Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Friday, February 7, 2025

Kenapa kaum bukan Islam Kelantan tahu batasan agama?

harakahdaily.net
February 7, 2025


TUMPAT: Masyarakat bukan-Islam di Kelantan telah memahami apa yang menjadi larangan terhadap umat Islam untuk diamalkan terutama melibatkan makanan.

Kefahaman itu berlaku hasil hubungan baik masyarakat berkenaan dengan umat Islam di negeri ini sejak sekian lama.

Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Rusli Abdullah pada Majlis Penerangan dan Pemimpin Bersama Rakyat sempena Tahun Baru Cina Peringkat DUN Wakaf Bharu petang semalam.

Majlis anjuran Urusetia Penerangan, Komunikasi dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan (UPKN) itu diadakan di Taman Perumahan Kulim, dekat sini.

Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Khas Hubungan Antara Kaum Pejabat Menteri Besar Lim Guang Seng dan pemimpin masyarakat setempat.

Tambah beliau, masyarakat Tionghua di Kelantan khususnya lebih memahami batasan agama dalam meraikan perayaan bersama masyarakat Islam.

“Sebagai contoh, jika mengundang umat Islam ke majlis mereka, mereka akan memastikan makanan ditempah daripada penyedia halal dari luar serta menyediakan minuman seperti air kotak atau air mineral sebagai tanda hormat terhadap sensitiviti agama,” jelasnya.

Menurutnya lagi, selagi sesuatu perayaan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, kerajaan negeri bersedia untuk turut serta meraikannya bersama masyarakat.

Pada masa sama, Rusli turut menasihati rakyat agar tidak terpengaruh persepsi negatif pihak luar yang tidak faham keharmonian sebenar di Kelantan.

Beliau berkata, walaupun komuniti bukan-Islam kecil, mereka tetap diraikan sebagai sebahagian daripada masyarakat Kelantan yang harmoni.
“Walaupun jumlah mereka hanya sekitar lima peratus, perpaduan kaum di negeri ini amat kukuh. Wakaf Bharu sendiri dihuni masyarakat berbilang kaum, termasuk Melayu, Cina, Siam dan India,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusetia Penerangan, Komunikasi dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan (UPKN) Razuan Awang Hamad memberitahu, kerajaan negeri terus aktif merai kepelbagaian budaya kaum minoriti di negeri ini.

Katanya, keraian itu termasuk melalui penganjuran sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina (CNY) yang diadakan setiap tahun.

Beliau berkata, program seperti itu bertujuan memastikan kaum minoriti turut merasai manfaat di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang berlandaskan dasar ‘Membangun Bersama Islam’.

“Kerajaan Negeri Kelantan melalui UPKN sentiasa komited menganjurkan program sambutan perayaan bagi kaum minoriti, termasuk Tahun Baharu Cina.

“Ini membuktikan semangat perpaduan yang kukuh dalam masyarakat tanpa menyentuh sensitiviti agama,” katanya.

Menurutnya, UPKN juga berperanan dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat minoriti, khususnya masyarakat Tionghua, agar mereka tidak terpinggir daripada agenda pembangunan negeri. 

– HARAKAHDAILY 7/2/2025

Thursday, February 6, 2025

Tiga beradik bangsa Cina teruja berkhatan serentak

hmetro.com.my
Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my
TAN Bee Kam (kanan) bersama suaminya, Tan Wee Lee menenami tiga anak mereka menyertai Program Khatan Perdana 2025. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Tanah Merah: "Ketiga-tiga anak saya sendiri yang mahu berkhatan bersama kanak-kanak lain. Walaupun kami berbangsa Cina, majoriti lelaki dalam keluarga kami memang berkhatan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan," kata Tan Bee Kam, 40.

Kehadiran tiga beradik iaitu Tan Xarel, 8, Tan Xaden, 11, dan Tan Xavier, 12 mencuri tumpuan ramai apabila mereka berkhatan bersama 60 kanak-kanak lain Program Khatan Perdana 2025 Peringkat yang diadakan di Hospital Tanah Merah di sini, hari ini.

Menurut ibu mereka, Tan Bee Kam, 40, sejak tahun lalu, dia sudah bertanya mengenai kos berkhatan di beberapa klinik swasta dan dimaklumkan harganya sekitar RM180 seorang.

"Bagaimanapun saya mendapat tahu daripada rakan sekampung berkenaan program berkhatan yang diadakan secara percuma dan terus bertanya dengan anak-anak sama ada mahu atau tidak, sebelum mereka bersetuju untuk berkhatan.

"Ketiga-tiga anak saya begitu teruja dan asyik bertanya tarikh majlis berkhatan dan pada pagi tadi mereka bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap," katanya ketika ditemui dalam Program Khatan Perdana 2025 Peringkat Hospital Tanah Merah yang dirasmikan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.

Katanya, berkhatan beramai-ramai memberikan pengalaman yang berharga buat anak-anaknya dan mereka nampak sangat seronok apabila turut dimandikan air dari pili bomba dan disuapkan pulut.

"Saya akan memastikan mereka menjalani proses berpantang sebaiknya agar dapat segera sembuh. Semoga dengan berkhatan, mereka akan menjadi seorang 'lelaki dewasa' yang lebih sihat.

"Seorang lagi anak bongsu saya yang baharu berusia empat tahun akan turut sama berkhatan sebagaimana abang mereka dan saya mahu setiap anak lelaki berkhatan secara rela tanpa dipaksa," katanya.

Sementara itu, Tan Xavier berkata, dia bersama dua adiknya memang hendak berkhatan untuk kebersihan diri daripada kuman sebab itu mereka menawarkan diri berkhatan walaupun berbangsa Cina.

"Rasa seronok sangat nak sunat (berkhatan) hari ini, ditambah pula ramai kawan-kawan sekaligus perasaan takut terus hilang," katanya.

Disiarkan pada: Februari 6, 2025 @ 12:53pm

Thursday, January 30, 2025

Semangat 'Pakcu Hassan' berusia 100 tahun rai Tahun Baharu Cina masih utuh

bharian.com.my
Oleh Bernama 
Januari 30, 2025 @ 5:15pm
Tan Ban Sing, 101, atau lebih dikenali sebagai Pakcu Hassan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini bersama anak, cucu, dan cicit. - Foto BERNAMA

MACHANG: Meskipun usianya sudah melebihi seabad namun semangatnya tetap utuh. Tan Ban Sing, 101, atau lebih dikenali sebagai Pakcu Hassan menyambut Tahun Baharu Cina kali ini dengan penuh kesyukuran kerana dikelilingi anak-anak, cucu, dan cicit.

