Friday, December 19, 2014

Kalaulah Khairy Jamaluddin bukan menantu PM

HARAKAHDAILY | 19 Disember 2014.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) menyifatkan Syed Rosli Jamalulail yang menggesa agar Perdana Menteri meletakkan jawatan demi menyelamatkan masa depan Umno hanyalah mewakili suara paling rendah dalam parti itu.

Beliau turut mempertikaikan beberapa portal yang menyiarkan gesaan Syed Rosli itu sedangkan individu tersebut tidak mempunyai jawatan penting dalam Umno.

Kata KJ lagi, laporan seumpama itu seharusnya memetik daripada seseorang yang mempunyai kewibawaan.

Berikutan tulisan di laman sosial Facebooknya yang menggesa Najib berundur sebagai suatu pengorbanan dan memudahkan BN memenangi pilihan raya umum akan datang, beberapa portal berita telah menjadikan gesaan itu sebagai berita utama dan kemudian turut menjadi perbualan umum.

"Walaupun Syed Rosli hanyalah pemimpin di peringkat cawangan (suara paling rendah menurut KJ), sebenarnya gesaan terhadap Najib ini bukanlah suara yang baru kedengaran dalam Umno," tulisShahbudin Husin dalam blognya semalam.

Baginya, pandangan yang diutarakan Syed Rosli hakikatnya adalah relevan untuk masa depan dan untuk menyelamatkan Umno dan BN daripada tumbang, tak kira siapa pun dirinya.

"Bukankah Umno parti rakyat bawahan dan sesiapa pun berhak memberikan pandangan?" tanya beliau.

Menurutnya, soal kenapa portal berita memetik gesaannya, ia tentulah kerana ada nilai berita yang diutarakannya.

Tambahnya, tetapi membaca kenyataan KJ mengenai Syed Rosli, sesiapa pun tidak dapat mengelak daripada beranggapan bahawa Ketua Pemuda Umno itu seorang pemimpin paling sombong dan angkuh yang pernah dilahirkan oleh Umno sejak 1946.

Ternyata KJ semakin lupa asal usul dirinya dan bagaimana beliau naik dalam Umno.

"Bukankah orang bawahan yang menaikkannya? Dalam pilihan raya pula, kalau tanpa golongan paling bawah dalam Umno bekerja keras, bolehkah beliau menang?" tanya Shahbudin lagi.

Beliau menambah, KJ juga bukan golongan berdarah bangsawan sejak lahir yang mana darah elit dan bangsawan daripada keluarga Perdana Menteri hanya mengalir di luaran tubuhnya setelah berkahwin dengan anak Pak Lah saja.

"KJ sendiri pun sebenarnya, jika bukan kerana pernah menjadi menantu Perdana Menteri, beliau juga bukanlah sesiapa dalam Umno dan mungkin masih berada di peringkat paling rendah juga waktu ini," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 19/12/2014

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-