Showing posts with label hina islam. Show all posts
Showing posts with label hina islam. Show all posts

Wednesday, August 28, 2024

Jangan terjebak sikap dan agenda burukkan ulama

harakahdaily.net
August 28, 2024

JASIN: Tindakan pihak-pihak tertentu yang menyerang dan memburuk-burukkan para ulama sebenarnya adalah suatu gerakan yang dibuat demi menjaga kepentingan Barat dan Zionis.

Timbalan Ketua Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, golongan itu akan menyerang mana-mana ulama yang cuba membangkitkan kesedaran secara jelas, tidak berlapik, sehingga mudah difahami oleh umat akan maksud dan tujuannya.

“Jadi kalau kita tengok dalam negara kita ni ulama yang paling dimusuhi dan dicerca oleh kumpulan yang memang dibentuk bagi memfitnah ulama dan membuat naratif yang negatif kepada ulama, iaitulah kalangan sebahagian netizen ini,” katanya.

Tuan Guru Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Jasin itu berkata demikian sewaktu menyampaikan kuliah Maghrib mingguan di Balai Islam Seri Minyak, Merlimau, di sini malam kelmarin.

“Kita tengok Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, antara ulama-ulama yang paling utama menghadapi sasaran. Baru-baru ini Ustaz Azhar Idrus juga mula dihalakan serangan secara bertubi-tubi.

“Kerana apa? Kerana ulama-ulama ini dilihat sebagai kumpulan ulama yang mempunyai kemampuan ilmu membangkitkan keinsafan dan kesedaran rakyat untuk beristiqamah dengan Islam,” katanya.

Beliau sebelum itu membincangkan ayat 130 Surah Ali Imran mengulas mengenai keberanian Imam Sya’rawi dalam tafsirnya yang memuji As-Syahid As-Syeikh Sayyid Qutb RH.

Ini kerana tokoh itu dapat menghuraikan dengan tuntas persoalan riba yang tiba-tiba muncul di dalam ayat tersebut di tengah-tengah perbincangan mengenai perang Uhud.

“Saya menyebut tentang perkara ini, adalah sebagai suatu ingatan kepada kita, supaya kita tidak terbawa-bawa dengan kecenderungan untuk menyerang peribadi As-Syeikh Sayyid Qutb.

“Kerana Sayyid Qutb ini diberikan tasawur, diberikan gambaran sebagai tokoh ekstremis yang melahirkan suatu gerakan yang ekstremis dalam dunia Islam melalui huraian-huraian ilmiahnya,” katanya.

Jelas beliau, persepsi itu hakikatnya adalah tuduhan Barat kepada As-Sheikh Syed Qutb RH di mana sedia dimaklumi bahawa orang Barat itu memang begitu marah dengan mana-mana ulama seperti itu.

Di mana katanya, mempunyai kemampuan dan pengaruh besar di dalam menghuraikan mengenai kewajipan menentang segala perkara yang berlawanan dengan Islam.

“Jadi ulama-ulama yang berjaya menghuraikan perlawanan dan percanggahan sesuatu ajaran, ideologi dan fahaman di zaman moden ini dengan Islam. Berlawan perkara itu dengan Islam.

“Dia (Sayyid Qutb) berjaya menghuraikanya dengan mengembalikan kepada nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka ulama itu dipandang sebagai ancaman kepada Barat.

“Kerana kemampuan dan kejayaan Sayyid Qutb dan mana-mana ulama seperti itu dilihat sebagai suatu perkara yang berjaya membangkitkan semangat perjuangan untuk mempertahankan Islam dan membebaskan tanah air umat Islam dari cengkaman penjajah,” katanya.

Kata beliau lagi, disebabkan perkara itu, Sayyid Qutb ini menghadapi berbagai-bagai fitnah yang mana fitnah-fitnah itu datang daripada naratif yang dibuat oleh Barat.

“Kita pun tahu Mesir ini bersebelahan dengan Israel yang menjajah Palestin. Maka naratif-naratif ini yang dibuat bertujuan untuk kepentingan Israel dan Zionis,” katanya.

Katanya lagi, para ulama yang mulia hatinya, mereka sekali-kali tidak akan terpedaya dengan permainan fitnah dibuat oleh musuh-musuh Islam.

Justeru ulama-ulama ini akan menonjolkan segala sisi kebaikan ulama yang difitnah supaya umat tidak melampau hingga terjebak hanya dengan fitnah naratif dibuat oleh Barat dan musuh-musuh Islam.

 – HARAKAHDAILY 28/8/2024

Friday, January 16, 2015

Hadi: hina Islam kebebasan bersuara?

KUALA LUMPUR - Kebebasan bersuara telah ditakrifkan secara tidak adil terhadap umat Islam apabila pihak bukan Islam boleh menggunakan hak tersebut untuk menghina agama itu, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, menggunakan alasan atas nama kebebasan media, golongan itu boleh menghina Allah dan rasul, sedangkan kerajaan dan ketua mereka tidak boleh dikritik kerana erti kebebasan hanya diboleh­kan kepada mereka dari negara Barat.

