(Oleh Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 4 FEB: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa sengaja mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman bagi menutup kelemahan kerajaan sekaligus mengundang kebencian masyarakat kepada kaum Cina.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail mengulas demikian berhubung kenyataan kontroversi Ismail yang dikecam banyak pihak.
Ismail melalui laman sosialnya baru-baru ini mengesa orang Melayu memboikot peniaga Cina yang didakwanya sebagai kelompok minoriti dan mengambil kesempatan untuk menindas orang Melayu.
“Secara logiknya seorang pemimpin kerajaan yang waras tidak akan mengeluarkan kenyataan begitu.
“Apa yang dikatakan oleh seorang pemimpin boleh diibaratkan sebagai mewakili kerajaan, ia keterlaluan dan tidak setimpal dengan kedudukannya sebagai seorang menteri.
“Bila gesaan itu ditimbulkan, tidak mustahil ianya dibuat kerana sebab tertentu,” kata Azan dihubungi.
Pengerusi KEADILAN Terengganu itu berkata, selain bagi memastikan survival Umno, kenyataan Ismail itu mungkin bertujuan mengalih kemarahan rakyat berikutan harga barang yang tinggi.
“Api perkauman ini sering dimainkan bagi memastikan survival Umno. Malah kenyataan Ismail juga boleh disifatkan bertujuan untuk mengalih kegagalan kerajaan kepada pihak lain, dalam hal ini kepada peniaga Cina.
“Kita sedia maklum perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir di mana permintaan akan menjadi tinggi di samping bekalan berkurangan. Kesempatan ini diambil bagi mengalihkan kemarahan rakyat akibat kegagalan kerajaan memastikan harga barang tidak melambung tinggi dan bekalan kepada pengguna tidak terputus kepada para peniaga,” jelas Azan.
Kata beliau lagi, seruan boikot terhadap peniaga Cina adalah kenyataan terlalu bahaya kerana ini boleh menyebabkan kebencian kepada
kaum Cina.
“Sebagai seorang menteri, Ismail patut malu dengan perbuatannya kerana kenyataan ini boleh menimbulkan ketegangan.
“Bukan sahaja perlu tarik balik dan minta maaf, tetapi pihak berkuasa polis perlu segera menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang menteri yang gagal seperti ini.
“Jangan kerana survival pihak tertentu, ada pemimpin negara sanggup mengorbankan keharmonian yang dinikmati masyarakat berbilang bangsa di negara ini,” tegas Azan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.