melayu.

“Namun, disebabkan pekerja saya tergesa-gesa ke luar negeri menjalankan tugas, maka, kenyataan ini diterjemah menggunakan varian model bahasa ChatGPT kerana lebih cepat.

“Namun, ada perkataan tertentu yang diterjemah ‘lari’ daripada maksud asal dan pihak kami pula kurang teliti dengan perkataan yang digunakan,” katanya seperti dipetik.

Kok disiasat oleh polis berhubung kenyataannya mengenai cadangan kerajaan untuk mewajibkan sijil halal di restoran dan perniagaan makanan yang tidak menjual daging khinzir dan alkohol.

Dia juga memfailkan saman terhadap Akmal pada 11 September lalu.

Ini selepas ketua pemuda Umno itu menggelar Kok sebagai “Nyonya tua” dan mengingatkannya supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal Islam, selain meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk ‘ditampal’ di dahi pemimpin DAP itu.

Monday, August 26, 2024

Dr M beri keterangan hari ini dalam saman isu gelaran ‘Kutty’

freemalaysiatoday.com
V Anbalagan
-26 Aug 2024, 08:30 AM

Peguam Rafique Rashid Ali berkata pada usia 99 tahun, Mahathir mungkin pengadu paling tua memberi keterangan dalam perbicaraan di negara ini.
Dalam samannya, Dr Mahathir Mohamad mendakwa Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat Umno Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan saman terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu kutty membabitkan bekas perdana menteri itu.

Perbicaraan itu akan dipengerusikan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.

Peguam Rafique Rashid Ali berkata Mahathir, 99, mungkin pengadu paling tua memberi keterangan dalam prosiding undang-undang di negara ini.

Beliau akan membaca kenyataan saksi dan bersedia untuk disoal balas oleh peguam Zahid, katanya kepada FMT.

Rafique berkata, seorang lagi saksi mungkin akan memberi keterangan, jika perlu, sebelum Mahathir menutup kesnya.

Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, dijangka memberi keterangan dan disoal balas esok.

Kami menjangkakan pembelaan akan menutup kesnya pada hari yang sama kerana Zahid merupakan satu-satunya saksi pembelaan, katanya.

Rafique berkata, tidak ada kemungkinan kes saman itu diselesaikan di luar mahkamah kerana kedua-dua pihak tidak dapat bersetuju dengan syarat-syarat penyelesaian.

Perbicaraan, yang pada asalnya dijadualkan pada 13 Feb, ditangguhkan selepas Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan disahkan tidak sihat untuk menghadiri prosiding.

Gan mengarahkan agar tarikh perbicaraan awal ditetapkan kerana usia Mahathir.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mahathir mendakwa Zahid mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat Umno Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Mahathir mendakwa, kenyataan tersebut antaranya membawa maksud beliau bukan dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Islam dengan nama asal yang didakwa sebagai Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.

Zahid dalam pernyataan pembelaan berkata nama itu merujuk kepada seorang individu berdasarkan maklumat dalam salinan kad pengenalan lama.
Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Friday, June 21, 2024

Azam Baki hentikan saman RM10 juta terhadap Lalitha

bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali 
ajohari@bh.com.my
- Jun 21, 2024 
Azam Baki (kiri) dan K Lalitha.

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, memberhentikan saman yang dikemukakan beliau terhadap 'whistleblower' Penyelidik Kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), K Lalitha.

Tuntutan saman fitnah itu adalah berhubung penerbitan artikel 'Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?'. berkaitan pembelian saham yang disiarkan portal agensi berita Independent News Service (INS).

Berdasarkan Notis Pemberhentian bertarikh 11 Jun lalu, Azam memberhentikan tindakan saman berkenaan yang difailkan pada 12 Januari 2022, atas dasar tanpa prejudis dan tanpa pengakuan kedua-dua pihak.

Menurut notis itu, pemberhentian saman itu juga dibuat tanpa kebebasan memfailkan semula dan tanpa perintah terhadap kos.

Notis terbabit difailkan peguam cara Azam daripada firma guaman Tetuan Zain, Megat & Murad, dan ditandatangani secara bersama oleh peguam Lalitha daripada firma guaman Tetuan Khairuddin, Ngiam & Tan.

Pada pengurusan kes saman itu di Mahkamah Tinggi hari ini, Hakim, Datuk Akhtar Tahir, melapangkan tarikh perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 9 Julai ini.

