Tuesday, January 13, 2015

Eric Paulsen ditahan polis

Paulsen ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi. - Foto Twitter LFL

KUALA LUMPUR, 12 Januari:

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen ditahan polis di Brickfields, sebentar tadi, dipercayai disebabkan status di Twitternya yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme melalui khutbah Jumaat.

LFL menerusi Twitternya memaklumkan, Paulsen diberkas lebih 20 anggota polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Jelasnya, penahanan itu dibuat, sekalipun Paulsen telah bersetuju akan pergi ke balai polis, esok.

“Eric Paulsen sedang disoal siasat pihak polis di pejabat Lawyers for Liberty,” demikian menurut Twitter LFL.

Penahanan itu turut disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields,” kata Khalid dalam laman Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran yang dilihat bersama Paulsen ketika dia ditahan memberitahu, Paulsen kemudiannya dibawa ke pejabatnya di Firma Guaman Daim dan Gamany.

Jelasnya, polis juga telah merampas komputer ribanya di firma guaman itu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/12/eric-paulsen-ditahan-polis/#ixzz3OejUHhn6

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-