KUALA TERENGGANU: Bilik Gerakan Banjir PAS Terengganu mengarahkan Bilik Gerakan Banjir Kawasan Dungun dan Kemaman untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir gelombang keempat.
Pengarah Operasi Banjir PAS negeri, Dr Azman Ibrahim menyatakan demikian merujuk kepada amaran hujan tahap merah yang dijangka melanda sekitar daerah Dungun dan Kemaman yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia.
"Persiapan ini merangkumi persiapan bilik operasi untuk terus diletakkan dalam keadaan siaga, persiapan aset dan peralatan, penyusunan petugas serta stok bekalan barangan makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.
Menurutnya, menghadapi musim tengkujuh yang berpanjangan dan belum sampai ke penghujungnya sehingga kini, memang tidak dinafikan menuntut banyak pengorbanan masa, tenaga, kos serta penggunaan aset yang banyak.
"Bagi pihak Bilik Gerakan Banjir PAS Terengganu, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala yang telah dilalui dan dicurahkan oleh semua petugas. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
"Komitmen kita adalah untuk terus memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat kerana Allah," ujarnya kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, katanya penduduk yang berada di kawasan rendah serta berisiko dinaiki air dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan berjaga-jaga serta memastikan keselamatan diri dan keluarga. -HARAKAHDAILY

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.