Kata beliau, bagi pihak mereka, ajaran agama dan khutbah Jumaat wajib dipantau habis-habisan termasuk di masjid di Mekah dan Madinah kerana dianggap melampau, sedangkan ada negara Eropah mengharamkan pemakaian tanda agama di sekolah atau berhijab di tempat awam.

“Pas mengutuk semua bentuk keganasan dan pelampau walaupun dicetuskan oleh orang Islam sendiri terhadap orang bukan Islam, (namun) semua pihak perlu memahami takrif keganasan secara waras dan siapa yang sebenarnya memulakan keganasan.

“Kita bersimpati dengan sesiapa sahaja yang dibunuh tanpa hak dan keadilan tetapi pada masa sama sila bandingkan dengan tujuh belas orang rakyat Perancis yang dibunuh mendapat simpati seluruh dunia kerana laporan medianya menghina Islam dan rasulnya tetapi lebih sejuta rakyat Algeria yang dibunuh tentera Perancis pada zaman penjajahannya dan dilupakan tanpa simpati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada isu tindakan akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo yang diserang dengan senjata api sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh selepas akhbar sa­tira berkenaan tidak menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad.

Ia juga dipercayai merujuk kepada kontroversi kenyataan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat kepada umat Islam.

Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, kenyataan Eric itu merupakan satu tuduhan melampau yang sengaja mahu mencetuskan provokasi terhadap umat Islam.

Kata beliau, kenyataan itu sekali gus menafikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan, selain tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Kata beliau, Jakim tidak pernah menggalakkan fahaman ekstremis melalui khutbah Jumaat, sebaliknya apa yang ditekankan adalah menyeru umat Islam untuk mempertahankan akidah, undang-undang dan akhlak Islam.

“Kenyataan yang dibuat Eric itu tidak berasas sama sekali dan sepatutnya kita tentang habis-habisan kerana tugas Jakim adalah untuk menjaga Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Dia sepatutnya merujuk kepada pihak Jakim atau mana-mana pihak berkuasa agama sekiranya timbul kekeliruan dan bukannya membuat kenyataan sesuka hati kerana ia boleh menimbulkan polemik sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni,” katanya. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=236392:hadi-hina-islam-kebebasan-bersuara?&Itemid=2#ixzz3OwUwY0Kd
Follow us:
@MsiaChronicle on Twitter

Monday, August 5, 2013

JAKIM boleh selesaikan masalah dengan menghukum Chetz???

Sunday, August 4, 2013
JAKIM mahu Chetz dihukum



Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan Maznah Yusof atau dikenali sebagai Chetz yang memuatnaik video beliau menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dalam laman Facebook sebagai perbuatan menghina Islam.

Berikutan itu JAKIM diarah memaklumkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan.

diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, selepas menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada pengawal keselamatan dan pendakwah bebas di sini semalam.

Menyentuh sensitiviti

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata SKMM akan merujuk kes itu kepada JAKIM kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum diklasifikasi sama ada menghina agama

Wak kurang setuju jike kes Chetz dengan anjing nye ni di selesaikan dengan hukuman. Ade banyak kemungkinan2 yang terjadi di dalam pemikiran Chetz ni ketike ia bikin klip video tu. Wak yakin perbuatan nye itu berkemungkinan disebabkan kurang pengetahuan nye dalam seluk beluk agama islam.

Ini adelah kesalahan yang pertame dan berkemungkinan tidak disenghajekan nye. Dengan memaafkan nye dan memberikan bimbingan serte ajaran adelah lebih bermenafaat. Sebenar nye ade lebih ramai lagi di luar sane yang melakukan perkare yang lebih buruk tentang penghine an agama islam.

Di bawah ni Wak terjumpe satu klip video yang agak lebih parah lagi jike dibandingkan dengan klip video anjing. Mampu kah JAKIM menangkap dan menghukum orang yang berkenaan dalam klip video di bawah ni?


Saturday, August 3, 2013

Berite ni sedang hangat di persoalkan di sane sini.......................




Tapi Wak heran juge kenape tiade seorang pun umat Islam  yang terase tersinggung tentang klip VDO di bawah ni yang terang2 menghine Islam.


Monday, November 26, 2012

Hanya melayu haram jadah yang akan menyokong calun MCA ini ..............



PRU13 semakin hampir menjelang. Di mana agak nya calun dari MCA@pelakun prono ini akan di tempatkan. Jika dia di letak kan di kawasan majoriti kaum cina untuk menetang DAP, pasti dia akan tumbang tergolek. Wak tak heran jike calun MCA@pelakun prono ni mendapat restu PM Najib untuk bertanding di kawasan 'selamat' majoriti melayu.

Wak tak heran kalau dia kalah di kawasan majoriti melayu/Islam, tapi Wak akan bertambah heran jika sekira nya dia kalah di kawasan melayu/UMNO. Dalam proses pengundian calun, melayu/UMNO  pasti akan tidak ter agak2 memilih calun, asalkan BN saja, letak lembu UMNO pun mereke calun, asalkan lembu tu UMNO.

Wak rase kalau lah masih ade melayu/Islam yang sanggup menyokong calun MCA ni dia nye boleh lah di anggap sebagai melayu/Islam HARAM JADAH!!!!

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-