"Saban tahun, rumah ini kembali hidup. Anak dan cucu berkumpul, berkongsi cerita, bergelak ketawa. Itu sudah cukup membahagiakan saya," katanya yang mempunyai lima anak, 30 cucu dan 10 cicit.

Namun, kemeriahan ini turut disulami kerinduan. Tahun ini kali kedua dia menyambut perayaan tanpa isteri tersayang, Kua Yok Ting yang menghembuskan nafas terakhir pada 2023 di usia 96 tahun.

"Dulu, kami bersama-sama menyambut tetamu. Sekarang, rumah terasa lebih sunyi … tapi saya bersyukur kerana cucu tinggal bersebelahan, sentiasa membantu jika saya perlukan sesuatu," katanya kepada pemberita hari ini.

Walaupun penglihatan dan pendengarannya semakin lemah, langkahnya masih bertenaga dengan menggunakan tongkat dia masih mampu berjalan di sekitar halaman.

Pakcu Hassan bukan sekadar warga emas, tetapi juga saksi kepada keharmonian di kampung yang telah wujud sejak dulu.

"Di sini, semua orang bercakap loghat Kelantan, tak kira bangsa. Kami sudah biasa hidup bercampur gaul," katanya.

Setiap tahun baharu, bukan hanya ahli keluarga yang datang berkunjung malah jiran-jiran Melayu juga turut memeriahkan suasana. Baginya, inilah keindahan hidup di kampung yang tiada jurang, tiada batas.

Ditanya mengenai rahsia panjang umur, dia hanya ketawa kecil.

"Tak ada rahsia besar. Saya minum air kosong, makan ulam dan budu, dan berjalan kaki setiap hari. Dulu saya ada kebun di tepi Sungai Kelantan, kira-kira 300 meter dari rumah. Sekarang kurang bekerja, tapi saya tetap bergerak," katanya.

Baginya, kesihatan bukan sekadar soal makanan atau senaman, tetapi juga ketenangan jiwa.

"Hidup ini jangan dibebani dengan marah atau resah. Kalau ada masalah, bertenang. Itu kunci utama untuk hidup lama," katanya yang loghat Kelantannya masih pekat, seakan menyimpan seribu kisah yang ingin dikongsikan. 

– BERNAMA

Sunday, January 26, 2025

Pelbagai kaum makan budu dalam pinggan sama

harakahdaily
January 26, 2025
Di Kelantan

KOTA BHARU: Kelantan terus menjadi contoh negeri yang memupuk perpaduan harmoni antara kaum apabila mereka seumpama ‘bersaudara’.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, sejarah membuktikan tidak pernah berlaku perbalahan kaum di Kelantan sehingga berlaku perkara tidak diingini sebagaimana berlaku di negeri lain.

“Ini adalah keistimewaan yang kita miliki, dan ia bukan sekadar kata-kata,” tegasnya ketika berucap merasmikan Majlis Malam Kebudayaan Tahun Baharu Cina 2025 di AEON Mall Kota Bharu malam tadi.

Turut berucap pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Antara Kaum Negeri, Zamakhshari Muhamad

Menurut beliau, kemakmuran masyarakat pelbagai kaum di Kelantan bukan sahaja dapat dilihat dalam kehidupan harian, tetapi juga dalam tradisi sambutan perayaan yang melibatkan pelbagai agama dan bangsa.

“Di Kelantan, kita tidak melihat perbezaan kaum, agama, atau tradisi sebagai punca perpecahan. Sebaliknya, ia menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan dan silaturrahim antara semua,” katanya.

Beliau menambah bahawa perpaduan erat ini menjadikan masyarakat Kelantan hidup sebagai sebuah keluarga besar, tidak kira bangsa dan agama.

“Bahkan, sambutan Aidilfitri di negeri ini sering dihadiri oleh masyarakat pelbagai kaum yang mempunyai masyarakat Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain bangsa sebagai tanda perpaduan sejati,” katanya.

Sambungnya, kehidupan bermasyarakat terus ditonjol ketika makan tengahari bersama-sama terutama ketika menikmati menu masakan kampung.

“Nak cari di negeri mana seperti di Kelantan, orang Melayu, Cina, India dan Siam petak budu dalam pinggan yang sama ketika menikmati hidangan tengah hari.

“Saya rasa tidak jumpa di negeri lain, tetapi di Kelantan inilah yang berlaku, mu (kau) picit lada dalam budu, aku petak sama dan makan,” ujarnya sambil disambut sorakan para hadirin yang hadir.

Dato’ Nassuruddin turut menyeru agar budaya harmoni ini terus dipertahankan.

“Hidupkan budaya yang berbeza ini, dan saya yakin Kelantan akan menjadi lebih makmur. Kita mahu perpaduan ini kekal dan menjadi contoh kepada negeri lain,” katanya.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan menekankan bahawa hubungan erat antara kaum di Kelantan adalah asas utama untuk membina negeri yang lebih sejahtera dan bersatu. 

– HARAKAHDAILY 26/1/2025

Saturday, October 19, 2024

Toleransi agama, kaum subur bawah Kerajaan Kelantan

harakahdaily.net
October 19, 2024

KOTA BHARU: Lebih 500 individu bukan Islam dibawa melawat Pasar Pokok Pinang di sini bagi menunjukan tahap toleransi kerajaan negeri yang ditadbir PAS sejak tahun 1990 hingga kini.

Di situ, masyarakat bukan Islam tidak dinafikan hak mereka menjalani kehidupan harian, malah boleh mendapatkan bahan keperluan harian walaupun bertentangan dengan ajaran agama.

Seperti daging khinzir masih boleh didapati di bandar Kota Bharu, yang dijual di Pasar Pokok Pinang yang terletak tidak jauh daripada Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan.

Lokasi sebenar adalah di Jalan Hilir Pasar yang terletak bersebelahan dengan stesen teksi di mana pelbagai barangan boleh didapati di Pasar Pokok Pinang termasuk ayam, makanan laut dan makanan kering.

Di pasar itu terdapat tujuh peniaga yang diberi lesen menjual daging khinzir di gerai khas yang disediakan dengan terdapat kira-kira 50 peniaga Melayu, Cina dan Siam mencari rezeki di situ.

Selain itu peserta Karnival Perpaduan Nasional ‘Kelantan Model Perpaduan’ turut dibawa melawat rumah ibadah bukan Islam seperti Buddha dan Hindu yang terdapat sekitar negeri terbabit.

Meskipun Kelantan dikenali negeri Serambi Makkah, namun banyak juga rumah ibadah bukan Islam yang menjadi mercu tanda serta keunikannya bertanding negeri-negeri di Malaysia.

