Redha dengan keputusan yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan 10 Februari ini, Wan Azizah mengakui ia merupakan satu ujian yang berat untuk beliau seisi keluarga.
“Ini satu ujian yang berat kepada kehidupan kami sekeluarga. Dasar politik ini sepatutnya digunakan dengan perkara-perkara bermanfaat, bukannya menggunakan isu-isu (tuduhan liwat) seperti ini untuk menjatuhkan musuh politik.
“Jelas ini satu tragedi dalam hidup saya, namun saya anggap ini ujian Allah dan biarlah ia menjadi pengajaran supaya tidak terjadi kepada orang lain,” katanya ketika ditemubual bersama Suara Keadilan baru-baru ini.
Menurutnya, Umno tidak mempunyai modal politik selain mengulang semula skrip sama dilakukan pada 1998 untuk menjatuhkan Anwar dan menganiaya beliau sekeluarga.
Bagaimanapun beliau percaya kebenaran akan terbukti dan Anwar akan dibebaskan daripada kezaliman.
“InsyaAllah, keyakinan Saudara Anwar dibebaskan itu ada. Kalau sebaliknya, itu satu ujian yang saya terima dan redha. Tetapi tidak menunjukkan kita kalah sebab Anwar memang tidak bersalah,”
“Kalau mengikut penghakiman, sepatutnya kes ini tidak ada langsung dan kebenaran Anwar dibebaskan itu memang terlalu kukuh.
“Tetapi kalaulah sistem kehakiman itu melibatkan keputusan sebaliknya, itu memberikan ruang kepada kita dan memberi keyakinan untuk kita terus berjuang kepada rakyat,” ujar ibu kepada enam anak ini.
Ditanya mengenai kebimbangan tentang hala tuju parti KEADILAN dan nasib Pakatan Rakyat sekiranya Anwar dipenjara, Wan Azizah percaya parti itu akan kuat meski apa pun cabaran yang berlaku.
“Ini bukan untuk Saudara Anwar sahaja, tetapi untuk individu lain yang menghadapi tuduhan palsu, pemenjaraan, dan penghakiman khususnya mereka yang berada dalam Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi.
Temubual penuh bersama Wan Azizah boleh dibaca dalam akhbar Suara Keadilan, keluaran 210 yang kini berada di pasaran.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.