Dalam pernyataan tuntutan, Azam selaku plaintif mendakwa Lalitha telah mengarang dua artikel bertajuk "Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?" (Bahagian 1) dan "Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?" (Bahagian 2).

Ia pertama kali diterbitkan dalam INS pada 26 Oktober 2021 sebelum kedua-dua artikel diterbitkan semula pada 15 Disember tahun sama.

Plaintif mendakwa Lalitha selaku defendan, turut berkongsi pautan artikel itu di laman Twitternya atas nama @LalithaVelvet untuk disebarkan kepada umum dan pautan kepada kedua-dua artikel masih boleh diakses sehingga kini.

Dakwa Azam, tajuk artikel itu adalah sensasi, bersifat skandal dan menjengkelkan kerana ia dikarang dan diterbitkan semula dengan niat jahat.

Beliau mendakwa, ia berniat jahat bagi memberi kesan serta gambaran amat buruk kepada pembaca bahawa plaintif seorang penjawat awam yang korup atau menyalahgunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai tinggi SPRM untuk kepentingan sendiri atau adik-beradiknya.

Azam mendakwa penerbitan fitnah itu menyebabkan nama dan reputasinya tercemar dan oleh itu, beliau menuntut perintah bagi menghalang Lalitha atau ejennya daripada membuat, menerbitkan atau menyebabkan kenyataan berbaur fitnah tersebut diterbitkan semula.

Plaintif juga memohon defendan memadam artikel dan ciapan dalam tempoh tiga hari penghakiman dibuat serta permohonan maaf dalam akhbar atau media sosial pilihan plaintif.

Turut dituntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan ganti rugi teruk, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Lalitha menerusi pernyataan pembelaan difailkan pada 3 Februari tahun lalu, mendakwa kandungan artikel dan ciapannya membabitkan Azam diperoleh daripada sumber yang sah.

Friday, July 28, 2023

Hutang Felda: Muhyiddin heret Anwar ke mahkamah

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jul 28, 2023 3:01 PM
Muhyiddin Yassin memfailkan writ saman ke atas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu penghapusan hutang peneroka Felda yang menyaksikan kedua-dua pemimpin politik itu terbabit dalam pertikaian.

Saman berkenaan difailkan pasukan peguam bela PN dari firma Rosli Dahlan Saravana dan dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Tindakan sivil itu dibuat susulan Muhyiddin dan Anwar saling mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang berikutan ucapan perdana menteri pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda di Serdang pada 7 Julai lalu.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu antara lain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang setimpal dengan pampasan RM200 juta daripada Anwar.

Selepas menerima surat tuntutan daripada Muhyiddin atas dakwaan fitnah, pada 21 Julai pula Anwar membalas dengan menghantarnya 'pendahuluan surat tuntutan' sebanyak RM200 juta berhubung dakwaan memfitnah perdana menteri.

Dalam pernyataan tuntutan mahkamah terkini, Muhyiddin berhujah bahawa semasa menjadi perdana menteri dalam tempoh pandemik Covid-19 2020 hingga 2021 dan selepasnya, dia dan kabinet membangunkan rancangan untuk meringankan kesusahan rakyat dan memacu pemulihan ekonomi.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata antara inisiatif berkenaan ialah menghapuskan kira 80 peratus hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion daripada RM12.1 bilion.

Dia berkata semasa mesyuarat kabinet pada 14 Okt 2020 beberapa keputusan dibuat, iaitu menghapus kira RM8.3 bilion hutang, meluluskan terbitan sukuk (bon Islam) RM9.9 bilion untuk dijamin oleh kerajaan bagi meningkatkan ekuiti Felda dalam FGV Holdings Berhad dan mengurangkan hutang Felda, dan meluluskan suntikan geran tahunan kerajaan RM990 juta kepada Felda untuk pembayaran balik sukuk.
Muhyiddin yang juga pengerusi PN mendakwa bahawa penepian hutang peneroka Felda dapat dibuktikan dengan beberapa peristiwa, seperti penyata kewangan Felda bagi tahun kewangan berakhir 2021.