Terdapat tiga patung Buddha terbesar di Asia Tenggara terletak di negeri ini iaitu Wat Phothikyan terletak di Bachok, dekat sini yang turut dikenali Wat Dua Naga atau Naga Kembar.

Wat Machimmaran terletak di Bunohan, Tumpat yang dipanggil ‘The Sitting Buddha’ dengan ketinggiannya mencecah 30 meter menjadikan patung Buddha terbesar di Asia Tenggara.

Seterusnya tokong besar terdapat di Wat Photivihan juga di Tumpat, ia dikenali dengan ‘The Sleeping Buddha’ di mana panjangnya mencecah 40 meter yang dibia pada tahun 1979.

Pengerusi Pusat Intergrasi Antara Kaum Kelantan (PEKA), Lim Guan Seng berkata, pihaknya diberi amanah oleh kerajaan negeri menjadi ‘pemandu pelancong’ kepada pelawat itu.

“Kita membawa mereka ini dari seluruh negara melihat sendiri keterbukaan dan kebebasan beragama diamalkan di Kelantan menjadi pegangan pimpinan kerajaan sejak 1990,” katanya.

 – HARAKAHDAILY 19/10/2024

Tuesday, August 27, 2024

Muhyiddin dituduh menghasut

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters-27 Aug 2024

Bekas perdana menteri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Tarmizie Nik Shukri di Mahkamah Sesyen Gua Musang.
Muhyiddin Yassin didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Gua Musang atas tuduhan mengeluarkan perkataan hasutan dalam ceramah ketika kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Tarmizie Nik Shukri.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan itu berkaitan ucapan Muhyiddin yang dibuat semasa berkempen di Felda Perasu, Gua Musang, Kelantan, pada 14 Ogos.

Kenyataan presiden Bersatu itu menyebabkan 29 laporan polis dibuat terhadapnya dan turut ditegur Istana Pahang.

Kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan diperincikan dalam lampiran kertas pertuduhan.

Menurut transkrip itu, Muhyiddin mempersoalkan mengapa beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas PRU15, walaupun mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen.

Siapa Yang di-Pertuan Agong dulu? Faham dah la eh, tulis transkrip itu.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes pada 4 Nov.

Pasukan pendakwaan terdiri enam anggota diketuai Timbalan Pendakwa Raya Umar Sarifuddin Jaafar manakala Muhyiddin diwakili peguam Amer Hamzah Arshad, Chetan Jethwani, Takiyuddin Hassan, Nasir Abdullah dan Mariana Mat Kudin.

Monday, August 19, 2024

Kemenangan di Nenggiri – kubu Umno selama berdekad tanpa mesin ATM – tidak bermakna 'kebangkitan semula'

malaysianow.com.my
MalaysiaNow
Ogos 19, 2024 9:16 pagi

Penilaian penerimaan masyarakat Melayu terhadap Umno boleh diukur dengan lebih tepat di negeri Pantai Barat, kata penganalisis.
Pelancaran mesin ATM pertama untuk penduduk Nenggiri antara bahan kempen kerajaan persekutuan pada pilihan raya kecil yang baru selesai. Gambar: Facebook

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di sebuah kawasan yang pernah menjadi kubu kuatnya selama berdekad, dengan tahap pembangunan jauh ke belakang sehinggakan tidak pernah wujud mesin ATM, tidak boleh dianggap kebangkitan semula parti itu setelah ditolak pada dua pilihan raya, kata dua penganalisis politik Melayu.

Ahmad Atory Hussain berkata keputusan pilihan raya Nenggiri perlu dilihat dalam konteks budaya politik di Kelantan yang berbeza dengan negeri-negeri di pantai barat.

"Pengundi boleh mengubah pendirian dengan mudah bergantung kepada isu politik tempatan. Harus diingatkan, Kelantan tiada isu kaum bukan Melayu dan pengundi hampir 95% orang Melayu.

"Apa parti pun menang, orang Melayu yang memerintah," kata pemerhati veteran politik Melayu itu kepada MalaysiaNow.

Ia berbeza dengan negeri-negeri Pantai Barat di mana faktor kaum diambil kira dalam sesuatu pilihan raya.

Sabtu lepas, calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan 9,091 undi dan majoriti sebanyak 3,352 undi, menewaskan Mohd Rizwadi dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 5,739 undi, dalam apa yang dilihat kemenangan yang jarang berlaku untuk Umno di sebuah kawasan majoriti Melayu ketika penolakan besar-besaran parti itu sejak pilihan raya umum 2022.

Ia juga kali pertama parti penyandang tewas dalam sebuah pilihan raya kecil di bawah pentabiran Anwar Ibrahim.

Kemenangan di Nenggiri bermakna parti mewakili kerajaan campuran di pusat kini mempunyai tiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan, selain Galas dan Kota Lama.

Kempen di Nenggiri, dengan jumlah pengundi Orang Asli yang ramai, menyaksikan Umno yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah menyuruh DAP untuk tidak turut serta, di sebalik sentimen anti-DAP yang masih menebal di kalangan orang Melayu.

Kemenangan itu amat bermakna bagi Umno yang sekian lama ditolak orang Melayu, termasuk baru-baru ini di Sungai Bakap, Pulau Pinang di mana PN terus meningkatkan sokongannya dua tahun selepas Anwar membentuk kerajaan campurannya.

Pemimpin kerajaan menyifatkan kemenangan itu petanda orang Melayu mula kembali ke pangkuan Umno.

Dakwaan itu dipersoalkan Atory, yang tidak melihat penerimaan itu bermula sehingga pilihan raya di Pantai Barat.

"Jika ini pilihan raya Parlimen, BN belum tentu boleh menang," katanya.

Pemerhati politik Azizi Safar berkata kekuatan PAS yang mewakili PN tidak setanding dengan Umno di Nenggiri.

PAS pertama kali bertanding di Nenggiri hanya pada 2018, di mana kerusi itu ditandingi PKR sejak 2004 ketika kedua-dua parti itu dalam pasukan sama menentang Umno.

Sejak 2004, Umno menang di Nenggiri dengan peratusan keluar mengundi lebih 80%.

Bagaimanapun, pada pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu, peratusan keluar mengundi menjunam kepada 61%, menyaksikan PN mendapat manfaat daripada langkah penyokong Umno untuk tidak mengundi.

Azizi mengingatkan, bilangan undi PN kali ini tidak banyak berubah berbanding tahun lepas.

"Tetapi kali ini kalah teruk kerana pengundi yang tidak keluar mengundi pada PRN lepas keluar mengundi pada kali ini," kata bekas setiausaha eksekutif BN Pulau Pinang itu.

