KUALA LUMPUR, 13 Januari:
Peguam mewakili keluarga bekas model Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini mengesahkan akan meneruskan saman RM100 juta terhadap kerajaan.
Keputusan itu didedahkan Ram Karpal Singh, selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua anggota polis, iaitu Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, sembilan tahun lalu.
Menurut Ram, pihaknya akan memaklumkan Mahkamah Tinggi untuk menetapkan tarikh kes saman itu, yang sebelum ini difailkan pada Jun 2007.
“Kami akan teruskan dengan kes ini, memandangkan Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan.
“Kami terpaksa menunggu lama, kerana mengikut arahan untuk menunggu keputusan akhir daripada prosiding kes ini,” katanya yang dipetik Malay Mail Online.
Malah tambahnya, keputusan yang diambil Mahkamah Persekutuan hari ini akan membantu keluarga Altantuya dalam kes saman terhadap Kerajaan Persekutuan.
Pada 4 Jun 2007, ibu bapa Altantuya dan dua anaknya memfailkan saman sivil terhadap kedua-dua pesalah (Azilah dan Sirul Azhar), kerajaan dan Abdul Razak Baginda.
Saman itu menuntut RM100 juta sebagai pampasan kematian Altantuya, mendatangkan kejutan mental dan juga trauma psikologi.
Saman yang difailkan pada 2007 itu dihentikan sementara, ekoran prosiding jenayah dan proses rayuan yang masih berjalan.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/13/keluarga-altantuya-ingin-teruskan-saman-kerajaan-rm100-juta/#ixzz3OiRVibEG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.