Plaintif berhujah hapus kira hutang itu dibuktikan dengan jawapan bertulis oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed di Dewan Rakyat bertarikh 16 Dis 2021, mengenai 98,605 peneroka Felda (kira-kira 87.54 peratus daripada 112,638 peneroka) telah dilaksanakan.

Muhyiddin berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di parlimen bertarikh 23 Feb tahun ini pula menunjukkan pengecualian hutang diluluskan pada 2021.

Diterima anak guam

Plaintif juga menegaskan kenyataan media oleh pengerusi Felda Idris Jusoh dan peneroka sendiri bahawa RM8.3 bilion hutang telah dihapus kira pada 2021.

Muhyiddin mendakwa kenyataan Anwar yang dibuat pada 7 Julai lalu antara lain membayangkan dia berbohong mengenai penghapusan hutang peneroka Felda, serta seorang yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri ketika itu mengenai pengecualian hutang, dan menyalahgunakan kuasanya.

Selain ganti rugi, Muhyiddin juga memohon antara lain injunksi untuk menghalang defendan daripada terus memfitnahnya serta perintah mahkamah agar perdana menteri menurunkan kenyataan fitnah yang didakwa dalam talian dalam video di Facebook Anwar serta YouTube.

Muhyiddin juga meminta Anwar membuat permohonan maaf secara terbuka untuk disiarkan di semua portal berita, media massa dan platform media sosial.

Muhyiddin juga mendakwa Anwar menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri sejak membentuk kerajaan selepas berakhinya PRU ke-15 akhir tahun lalu.

Antara lain Muhyiddin mendakwa sebagai menteri kewangan Anwar membuat dakwaan sensasi, tidak berasas dan palsu terhadap plaintif dan keluarganya.

Muhyiddin juga mendakwa Anwar meminta pelbagai agensi penguatkuasaan untuk menundukkan pemimpin pembangkang kepada pendakwaan jenayah.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Anwar Sankara Nair berkata bahawa anak guamnya telah dihantar salinan kertas kausa tuntutan mahkamah yang tidak dimeterai melalui e-mel.

[Baca berita penuh]

Sunday, July 16, 2023

Fitnah kecurian REE, Sanusi akan saman Menteri KDN

agendaily.com
17/07/2023
Sanusi mahu menyaman Saifuddin Nasution kerana menfitnahnya.

Tindakan undang-undang termasuk menyaman akan diambil Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE).

Menteri Besar Kedah itu menyifatkan kenyataan Saifuddin tersebut satu fitnah, malah dalam surat kompaun yang didakwa tidak mempunyai namanya tetapi nama individu lain yang menceroboh tanah dan mencuri sumber galian tersebut.

“Satu permit penggunaan telah dikeluarkan atas nama MBI (Perbadanan Menteri Besar) yang melantik satu syarikat usaha sama untuk membangunkan ladang hutan, bukan syarikat tersebut yang dikompaun.

“Yang dikompaun adalah pihak ketiga yang menceroboh dan melakukan kegiatan mencuri (REE). Dalam dokumen Pejabat Tanah dan Galian (PTG) terdapat nama individu yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965.

“Untuk tuduhan yang tidak benar ini saya telah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis dan tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang, tak kira menteri tak menteri, saya akan saman.

“Tapi menuduh saya mencuri itu ‘clear cut’, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah hari ini.

Sanusi berkata maklumat dinyatakan Menteri Dalam Negeri itu tidak benar kerana bersifat mengelirukan, berniat jahat untuk memfitnah dan bermotifkan politik.

Sanusi berkata demikian bagi mengulas dakwaan Saifuddin yang menyatakan beliau dikompaun RM500,000 kerana kesalahan mencuri REE.

Semalam, Saifuddin dalam ceramah di Guar Chempedak, Gurun, berkata denda itu dikeluarkan tahun lalu oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah ke atas Muhammad Sanusi atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi MBI Kedah.

Thursday, June 22, 2023

Bantahan ditolak, saman Mujahid ke atas PAS diteruskan

malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Jun 22, 2023 11:38 AM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak notis permohonan difailkan PAS bagi membatalkan saman fitnah dikemukakan Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof.

Justeru dengan penolakan tersebut, kata peguam Noorazmir Zakaria, saman Mujahid akan diteruskan dengan perbicaraan penuh.

Peguam yang mewakili Mujahid itu berkata perbicaraan tersebut dijadual berlangsung pada 2025.