Penamaan calon PRK Nenggiri turut menyaksikan tarik-menarik antara Bersatu dan PAS. Bagaimanapun, kompromi dicapai selepas Mohd Rizwadi daripada PAS menyertai Bersatu, tetapi bertanding menggunakan logo PAS.

Atory menyifatkan strategi seperti itu mempermainkan ahli parti komponen.

"Faktor calon perlu diutamakan dan parti politik tidak boleh lagi melakukan perkara yang sama seperti di Kuala Kubu Baharu atau di Sungai Bakap.

"Bersatu pula perlu berlapang dada dan tidak tamak. Jika tidak, jangan harap PN akan jadi alternatif kepada PH," katanya.

Azizi turut mengingatkan PN yang isu nasional tidak mempengaruhi pengundi tatkala isu tempatan masih belum selesai.

"Di kawasan yang mana mesin ATM pun dah berpuluh tahun tak pernah ada, janji pembangunan masih laku dalam kempen pilihan raya," katanya, merujuk mesin ATM pertama di kawasan itu yang menjadi antara kempen kerajaan.

"Pihak yang banyak sumber dan perkakas yang boleh digunakan untuk berkempen mempunyai peluang lebih besar untuk menang PRK," katanya.

Saturday, August 10, 2024

Ahli Bersatu protes PAS ‘jadi abang besar’, kata penganalisis

freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
10 Aug 2024

Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata pemilihan bekas ahli PAS sebagai calon PRK Nenggiri mencabar moral ahli Bersatu.
Penganalisis berkata ‘pemberontakan’ dalaman sedang berlaku di peringkat akar umbi Bersatu susulan bekas ahli PAS dipilih mewakili parti itu di PRK Nenggiri.

PETALING JAYA: Tindakan sebahagian ketua cawangan dan Wanita Bersatu Gua Musang serta Jeli bersama lebih 1,000 ahli keluar parti jelas menunjukkan ‘pemberontakan’ dalaman sedang berlaku di peringkat akar umbi susulan pemilihan Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon PRK Nenggiri, kata penganalisis.

Dua hari sebelum pengumuman calon dibuat, Rizwadi, bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang menyertai Bersatu bagi membolehkannya bertanding mewakili parti itu.

Menurut Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan, penjelasan pimpinan Perikatan Nasional (PN) mengenai perkara itu juga menunjukkan seolah-olah PAS ‘menentukan segalanya’, merujuk kenyataan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dalam ceramah di Kampung Bertam Lama, Gua Musang, bahawa pemilihan Rizwadi ‘kerana Bersatu kurang anak lelaki’.

“Ia membabitkan moral ahli Bersatu di mana mereka tahu bahawa apa jua yang terjadi, kemenangan kepada calon Bersatu sebenarnya memberi kekuatan kepada PAS dan menunjukkan PAS dalam PN boleh buat sesuka hati mereka.
Azmi Hassan.
Inilah masalah besar dihadapi Bersatu, katanya kepada FMT, mengulas perkembangan terbaru lebih 1,000 ahli Bersatu Gua Musang dan Jeli termasuk ketua cawangan serta Wanita umum keluar parti, awal minggu ini.

Jurucakap Bersatu Jeli, Rodzi Muhammad, yang juga bekas timbalan ketua cawangan Kedai Kuala Balah ketika mengumumkan perkara itu berkata akar umbi rasa tercabar dan seolah-olah Bersatu ‘digula-gulakan’ oleh PAS dalam menentukan calon PRK Nenggiri.

Untuk rekod kerusi Nenggiri dimenangi Bersatu pada PRN tahun lalu melalui calonnya, Mohd Azizi Abu Naim yang berpaling tadah menyokong kerajaan Anwar Ibrahim.
Lau Zhe Wei.
Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut bersetuju wujud ‘jurang besar antara Bersatu dan PAS’ bukan saja di Nenggiri, bahkan di peringkat negeri dan pusat.

Walaupun Bersatu mengetuai PN, tetapi secara de facto PAS memang ‘abang besar’ dalam gabungan ini, katanya merujuk isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina yang melihatkan ‘kata dua’ PAS terhadap rakan dalam gabungannya, Gerakan.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS dan Gerakan saling berbalas kenyataan berhubung isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina sehingga pemimpin Gerakan mengugut mahu keluar gabungan pembangkang itu.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah kemudian berkata PAS tiada halangan jika Gerakan ambil keputusan keluar PN, menyatakan setiap parti ada hak serta pendirian.

Mengulas lanjut, Lau bagaimanapun menjangkakan tindakan ahli Bersatu keluar parti tidak menjejaskan gerak kerja PN di Nenggiri kerana hakikatnya pertembungan di kerusi itu hanya berkisar kekuatan ‘Umno dan PAS’.

Keluar beramai-ramai tak bagi impak besar kepada (PN) di Nenggiri kerana ia hanya antara PAS dan Umno, jurang antara PAS dan Bersatu terlalu besar cuma ia tak cantik dilihat, katanya.

Azmi pula berpandangan taktik keluar parti hanya percaturan psikologi menjelang PRK, yang lazimnya berlaku pada musim pilihan raya.

Hakikatnya, kemenangan calon Bersatu pada PRN lepas kerana sokongan ahli PAS, dan Bersatu tidaklah sekuat mana nak dibandingkan dengan PAS dan Umno, katanya.

Wednesday, August 7, 2024

'Gua Musang memang kubu kuat Umno, tapi...'

malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Aug 7, 2024 
PRK NENGGIRI | Bagi PN, kawasan parlimen Gua Musang memang diakui menjadi kubu kuat BN sejak dulu lagi namun ia tidak bermakna parti itu akan berdepan laluan mudah untuk merampas kembali kerusi Nenggiri.

Pengarah Operasi PN untuk PRK kali ini, Annuar Musa, percaya ada faktor tertentu yang membolehkan Mohd Rizwadi Ismail mengekalkan penguasaan mereka ke atas Nenggiri.

Untuk rekod Nenggiri merupakan satu daripada tiga kerusi DUN yang diletakkan di bawah kawasan parlimen Gua Musang.

Dua lagi DUN yang berkongsi kawasan parlimen sama ialah Paloh dan Galas.

"Kita (PN) mengakui Gua Musang merupakan kubu kuat Umno sejak dulu. Ini termasuklah kerusi DUN Nenggiri.

"Namun, sejarah menunjukkan ahli dan penyokong Umno di sini tidaklah fanatik terhadap Umno.

"Mereka pernah meninggalkan Umno dan menyokong parti Semangat 46 pada awal tahun 1990-an," katanya.

