Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendukung seorang nenek, Dayang Ali, 93, seorang daripada penduduk yang terpaksa berpindah ke SMK Banggol berikutan banjir yang melanda kediamannya. – Gambar Facebook, 26 Disember, 2014.
Beberapa pemimpin Umno bertungkus-lumus meredah banjir bagi membantu mangsa di beberapa buah negeri yang dilanda bencana paling buruk dalam sejarah negara ketika ketua mereka Datuk Seri Najib Razak sedang bercuti di Hawaii.
Dalam status yang ditinjau The Malaysian Insider di Facebook, pemimpin Umno kelihatan sibuk meminta bantuan dan berusaha menyampaikan bantuan kepada mangsa di Kelantan dan Terengganu.
Pengerusi Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed antara yang tidak putus-putus mengemaskini situasi semasa dalam akaun Facebook mereka dan terlibat sama dalam misi memberikan bantuan kepada mangsa di negeri yang paling teruk dilanda banjir itu.
"Sy post di fb bukan utk polimik tp utk share imfo dan dpt pertolongan... SAYA MASIH STUCK DGN BEKALAN YG TAK DPT DI GERAKKAN..tak cukup kemudahan..dah 4 jam di sini utk ke laloh...TUNGGU HELI..dr Rahman hospital k krai baru talipon minta tolong.. BEKALAN MAKANAN DAN DIESEL DI HKK BOLEH BERTAHAN SETAKAT PKL 4ptg..bekalan putus!!!!!" tulis Annuar dalam status Facebook yang dikemaskini awal petang semalam.
Beberapa gambar ahli Parlimen Ketereh tersebut mengikut misi memberikan bantuan dan melawat pusat penempatan mangsa banjir juga dimuat naik, menerima pelbagai reaksi dan komen pujian dalam laman sosial tersebut.
Dengan hanya berseluar trek dan kemeja-t, Mustapa tidak putus-putus mengemaskini dan memuat naik gambar lawatannya ke pusat penempatan di samping menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir khususnya di kawasan Parlimen beliau, Jeli.
Sementara itu di Terengganu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga menempuh air lumpur dan turun mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.
Gambar Menteri Komunikasi dan Multimedia tersebut bersama pasukan tentera menurunkan bantuan daripada helikopter dan mendukung warga emas di Kemaman menerima komen pujian daripada orang ramai di Facebook.
"Kepimpinan melalui tauladan, pemimpin besar sanggup bersama membantu," kata Shahidan Mahmud dalam ruang komen memuji Shabery.
Dalam satu pesanan ringkas, Shahidan memberitahu The Malaysian Insider beliau berjaga dari malam hingga ke pagi membantu menguruskan operasi membantu mangsa banjir.
Beliau juga mengemaskini setiap perkembangan terkini mengenai situasi dan status mangsa banjir daripada masa ke semasa.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilaporkan turun padang ke Kelantan dan Pahang bagi melihat dan memantau sendiri keadaan banjir.
Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Perak semakin meruncing setakat malam ini dengan 69,549 orang ditempatkan di pusat pemindahan banjir, berbanding 68,117 orang pada sebelah petang semalam.
Semalam, The Washington Post melaporkan Obama menghabiskan masa cuti Krismas bersama rakan-rakan termasuk Najib bermain golf di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay, Hawaii.
Laporan serta beberapa keping gambar yang menunjukkan Najib memakai baju-T berwarna merah jambu dan kelihatan gembira bermain golf menyebabkan kebanyakan rakyat memberi reaksi terkejut dan kecewa dengan perkembangan itu ketika negara sedang dilanda musibah.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketika-najib-bercuti-pemimpin-umno-redah-banjir-bantu-mangsa#sthash.MS761bv1.dpuf

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.