Katanya hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh juga semalam memerintahkan agar PAS membayar kos RM3,000 kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu.

“Pada sesi pendengaran kes, pihak defendan menghujahkan bahawa plaintif salah kerana menyaman PAS.

"Kata mereka, plaintif sepatutnya menyaman penulis artikel tersebut bukannya parti.

“Selain itu peguam mereka juga menghujahkan PAS sebagai parti politik tidam boleh disaman dalam kes fitnah.

“Bagaimanapun kami mengemukakan hujahan sebaliknya,” kata Noorazmir ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

PAS diwakili peguam bela Mohd Faizo Che Abu.

Pada 15 Dis tahun lalu Mujahid memfailkan saman fitnah terhadap PAS berikutan satu artikel yang diterbitkan di Facebook Parti Islam Se-Malaysia PAS (Pusat) bertajuk Mantan Menteri Agama PH sokong Eljibiti?.

Artikel tersebut bertarikh 16 Okt 2022.

Mujahid yang juga bekas ahli Parlimen Parit Buntar menerusi pernyataan tuntutannya mendakwa artikel tersebut adalah bersifat fitnah dan mengaibkannya.

Dia itu turut mendakwa PAS dengan melampau menggunakan atau mengaitkan isu LGBT ini dengan dirinya.

Friday, May 5, 2023

Mahathir saman Anwar RM150 juta

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: May 5, 2023 
Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berhubung dakwaan bahawa dia mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa.

Peguam Mahathir memfailkan writ saman itu di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dua hari lalu.

Pada 17 April lalu Mahathir dilaporkan akan meneruskan tindakan undang-undang selepas Anwar tidak mematuhi surat tuntutan agar membuat permohonan maaf terhadapnya berhubung dakwaan yang dibuat semasa ucapan dasar di Kongres Nasional Khas PKR 2023, pada 18 Mac lepas.

[Berita penuh menyusul]

Wednesday, January 11, 2023

Dakwaan Anwar ‘tiada akhlak’ - Mahkamah arah MB Kedah failkan pembelaan

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jan 11, 2023 2:11 PM
Mahkamah Tinggi Alor Setar, hari ini mengarahkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor untuk memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya sebelum 13 Februari ini.

Semasa pengurusan kes tindakan sivil awal hari ini, mahkamah juga mengarahkan Anwar untuk memfailkan jawapannya kepada pembelaan Sanusi selewat-lewatnya pada 13 Mac.

Ini disahkan oleh peguam Sankara Nair, yang mewakili plaintif Anwar, semasa menghadiri prosiding dalam kamar.

“Mahkamah mengarahkan defendan (Sanusi) memfailkan pembelaannya selewat-lewatnya 13 Februari, dan plaintif pula untuk memfailkan jawapannya kepada pihak pembelaan selewat-lewatnya 13 Mac.

"Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 20 Mac melalui e-semakan di hadapan penolong pendaftar (Mahkamah Tinggi) untuk kemas kini status," kata peguam itu kepada Malaysiakini.

Sanusi diwakili oleh peguam Adam Luqman Amdan semasa pengurusan kes di hadapan Penolong Pendaftar VK Neethiya Nair.

Sebelum ini, peguam Anwar mengeluarkan surat tuntutan meminta ganti rugi daripada Sanusi atas dakwaan memfitnahnya pada 13 November lalu ketika berkempen untuk n calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Faizal Azumu.

Anwar memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November lalu.

Menurut salinan pernyataan tuntutan saman itu, kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook bernama “Faizal Azumu”.

Anwar mendakwa kenyataan itu, antara lain mengandungi dakwaan bahawa dirinya "tidak berakhlak".

Plaintif berhujah bahawa kenyataan itu adalah fitnah, palsu dan memperlekehkan dirinya.

Anwar mendakwa kenyataan itu antara lain membayangkan dirinya bukan seorang Muslim yang baik dan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pada 2018, plaintif telah diberikan pengampunan diraja berhubung kes liwat yang melibatkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Anwar mendakwa bahawa selepas surat tuntutan dikeluarkan pada 16 Nov, peguam Sanusi telah menulis balik dan membuat pengakuan tidak berbelah bahagi akan fakta bahawa defendan mengucapkan/mengungkapkan kata-kata memfitnah tersebut dan kandungan di dalamnya.