Tambah bekas Setiausaha Agung Umno itu lagi, apabila PRU ke-15 dilangsungkan - dan diikuti PRN Kelantan kira-kira setahun kemudian - keadaan yang sama ditunjukkan pengundi di kawasan itu.

Nak elak kesipuan

Kata Annuar, semasa pilihan raya itu pengundi Nenggiri tidak memilih Umno atau BN sebaliknya kekal bersama PN.

"Ini menjadi bukti bahawa rakyat Nenggiri mempunyai tahap kefahaman politik yang tinggi," katanya yang kini giat berkempen di Nenggiri.

Tambah Annuar, dia yakin pandangan diberikan bekas ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, bahawa tanpa pembabitan ketara DAP akan memberi kelebihan kepada BN adalah meleset.

Bekas ahli parlimen Ketereh itu juga mendakwa majoriti Melayu di negara menolak kerjasama politik di antara BN dan PH.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Khairy percaya PRK Nenggiri pada 17 Ogos ini akan menyaksikan pertukaran kerusi antara parti kali pertama sejak PRU 2022.

Bekas pemimpin Umno itu mengaitkan situasi berkenaan dengan beberapa faktor, termasuk ketidakhadiran DAP berkempen di kerusi majoriti Melayu di negeri yang didominasi PAS itu.
Tengku Razaleigh bersama Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani
“Pengundi Nenggiri tidak akan melihatnya sebagai PH. Mereka tidak akan keliru,” kata Khairy.

Dia juga berpendapat jumlah pengundi Cina yang kecil menyebabka tiada keperluan untuk DAP turun berkempen memenangkan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Sementara itu, Annuar juga mendakwa penolakan rakyat terhadap "Umdap" dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi cukup kuat di Nenggiri.

Dia juga berpendapat, sebenarnya bekas ahli parlimen Gua Musang selama berpuluh tahun, Tengku Razaleigh Hamzah, sedang diperalatkan oleh Umno.

Katanya, pengaruh ahli politik veteran terbabit - yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li - masih kuat di Gua Musang.

"Orang Melayu faham Ahmad Zahid hanya memperalatkan Ku Li untuk mengelak daripada kesipuan dan kekalahan.

"Ku Li pula tentu tidak lupa bagaimana Zahid dan troopers (pengikut upahan) dia menghina Ku Li semasa Ku Li bertanding jawatan Presiden Umno.

"Ku Li juga pasti tidak lupa bagaimana dia dipermainkan oleh Zahid ketika kononnya Ku Li ditawar jadi calon perdana menteri tetapi Zahid sebenarnya merancang untuk mengangkat Anwar Ibrahim," dakwanya.

Wednesday, July 24, 2024

Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco

hmetro.com.my
BERNAMA
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah. FOTO Arkib NSTP

Kota Bharu: Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata perkara itu termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

"Garis panduan ini bersesuaian dengan galakan sebagai Muslim untuk memperbanyakkan amal ibadah pada malam Jumaat," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan isu ujian sistem siar raya pada satu majlis berdekatan sebuah masjid di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud menyangkal dakwaan isu tukang cuci dan pekerja pembersihan di Kompleks Kota Darulnaim tidak dibayar gaji.

"Selama ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tidak ada masalah mengendalikan staf termasuk tukang cuci, bahkan gaji dibayar lebih awal daripada tarikh sepatutnya dan tidak pernah ada tunggakan," katanya.

Beliau berkata siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang sengaja menyebarkan perkara berkenaan.

SUK Kelantan sebelum ini menafikan laporan yang mendakwa 20 tukang cuci dan pekerja pembersihan di Kompleks Kota Darulnaim tidak dibayar gaji sejak Mac lalu.

Disiarkan pada: Julai 24, 2024 @ 7:52pm

Monday, July 22, 2024

PRK Nenggiri: Umno tak gentar lawan ‘calon matang’ Bersatu

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
22 Jul 2024

Mohd Syahbuddin Hashim berkata calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai kelebihan sendiri di sebalik usianya yang masih muda.
Minggu lalu, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumum sebagai calon BN pada PRK DUN Nenggiri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno Gua Musang menegaskan isu calon Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan ‘lebih matang’ tidak menggentarkan Barisan Nasional (BN) dalam misi merampas kerusi Nenggiri pada PRK, bulan depan.

Mengulas kenyataan pemimpin PAS Annuar Musa itu, Timbalan Ketua Umno Gua Musang Mohd Syahbuddin Hashim berkata calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai kelebihan sendiri walaupun berusia 38 tahun seperti dikenali ramai dan pernah menabur bakti.

Menurutnya, Mohd Azmawi yang juga ketua pemuda Umno Gua Musang pernah berkhidmat kepada penduduk apabila bertugas sebagai pegawai kepada bekas Adun Ab Aziz Yusoff.

Nak tahu calon mana lebih matang, kita serah kepada pengundi menilai, kata Adun Galas itu kepada FMT.

Sabtu lalu, Annuar yang juga bekas pemimpin Umno berkata calon PN bakal diumumkan komponen itu untuk mengekalkan kerusi DUN Nenggiri dijangka ‘lebih matang’ berbanding Mohd Azmawi.

PN yang diwakili Bersatu dikatakan sedang mempertimbangkan dua nama iaitu bekas ketua Pemuda Umno Gua Musang Sheikh Razali Hamad atau pegawai kerajaan Kelantan di Dabong Sun Najaman Muhamad untuk diletak sebagai calon pada pilihan raya 17 Ogos itu.

Sementara itu, Mohd Syahbuddin yang juga ketua pembangkang DUN Kelantan berkata naratif lawan kononnnya mengundi BN diibaratkan menyokong DAP hanya akan menyemai kebencian.

Kenapa perlu guna DAP menyemai kebencian, katanya.

PRK Nenggiri diadakan selepas DUN Kelantan pada 19 Jun lalu mengisytiharkan kerusi itu kosong apabila dimaklumkan Mohd Azizi Abu Naim bukan lagi ahli Bersatu.

Keahlian Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dihentikan selepas beliau gagal mengisytiharkan kesetiaannya kepada parti dan menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 3 Ogos dan undi awal 13 Ogos.

Saturday, July 20, 2024

Peluang cerah BN rampas Nenggiri, kata Akmal

freemalaysiatoday.com
Bernama
20 Jul 2024

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata ia berdasarkan kredibiliti calon diketengahkan.
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Subang. (Gambar Facebook)

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi DUN Nenggiri pada PRK bulan depan.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, berkata ia berdasarkan kredibiliti calon diketengahkan iaitu anak muda tempatan, profesional dan lama berkhidmat di kawasan berkenaan.

