Bagaimanapun semua ini perlu berpaksi kepada keluhuran perlembagaan, katanya yang juga Ketua Umum KEADILAN.
Jelas Anwar, pada tahun 2015 rakyat akan mendambakan kesiap-siagaan total di kalangan segenap lapisan bagi menghadapi cabaran ekonomi dan sosio-politik.
“Muafakat di tahun baharu (2015) harus dipupuk dengan merai jamak agama dan budaya yang toleran serta harmonis dengan pengurusan khazanah negara melalui tatakelola dan pengurusan awam yang berakauntabiliti.
“Agenda ini dapat direalisasikan sekiranya iltizam politik disemat di seluruh peringkat masyarakat dan melangkaui perbezaan idealogi politik yang akan merugikan rakyat,” kata Anwar.
Menurut beliau, selain persediaan rakyat , harapan besar turut disandarkan kepada kerajaan yang mengawal selia sektor ekonomi untuk diperkemaskan suapaya tidak membebankan rakyat marhaen.
“Pemerintah (kerajaan) perlu menolak sepenuhnya agenda perkauman sempit serta pendakwaan terpilih yang mendorong ketidakseimbangan sosio-politik dan perpaduan rakyat,” jelasnya.
Pada tahun 2014, pelbagai tragedi dan insiden telah menghantui negara termasuk kehilangan pesawat (MH370, MH17 dan QZ8501), bencana banjir besar, kekurangan air, jerebu, perkauman, kesenjangan ekonomi, kebejatan sosial dan jenayah, kepincangan sistem demokrasi, pendakwaan terpilih serta kelemahan tatakelola dan dana awam.
Anwar mengulas bahawa kesemua senario yang berlaku akan membimbangkan rakyat kerana rakyat seakan diasak untuk menghadapi pelbagai rintangan yang bakal mendatang termasuk kemurungan ekonomi nasional.
Tambahnya lagi, komitmen KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah sangat jelas untuk mengurus negara dalam kerangka humanistik yang menjamin keadilan baik daripada sudut politik, ekonomi mahupun sosial.
“Kepada Tuhan harapan disandarkan, semoga iktikad ini disemai rapi dalam setiap jiwa rakyat Malaysia yang meyakini keupayaan negara untuk bebas daripada pasungan kecapikan dan kelelahan,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.