Melalui saman sivil, plaintif menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan.

Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang Sanusi daripada terus mengeluarkan atau menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya.

Plaintif juga menuntut faedah lima peratus ke atas jumlah penghakiman dari tarikh tindakan undang-undang terakru sehingga penyelesaian penuh, kos, dan apa-apa relif lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Thursday, December 22, 2022

Dakwa bohong terima gaji RM1, Anwar saman Ahmad Amzad

freemalaysiatoday.com
Bernama
-December 22, 2022 10:15 PM
Defendan didakwa membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran, kata Anwar Ibrahim dalam pernyataan tuntutannya.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Anwar, 75, selaku plaintif memfailkan saman itu hari ini menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dengan menamakan Ahmad Amzad sebagai defendan tunggal.

Peguam S N Nair, yang mewakili Anwar ketika dihubungi Bernama berkata saman itu difailkan pada 3.59 petang tadi.

Dalam pernyataan tuntutan, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa pada 7 Disember lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.

Dakwa presiden PKR itu, kenyataan terbabit telah diterbitkan semula di aplikasi TikTok di bawah nama @nelly3868 pada hari sama (7 Disember) dan mendapat tontonan melebihi 4,980 kali, 62 komen, 116 butang “like”, 18 butang “favourite” dan 50 kali perkongsian serta boleh diakses sehingga kini.

Anwar, yang juga menteri kewangan berkata kenyataan fitnah itu telah dipetik dan diterbitkan oleh Malaysiakini, keesokannya (8 Disember) menerusi artikel bertajuk “S’gor economic adviser job: Anwar seeks public apology from MP”.

Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau (Anwar) tidak boleh dipercayai serta tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada Kerajaan Negeri Selangor sebagai penasihat ekonomi, menipu orang ramai dengan menyatakan menerima gaji RM1 sebagai penasihat ekonomi serta melakukan kesalahan jenayah dan mengkhianati mandat rakyat.

Anwar mendakwa kenyataan fitnah itu palsu, berniat jahat dan memperlekehkannya yang mempunyai imej sangat disanjungi di peringkat negara dan antarabangsa kerana beliau menentang rasuah.

Beliau mengecam semua dakwaan terhadapnya mengenai penerimaan gaji RM15 juta dan tuduhan jenayah lampau yang dibuat itu adalah bermotifkan politik.

“Dakwaan-dakwaan defendan dalam kenyataan fitnah itu tidak berasas dengan menggambarkan saya bekas banduan, walaupun Pengampunan Diraja telah diberikan,” dakwanya dalam pernyataan tuntutan itu.

Menurut Anwar, dalam mengucapkan kata-kata fitnah itu, defendan dengan jelas sengaja dan berniat jahat apabila tidak mengendahkan jawapan rasmi bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mac 2012, yang menyatakan bahawa gaji Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor hanyalah jumlah simbolik RM1.

Plaintif berkata pada 8 Disember lepas, peguam daripada firma guamnya telah mengemukakan notis tuntutan supaya defendan menarik balik, memohon maaf, mengaku janji untuk tidak mengulangi kenyataan itu selain membayar ganti rugi kepada plaintif, namun defendan tidak membalas tuntutan itu.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am dan pampasan serta ganti rugi teruk dan teladan selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.

Bagaimana kenyataan Lokman Adam? Anwar tak mahu saman?

agendaily.com
22/12/2022
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Bersatu mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat menggunakan undang-undang secara terpilih, sedangkan beliau sepatutnya menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Presiden PKR itu kini menggunakan saluran guaman bagi melenyapkan semua kritikan terhadapnya

“Saya merujuk kepada laporan media mengenai tindakan mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah tersebar kepada media sebelum pun ia diserahkan kepada peguam Tan Sri Muhyiddin

“Saya juga ambil perhatian bahawa Anwar telah mengugut tindakan sama terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim (ahli Parlimen Kuala Terengganu).

“Dalam kapasiti sebagai Perdana Menteri, Anwar seharusnya berani dan bersedia menjelaskan persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Bukan mengugut tindakan guaman bagi melenyapkan semua kritikan,” katanya yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Wan Saiful dalam satu kenyataan semalam (21 Disember 2022) mempersoalkan adakah Anwar mahu menjadi pemerintah diktator yang tidak boleh dikritik dan dipersoalkan?