“Sebelum ini ia bertukar milik kepada Perikatan Nasional (PN) namun pada PRN yang lepas, kita (BN) kalah dengan majoriti 810 undi sahaja.

…dan di Nenggiri ini kalau kalah satu pun kerajaan negeri masih ditadbir PAS tetapi rakyat Kelantan mahukan seseorang yang boleh memberikan semak imbang kerana sejarah di sana, pembangkang hanya ada dua. Jadi tambahkan sahaja satu kerusi pembangkang tanpa menggugat pemerintahan sedia ada, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Subang.

Akmal berkata, sayap Pemuda juga akan memaksimumkan usaha dalam memastikan kemenangan Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang diumum sebagai calon mewakili BN bagi PRK berkenaan.

Pada 19 Jun lalu, Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

Dalam perkembangan lain, pada mesyuarat berkenaan Ketua Umno Subang Armand Azha Abu Hanifah mencadangkan usul khas untuk mengangkat ketua Pemuda Umno diberikan mandat dalam pentadbiran di peringkat pusat.

Sunday, July 14, 2024

Annuar: PRK Nenggiri medan kedua referendum lawan k'jaan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 14, 2024
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Annuar Musa menggesa rakyat Malaysia bersuara menentang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melalui undi mereka pada pilihan raya kecil Nenggiri akan datang.

Dia berkata dua isu semasa yang penting, penyalahgunaan undang-undang antilompat oleh kerajaan serta keputusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk meninggalkan parti Melayu lain dan bekerjasama dengan DAP.

"Saya nak ajak rakyat Malaysia beramai-ramai menyertai gerakan rakyat, kebangkitan rakyat melalui referendum Nenggiri.

"Kalau Sungai Bakap waktu isu diesel dan juga isu kebobrokan kerajaan Anwar Ibrahim kita sambung referendum ini di Nenggiri," katanya.
Annuar berkata demikian ketika berceramah pada majlis Gelombang Selamatkan Malaysia di hadapan kira-kira 200 hadirin di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Gombak, Selangor malam tadi.

Dia merujuk kemenangan PN pada PRK Sungai Bakap dengan peningkatan majoriti dan bahagian undi apabila peratusan keluar mengundi yang lebih rendah mengalahkan PH.

Kerajaan perpaduan kini berdepan satu lagi pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Nenggiri di Kelantan yang dikuasai PAS, yang akan bertanding pada 17 Ogos.

Annuar seterusnya menyeru penyatuan antara Umno dan PAS untuk memperbetulkan kestabilan politik negara.
Gambar fail, kerjasama Muafakat Nasional.
Selepas kerajaan PH tumbang pada 2020, Umno meramalkan kunci untuk memulihkan negara adalah melalui kepimpinan Melayu menyatukan rakyat Malaysia, katanya.

"Dalam formula politik ini rumusan kita ialah orang Melayu terutamanya harus memimpin penyatuan dan perpaduan seperti mana mula kita bentuk bangsa dan negara ini adalah bermula dengan penyatuan dan kesatuan orang Melayu dan umat Islam.

"Kemudian kita melebarkan sayap perpaduan itu untuk memberi perlindungan dan tempat kepada semua kaum minoriti dalam negara kita tanpa ada sentimen perkauman ataupun nilai-nilai politik negatif, apa lagi yang tidak dibenarkan oleh Islam itu sendiri," katanya.

PRK Nenggiri: Walaupun lutut saya terketar-ketar, lawan tetap lawan – Ku Li

kosmo.com
Oleh AIMUNI TUAN LAH
14 Julai 2024, 11:35 am
Tengku Razaleigh semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menjadi medan besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk menebus kekalahan di kawasan itu kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, PRK DUN Nenggiri merupakan misi untuk menebus kekalahan terutamanya di peringkat Parlimen Gua Musang, dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Nenggiri dan Paloh.

Katanya, dia berharap pucuk pimpinan akan memilih calon yang benar-benar boleh mewakili parti dan bekerja untuk rakyat.

“Kita tebus DUN Nenggiri dan segala-galanya dalam PRU lepas. Itu hasrat kita menandakan perasaan yang didorong perjuangan yang mahu menebus kegagalan serta kedukaan kita lalui.

“Saya akan menyahut seruan parti untuk turun padang bersama jentera kerana lawan tetap lawan,” katanya ketika berucap Merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini semalam.

Tengku Razaleigh memberitahu, dia terpaksa melupakan hasrat untuk ‘berehat’ apabila dipilih oleh pucuk pimpinan menjadi Pengarah PRK DUN Nenggiri mewakili Kerajaan Perpaduan.

Katanya, jentera akan digerak secara berhabis-habisan untuk memburu kemenangan. 

– KOSMO! ONLINE
View Synonyms and Definitions

Saturday, June 29, 2024

Ketua Pemuda disebut-sebut calon UMNO PRK DUN Nenggiri

bharian.com.my
Oleh Nor Amalina Alias 
bhnews@bh.com.my
- Jun 29, 2024 
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani

KOTA BHARU: Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani disebut-sebut sebagai calon yang akan diketengahkan parti untuk bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Pemilihan Azmawi dikatakan mendapat sokongan UMNO Bahagian Ketereh yang melihat calon muda sebagai kelebihan dalam landskap politik semasa sejak PRU15.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh, Nik Saiful Adli Burhan, berkata, calon kini tidak lagi boleh bergantung kepada tuah logo dan bendera parti semata-mata namun diri calon menjadi ukuran pengundi.

"Latar belakang penyertaan dalam badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan belia, sukarelawan dan khidmat masyarakat hampir pasti menjadi syarat wajib pemimpin sebegini, bukan sekadar pembodek politik yang hanya mampu menjulang bos untuk menjadi calon pilihan raya," katanya kepada media hari ini.

Nik Saiful berkata, dia pernah bersama-sama Azmawi ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Gua Musang.

Nik Saiful memuji Azmawi hanya tahu bekerja untuk parti dan rakyat, bukan seperti sebahagian pemimpin parti yang merajuk lari bahkan menentang parti bila tidak dicalonkan bertanding dalam pilihan raya meskipun memegang jawatan utama dalam parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pada 3 dan 13 Ogos.

Ini berikutan Mohd Azizi Abu Naim gugur keahlian BERSATU dan kerusi DUN berkenaan diumumkan kosong pada 19 Jun lalu oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Umno letak calon untuk PRK Nenggiri

malaysiakini.com
NS Ramli
Diterbitkan: Jun 29, 2024 2:37 PM
Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan parti itu akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan yang dijadualkan pada 17 Ogos ini.

Presiden Umno itu turut memaklumkan Umno sudah melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua bagi PRK itu, manakala Ahmad Jazlan Yaakub sebagai ketua operasi.

