Friday, January 16, 2015

Tunggu siasatan selesai untuk berdebat - KP Jakim

Othman berkata, buat masa ini tidak sesuai untuk berdebat, kerana siasatan ke atas Paulsen masih dijalankan.

KUALA LUMPUR, 16 Januari:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilihat teragak-agak untuk berdebat dengan aktivis peguam, Eric Paulsen.

Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, buat masa ini tidak sesuai untuk berdebat, memandangkan polis masih meneruskan siasatan terhadap Paulsen.

“Dia tidak sepatutnya menggunakan alasan untuk berdebat sebagai satu peluang untuk meremehkan siasatan.

“Biar kes ini diselesaikan di mahkamah terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, Paulsen berkata, dia agak terkejut dengan kenyataan itu, namun masih berharap dapat berdebat dengan Jakim, sebagaimana dicadangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada Khamis.

“Adalah lebih baik untuk berdebat berhubung sesuatu perkara, walaupun tidak banyak agensi kerajaan yang setuju dengannya,” katanya.

Minggu lalu, Paulsen melalui Twitter miliknya mendakwa Jakim mengalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat.

Sehubungan itu, dia meminta kerajaan meneliti perkara itu, bagi membasmi ekstremisme di Malaysia.

Kenyataan itu kemudiannya dipadamkan, selepas mendapat kritikan hebat pelbagai pihak.

Empat hari kemudian, Paulsen ditahan di sebuah tempat letak kereta awam, di Brickfields, sekitar jam 9 malam.

Dia disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/16/tunggu-siasatan-selesai-untuk-berdebat-kp-jakim/#ixzz3OuHvTI7P

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-