“Kenapa sejak menjadi Perdana Menteri, Anwar sangat nipis telinga dan tak boleh terima kritikan? Adakah Anwar mahu menjadi diktator yang tidak boleh dipersoal?,” katanya.

Beliau berharap Anwar juga mengambil tindakan undang-undang yang sama kepada pihak lain yang turut membangkitkan pelbagai cerita tidak baik terhadap Perdana Menteri Malaysia kesepuluh.

“Memandangkan terdapat banyak cerita yg tidak enak terhadap wibawa Anwar, contohnya oleh Lokman Nor Adam (bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO)dan oleh Agensia Nova dari luar negara, seperti dibangkitkan Ketua Pembangkang, saya harap Anwar akan bertegas mengambil tindakan guaman serupa kepada yang lain-lain juga.

“Dengan berbuat demikian baru lah Anwar boleh dilihat serius mempertahankan nama baiknya dan institusi Perdana Menteri dan bukan berterusan mempergunakan sistem perundangan secara selektif untuk bermain politik atau mengugut pengkritik,” kata Wan Saiful yang turut meletakkan pautan ceramah Lokman Adam ketika PRU-15 lalu.

Tuesday, December 20, 2022

Kerajaan, pasukan petugas khas mohon saman Thomas dibatal

freemalaysiatoday.com
V Anbalagan
-December 20, 2022 9:48 PM
Buku memoir kontroversi bekas peguam negara, Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’ diterbitkan pada Januari 2021.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat buku Tommy Thomas, meminta Mahkamah Tinggi membatalkan saman difailkan bekas peguam negara itu terhadap mereka.

Mereka berkata, saman itu bersifat melampau, remeh, menyakitkan hati dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Sebagai alternatif, defendan mahu mahkamah menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman itu bagi mengelak ketidakadilan.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan minggu lalu dan dilihat FMT, defendan juga meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan saman Thomas itu sementara menunggu permohonan untuk membatalkannya.

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri, Shukor Mahmood, yang mengesahkan afidavit bagi menyokong permohonan itu, berkata pasukan petugas khas itu ditubuhkan untuk menjalankan kajian awal mengenai kandungan buku itu sebelum sebarang tindakan diambil.

Shukor berkata, beliau dinasihatkan kerajaan ada hak berbuat demikian kerana buku itu mempunyai kandungan berhubung “kebimbangan awam”, termasuk tuduhan campur tangan kehakiman oleh eksekutif, pendakwaan terpilih dan potensi kebocoran rahsia.

Katanya, walaupun Perdana Menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob meminta perkara itu disiasat pihak berkuasa berkaitan, tiada tindakan diambil setakat ini, sama ada terhadap cadangan dalam laporan itu atau Thomas sendiri.

Shukor berkata, saman yang difailkan Thomas tidak baik kerana ia dimulakan melalui writ dan bukannya saman pemula.

Permohonan itu ditetapkan untuk pengurusan kes di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada 13 Jan ini.

Thomas pada 27 Okt lalu memfailkan saman itu terhadap pasukan petugas khas dan kerajaan dengan mendakwa laporan siasatan berhubung memoirnya bertajuk “My Story: Justice In the Wilderness” melanggar undang-undang dan hak Perlembagaannya.

Saman itu difailkan Thomas yang memegang jawatan peguam negara antara Jun 2018 hingga Februari 2020, dengan menamakan Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Fong Joo Chung, enam ahli pasukan itu dan kerajaan sebagai defendan.

Selain Fong, ahli pasukan petugas itu adalah Hashim Paijan, Junaidah Kamaruddin, Jagjit Singh Bant Singh, Shaharudin Ali, K Balaguru, Farah Adura Hamidi dan Najib Surip.

Thomas memohon perisytiharan pasukan petugas khas itu adalah badan yang menyalahi undang-undang dan tidak mempunyai kuasa undang-undang bagi melaksanakan fungsi diberikan kerajaan.

Beliau juga mahu perisytiharan bahawa laporan dikatakan bertajuk “Laporan Pasukan Petugas Khas – Siasatan ke atas Dakwaan-dakwaan dalam Buku Bertajuk My Story: Justice in the Wilderness”, yang dikeluarkan pasukan petugas itu adalah dokumen tidak sah dan tidak dibenarkan oleh undang-undang.