Ahmad Jazlan merupakan Pengerusi Umno Kelantan dan Pengerusi Felcra, manakala Tengku Razaleigh adalah bekas ahli parlimen Gua Musang.

"Hari ini, depan wartawan yang ada dalam dewan ini, saya nak umumkan bahawa Umno akan meletakkan calon untuk pilihan raya kecil Nenggiri.

"Lepas ini kita (Umno) akan ke sana untuk memastikan calon kita menang dan kita juga sudah melantik Tengku Razaleigh sebagai ketua pilihan raya kecil itu bersama Jazlan Yaakub sebagai ketua operasi.

"Kombinasi ini akan dapat memastikan kemenangan dalam PRK itu nanti," katanya berucap merasmikan mesyuarat Umno Lipis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di Lipis, hari ini

Pengumuman Ahmad Zahid itu menyaksikan cadangan PH Gua Musang mahu meletakkan calon mereka di situ mungkin tidak kesampaian.
Pengerusi PH Gua Musang, Asharun Uji, pada 25 Jun lalu dilaporkan berkata calon mereka wajar diberi peluang bertanding Nenggiri kerana mempunyai senarai individu setempat yang layak diangkat sebagai calon.

"Ini sekadar cadangan, lagipun BN yang merupakan rakan gabungan PH sudah bertanding pada PRN ke-15 lalu.

"Namun tidak salah jika kami diberikan peluang," katanya.

Bagaimanapun Asharun menegaskan keputusan akhir tetap terletak pada pertimbangan pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri.

PRK Nenggiri diadakan selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi itu kosong ekoran notis Bersatu mengenai keahlian Mohd Azizi Abu Naim, yang tergugur dari parti berkenaan.

Susulan itu, Mohd Azizi memfailkan injunksi sementara untuk menghentikan PRK berkenaan daripada diadakan sehingga saman pemulanya diputuskan.

Bagaimanapun, injunksi itu ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuarat semalam mengumumkan PRK Nenggiri ditetapkan pada 17 Ogos.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid mengingatkan Umno Pahang untuk terus berhati-hati dengan 'ancaman' gabungan PN yang merancang untuk merampas negeri dalam PRU akan datang.

"Dalam PRU lalu, mereka dah ada 17 dan kita harus berterima kasih kepada rakan kita daripada PH yang sanggup bekerjasama dan membentuk kerajaan negeri.

"Sekarang mereka (PN) sudah menjadi kerajaan di empat negeri dan seterusnya saya yakin mereka menyasarkan untuk menguasai Pahang selepas ini.

"Jadi saya ingatkan Umno Pahang supaya jangan rasa selesa, terus bekerja kuat dan jangan benarkan Pahang ini jatuh ke tangan mereka," katanya.

Friday, June 28, 2024

Pengundi Nenggiri memilih pada 17 Ogos ini

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 28, 2024 12:05 PM
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 17 Ogos ini sebagai hari mengundi bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Nenggiri yang sebelum ini diisytiharkan kosong.

Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 3 Ogos.

Menurut Ramlan, untuk pengundi awal, SPR menetapkan proses itu berlangsung 10 hari selepas penamaan calon, iaitu pada 13 Ogos.

Malaysiakini pada 19 Jun lalu melaporkan, Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Nenggiri kosong bermula pada hari tersebut selaras dengan Undang-Undang Tubuh negeri Kelantan.

"Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi (Abu Naim).

"Menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis kekosongan," katanya.

Mohd Ammar yang juga adalah bekas timbalan menteri besar berkata, keputusan itu susulan DUN Kelantan menerima notis bertulis daripada Bersatu pada 12 Jun lalu, diikuti Mohd Azizi sehari kemudian.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injuksi Mohd Azizi bagi menangguhkan pengumuman tarikh PRK di DUN berkenaan.

Dia yang juga ahi parlimen Gua Musang memohon perintah sekatan sementara untuk mengekalkan status quo sementara menunggu keputusan tuntutan mahkamahnya mencabar kesahihan penamatan keahlian Bersatu.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menolak permohonan injunksi tersebut selepas mendengar hujahan Mohd Azizi selama lebih dua setengah jam.

[Laporan lanjut menyusul]

View Synonyms and Definitions

Thursday, June 27, 2024

Bersatu sedia pertaruh Annuar, Tok Pa di Gua Musang, Jeli

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-27 Jun 2024, 09:45 PM

Ketuanya, Kamaruddin Md Noor yakin parti itu dapat mempertahankan DUN Nenggiri, Parlimen Gua Musang dan Jeli, jika PRK diadakan.
Bersatu Kelantan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti dan PN untuk membuat keputusan, jika PRK diadakan kelak serta ada cadangan mencalonkan Annuar Musa (kiri) dan Mustapa Mohamed (kanan) bertanding di kerusi Gua Musang serta Jeli.

PETALING JAYA: Bersatu Kelantan sedia memberi laluan kepada ahli politik berpengaruh, termasuk Annuar Musa dan Mustapa Mohamed bertanding di Parlimen Gua Musang serta Jeli, jika PRK diadakan kelak.

Ketua Bersatu Kelantan Kamaruddin Md Noor berkata langkah menghantar dua ahli politik itu ke Dewan Rakyat bagaimanapun perlu mendapat persetujuan pucuk pimpinan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu.

“Kita serah kepada pucuk pimpinan untuk buat keputusan muktamad, jika ada cadangan (calonkan Annuar dan Mustapa).

“Perbincangan dibuat peringkat atas kita (Bersatu Kelantan) menerima apa saja keputusan, selepas peringkat akar umbi memberi maklum balas kerana yang lebih penting kemenangan untuk Bersatu dan PN,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Adun Nenggiri, Azizi Abu Naim, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, mendapatkan injunksi sementara untuk menghentikan PRK bagi kerusi DUN itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan pelaksanaan PRK DUN Nenggiri.

Selain Azizi, lima Ahli Parlimen yang turut dihentikan keahlian Bersatu kerana menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ialah Zahari Kechik (Jeli), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari pula menyokong Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Semuanya gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Annuar ialah bekas Ahli Parlimen Ketereh selama tiga penggal, manakala Mustapa lebih dikenali sebagai Tok Pa pula memenangi kerusi Parlimen Jeli sejak 1995, sebelum menarik diri daripada bertanding pada PRU15.

Kamaruddin yang juga Adun Ayer Lanas berkata, Bersatu sedia mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang, Jeli dan DUN Nenggiri jika PRK diadakan selepas wakil rakyatnya menyuarakan sokongan kepada Anwar.

