Showing posts with label Ibu Pejabat Polis. Show all posts
Showing posts with label Ibu Pejabat Polis. Show all posts

Saturday, August 29, 2015

Polis tahan 162 orang, jurugambar, di konsert mini menjelang himpunan Bersih 4

Polis tahan 162 orang, jurugambar, di konsert mini menjelang himpunan Bersih 4

OLEH DIYANA IBRAHIM
Konsert mini menjelang perhimpunan Bersih 4 di Rumah Api semalam diserbu polis dan seramai 163 ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk diambil keterangan. – Gambar Facebook Kidz Wan, 29 Ogos, 2015.

Kira-kira 163 orang yang menghadiri konsert mini atau "gig" menjelang perhimpunan Bersih 4 di Rumah Api, Ampang Jaya ditahan polis malam tadi.

Menurut salah seorang peserta yang ditahan, Aizuddin Ismail, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk diambil keterangan.

"Polis menyerbu Rumah Api ketika persembahan dilakukan kira-kira jam 11.15 malam semalam.

"Kesemua 50 anggota polis yang menahan kita tidak memaklumkan atas alasan apa penahanan tersebut," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Antara 163 yang ditahan, termasuk jurugambar The Malaysian Insider Seth Akmal.

Antara yang membuat persembahan sempena konsert mini tersebut ialah kumpulan Carburetor Dung yang popular di kalangan anak muda sekitar tahun 1990-an. – 29 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tahan-162-orang-jurugambar-di-konsert-mini-menjelang-himpunan-bersih#sthash.YSFFmwKL.dpuf

Tuesday, January 13, 2015

Eric Paulsen ditahan polis

Paulsen ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi. - Foto Twitter LFL

KUALA LUMPUR, 12 Januari:

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen ditahan polis di Brickfields, sebentar tadi, dipercayai disebabkan status di Twitternya yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme melalui khutbah Jumaat.

LFL menerusi Twitternya memaklumkan, Paulsen diberkas lebih 20 anggota polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Jelasnya, penahanan itu dibuat, sekalipun Paulsen telah bersetuju akan pergi ke balai polis, esok.

“Eric Paulsen sedang disoal siasat pihak polis di pejabat Lawyers for Liberty,” demikian menurut Twitter LFL.

Penahanan itu turut disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields,” kata Khalid dalam laman Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran yang dilihat bersama Paulsen ketika dia ditahan memberitahu, Paulsen kemudiannya dibawa ke pejabatnya di Firma Guaman Daim dan Gamany.

Jelasnya, polis juga telah merampas komputer ribanya di firma guaman itu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/12/eric-paulsen-ditahan-polis/#ixzz3OejUHhn6

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-