Tuesday, December 13, 2022

Dakwaan ‘tiada akhlak’ - Anwar heret MB Kedah ke mahkamah

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Dec 13, 2022
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapannya semasa kempen pilihan raya di Tambun.

Peguam pengerusi Pakatan Harapan (PH) daripada firma guaman SN Nair & Partners memfailkan writ saman terhadap pesuruhjaya PAS Kedah itu di Mahkamah Tinggi Alor Setar petang tadi.

Ketika dihubungi media, peguamnya, Sankara Nair mengesahkan bahawa tindakan sivil itu difailkan sekitar 4.30 petang tadi. Anwar menyaman atas kapasiti peribadinya.

Sebelum ini, peguam ahli Parlimen Tambun itu mengeluarkan surat tuntutan meminta ganti rugi daripada Sanusi atas dakwaan memfitnahnya pada 13 November lalu ketika berkempen untuk n calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Faizal Azumu.

Anwar memenangi kerusi Parlimen itu pada ilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November lalu.

Menurut salinan pernyataan tuntutan saman itu, kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook bernama “Faizal Azumu”.

Anwar mendakwa kenyataan itu, antara lain mengandungi dakwaan bahawa dirinya "tidak berakhlak".

Plaintif berhujah bahawa kenyataan itu adalah fitnah, palsu dan memperlekehkan dirinya.

Anwar mendakwa kenyataan itu antara lain membayangkan dirinya bukan seorang Muslim yang baik dan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pada 2018, plaintif telah diberikan pengampunan diraja berhubung kes liwat yang melibatkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Anwar mendakwa bahawa selepas surat tuntutan dikeluarkan pada 16 Nov, peguam Sanusi telah menulis balik dan membuat pengakuan tidak berbelah bahagi akan fakta bahawa defendan mengucapkan/mengungkapkan kata-kata memfitnah tersebut dan kandungan di dalamnya.

Melalui saman sivil, plaintif menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan.

Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang Sanusi daripada terus mengeluarkan atau menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya.

Plaintif juga menuntut faedah lima peratus ke atas jumlah penghakiman dari tarikh tindakan undang-undang terakru sehingga penyelesaian penuh, kos, dan apa-apa relif lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Sanusi untuk mendapatkan maklum balas berhubung saman itu.

Tuesday, December 6, 2022

Agenda LGBT: Anwar heret Pesuruhjaya PAS Perak ke mahkamah

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Dec 5, 2022 11:21 PM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah memulakan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berhubung dakwaan dia mempunyai agenda LGBT.

Anwar memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi, menerusi firma guaman SN Nair di Mahkamah Tinggi Taiping menerusi sistem e-filing, malam tadi.

Pada 9 November lalu, Anwar dilaporkan mengeluarkan surat tuntutan terhadap Razman, yang antara lain menuntut ganti rugi RM5 juta dan permohonan maaf terbuka kerana mendakwanya memiliki agenda LGBT dan menjadi boneka DAP.

Menurut kertas kausa saman tersebut, Anwar mendakwa ceramah Razman yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya setakat ini telah mendapat 94,400 tontonan, 5,100 reaksi, dikongsi sebanyak 429 kali dan menerima 2,600 komen.

Anwar menyangkal dakwaan itu dan berkata dia memiliki imej yang sangat disanjungi di Malaysia dan dunia, serta sentiasa memperjuangkan ajaran dan nilai teras Islam.
"Plaintif (Anwar) sentiasa mengecam semua dakwaan agenda LGBT dan telah memperjuangkan agenda reformasi yang lebih besar untuk tadbir urus negara.

"Penerbitan memfitnah tersebut oleh defendan (Razman) adalah memudaratkan imej dan reputasi baik plaintif sebagai presiden PKR, pengerusi PH, ahli parlimen Tambun dan kini sebagai perdana menteri kesepuluh Malaysia.

"Alegasi defendan dalam penerbitan memfitnah tersebut adalah tidak berasas dan mengandungi dakwaan palsu yang telah dengan secara tidak betul menggambarkan plaintif sebagai seorang yang membawa agenda LGBT atau 'woke'.

"Plaintif tidak pernah menyokong perkahwinan sejenis," kata Anwar.