“Kita yakin mampu mempertahankan ketiga-tiga kawasan ini dan ada calon sesuai memandangkan kerjasama dan persefahaman Bersatu, PAS di Kelantan cukup baik dan kita boleh mengulangi persefahaman ini dalam PRK nanti.”

Katanya, Bersatu sudah melantik wakilnya untuk menjalankan tugas Adun bayangan selepas siri pengkhianatan wakil rakyatnya dalam membela nasib rakyat di Gua Musang, Jeli dan Nenggiri.
Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Mahkamah tolak permohonan Azizi, SPR akan umum tarikh PRK Nenggiri

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jun 27, 2024 8:40 PM
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan meneruskan pengumuman tarikh pilihan raya kecil DUN Nenggiri esok.

Ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injuksi bekas Adun Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi menangguhkan pengumuman tarikh PRK di DUN berkenaan.

Azizi memohon perintah sekatan sementara untuk mengekalkan status quo antara parti sementara menunggu keputusan tuntutan mahkamahnya mencabar kesahihan penamatan keahlian partinya, yang menyebabkan kerusi DUN Nenggiri di Kelantan kosong.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain pada hari ini menafikan permohonan injunksi Azizi selepas lebih dua setengah jam mendengar hujahan yang bermula pada 4.30 petang tadi.

Roz Mawar berkata SPR tidak boleh dinafikan daripada menjalankan tugas perlembagaannya, termasuk mengadakan mesyuarat dan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil.

Mahkamah memutuskan Azizi masih boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu dan menetapkan 28 Ogos depan untuk mendengar permohonan injunksi sebenar.

Di bawah undang-undang, injunksi ad-interim bertujuan untuk mengekalkan status quo sementara menunggu pendengaran permohonan injunksi sebenar.

Semalam, Azizi memohon perintah injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang pilihan raya kecil daripada diadakan di kerusi DUN Nenggiri, Kelantan.

Pemecatan daripada Bersatu tidak sah

Azizi memohon perintah untuk mengekalkan status quo antara parti, sementara menunggu pelupusan saman pemulanya bukan sahaja terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya dan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah, tetapi juga dua pemimpin tertinggi Bersatu - Presiden Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Hamzah Zainuddin.

Azizi memohon perisytiharan mahkamah bahawa artikel 10.5 dibaca bersama 10.4 dan 10.6 perlembagaan parti politik itu melanggar hak perlembagaannya untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan kebebasan berpersatuan.

Dia berhujah bahawa pemecatannya daripada Bersatu adalah tidak sah, dan pengisytiharan speaker Kelantan bahawa kerusi Nenggiri kosong adalah terbatal dan juga tidak sah.

Bersatu pada 12 Jun lalu, memaklumkan kepada speaker negeri bahawa keahlian Azizi telah ditarik balik dan sekali gus kerusi Nenggiri adalah kosong.

Azizi, yang juga ahli parlimen Gua Musang antara tujuh ahli parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka kerana menyuarakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Selain Azizi, mereka yang lain turut dipecat itu adalah ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Azizi bertanding di bawah tiket PAS mewakili gabungan Perikatan Nasional pada pilihan raya umum dan negeri lalu.
Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Wednesday, September 20, 2023

Beras tempatan di Kelantan tak terjejas, beras Siam pilihan utama

malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Sep 20, 2023 
Ketika isu kekurangan bekalan beras tempatan di negeri-negeri lain, situasi sedemikian didapati tidak berlaku di Kelantan.

Ia susulan permintaan terhadap bekalan beras tempatan di negeri Cik Siti Wan Kembang kurang memberangsangkan kerana kebanyakan penduduk lebih sinonim menggunakan beras Siam.

Malah bekalan beras yang di seludup dari negara jiran mudah didapati di kedai-kedai runcit termasuk di kawasan kampung.

Tinjauan Malaysiakini mendapati di beberapa pasar raya utama, bekalan beras tempatan mencukupi dan kurang mendapat sambutan.

Walaupun harga ditawarkan sekampit beras Siam lima kilogram lebih mahal berbanding harga beras putih tempatan, boleh dikatakan majoriti pengguna di Kelantan lebih memilih beras Siam.

“Beras tempatan orang beli juga tapi jualannya tak laju sangat, jadi bekalan sentiasa cukup setakat ini.

“Mungkin sebab orang Kelantan lebih suka beli beras Siam,” kata seorang pekerja pasar raya yang enggan disiarkan namanya.
Harga beras putih tempatan dijual dengan harga RM13 bagi kampit lima kilogram (kg) hingga RM26 bagi kampit 10kg.

Harga bagi lima beras Siam pula antara RM20 hingga RM30 sekampit berbanding harga beras tempatan sekitar RM13 hingga RM15 bagi sukatan sama.

Beras Siam kampit 10kg pula jarang dijual lebih kurang RM40 tetapi penawarannya amat kurang berbanding kampit 5kg.

Seorang peniaga kedai runcit mahu dikenali sebagai Helmi, 35, berkata dia memilih untuk menjual beras Siam sepenuhnya kerana permintaan tinggi daripada pengguna.

“Kalau di kawasan kampung ini orang tak beli beras Malaysia (tempatan), orang cari beras Siam belaka. Kalau saya jual beras Malaysia pun payah laku.

“Orang di sini beli beras Malaysia kalau tak ada pilihan, apabila beras Siam tiada stok jadi terpaksa beli yang mana ada.

“Harga beras Siam lebih mahal tetapi mungkin jadi pilihan sebab kualiti lebih bagus,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Kota Bharu.

‘Nasi lambat basi’

Sementara itu seorang peniaga restoran Suraini Mustapha, 48, berkata dia juga menggunakan beras Siam untuk menyediakan nasi yang dijual di kedainya.

Katanya, sebagai peniaga mereka mengutamakan kualiti nasi yang baik untuk dihidang kepada pelanggan.

“Beras Siam ini lebih berkualiti misalnya nasi susah basi, lebih kembang, lembut dan rasa lebih sedap.

“Kebanyakan peniaga nasi di Kelantan memang akan guna beras Siam. Ia lebih mudahkan kita untuk memasak,” katanya yang juga pemilik restoran Su Tomyam di Kubang Kerian.
Rosli Zakaria
Seorang pengguna Rosli Zakaria, 42, berkata dia sekeluarga menggunakan beras Siam sejak sekian lama kerana kualiti yang lebih baik.

“Saya memang guna beras Siam sebab lebih berkualiti, jadi isu bekalan beras tempatan berkurang kita tak ambil kisah sangat.

“Kita di sini tak terasa sangatlah (beras tempatan kurang),” katanya yang juga seorang tukang jahit.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-