Anwar juga mendakwa dakwaan itu telah diterbitkan tanpa mendapatkan pengesahan akan kebenaran dakwaan itu.

'Plaintif alami kebimbangan, rasa malu'

Anwar juga berkata dakwaan itu telah menghancurkan reputasinya serta mencemarkan karakter dan nilai sosialnya dengan teruk.

Dia juga mendakwa dakwaan itu menyebabkan dia didedahkan kepada skandal awam, kebencian, odium (rasa benci), kutukan, penghinaan dan opprobrium (keaiban).

"Plaintif telah mengalami tekanan mental, kebimbangan dan rasa malu yang teruk daripada tindakan defendan," katanya lagi.

Anwar juga mendakwa Razman keberatan untuk memohon maaf dan dengan sengaja tidak memadamkan penerbitan yang mengandungi dakwaan tersebut.

Anwar menuntut ganti rugi am, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, selain perintah injunksi yang menghalang Razman daripada mengungkap, mengarang atau menerbitkan, atau mengedarkan penerbitan yang mengandungi dakwaan tersebut.

Dia menuntut kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah yang ditetapkan mahkamah, daripada tarikh tindakan terakru sehingga penyelesaian penuh.

Dia juga menuntut kos atas dasar peguam cara dan anak guam serta relif lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.

Malaysiakini sedang menghubungi Razman berkenaan tindakan saman ini.

[Baca berita asal]

Wednesday, October 12, 2022

Perdana Menteri disaman kerana pembubaran Parlimen

hmetro.com.my
Rafidah Mat Ruzki
am@hmetro.com.my
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada perutusan khas pengumuman pembubaran Parlimen.

Putrajaya: Penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago memfailkan saman pemula terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen yang dibuat Perdana Menteri kelmarin.

Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU).

Berdasarkan salinan saman pemula yang difail dan dilihat BH, Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).

Perkara 55(2) membabitkan Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

Peruntukan Perkara 40(1) pula menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

Manakala (1A) adalah sewaktu menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang Persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Charles juga menuntut satu deklarasi bahawa permintaan Defendan Pertama kepada Yang di-Pertuan Agong pada 9 Oktober 2022 untuk pembubaran Parlimen ke-14 adalah menyalahi Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana permintaan itu tidak dibuat berdasarkan nasihat, atau berdasarkan kuasa am, Jemaah Menteri dan oleh itu terbatal dan tidak sah.

Beliau juga menuntut satu deklarasi bahawa pembubaran Parlimen ke-14 pada 10 Oktober 2022 seperti yang dimaklumkan melalui P.U.(A) 320 tidak mengikut Perkara 55(2) dibaca bersama Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Justeru, Charles menuntut satu deklarasi bahawa defendan ketiga iaitu SPR, tidak mempunyai asas undang-undang untuk mengambil apa-apa langkah mengadakan PRU termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengeluaran mana-mana writ bawah Seksyen 12, Akta Pilihan Raya 1958 dan pengeluaran sebarang notis bawah Peraturan 3(1), Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

Beliau juga memohon suatu perintah dikeluarkan Mahkamah Tinggi untuk menghalang defendan ketiga dan ejen, pengkhidmat dan/atau pekerjanya daripada mengambil sebarang langkah untuk mengadakan PRU berdasarkan kepada pembubaran itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengeluaran sebarang writ bawah Seksyen 12, Akta Pilihan Raya 1958 pengeluaran mana-mana notis bawah Peraturan 3(1), Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 dan/atau daripada memberi kesan kepada mana-mana writ atau notis sedemikian jika dikeluarkan.

Beliau turut menyertakan afidavit sokongan yang antara lain menyatakan antara fakta menyokong saman pemula berkenaan termasuk banjir yang melanda pada Disember 2021 serta bantahan parti-parti yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan dalam situasi ketika ini.

Sementara itu, Charles ketika dihubungi mengesahkan tindakan terbabit, sambil memaklumkan akan mengeluarkan satu kenyataan media mengenainya hari ini.

"Salam. Saya akan hantar kenyataan dalam masa terdekat," katanya secara ringkas.

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen Ke-14.

Ia selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, apabila Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut budi bicara baginda untuk memperkenankan permintaan itu.

Disiarkan pada: Oktober 12, 2022 @ 11:50am

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-