Wednesday, February 4, 2015

Kenyataan boikot peniaga Cina undang reaksi besar

AKHBAR CINA
DI KUALA LUMPUR - 03 FEB 2015 (22 HOURS AGO)
1 of 1


Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam laman Facebook yang dikatakan menggalak pengguna Melayu memboikot perniagaan Cina telah mendapat reaksi besar-besaran.

Kenyataan itu mengundang kritikan ahli politik Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang tidak berpuas hati.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata, kenyataan rasis Ismail Sabri adalah tidak selari dengan semangat Perlembagaan Malaysia, nilai kesederhanaan dan pegangan BN.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita berasa malu dengan kenyataan ini. Kenyataan ini tidak boleh mewakili Jemaah Menteri dan BN.

"Beliau juga tidak layak untuk menjadi menteri," katanya dalam kenyataan yang dipetik Sinchew Daily.

Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan mengeluarkan kenyataan dalam Facebook yang berbunyi "Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, mereka tentu tiada pilihan untuk turunkan harga,"

Naib Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau berkata, kenyataan Ismail Sabri itu bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan isu harga barang tetapi hanya menyebabkan huru-hara.

"Gerakan mengkritik sekeras-kerasnya kenyataan ini yang berbaur perkauman dan menghasut. Gerakan meminta supaya kenyataan ini ditarik balik dan minta maaf dibuat," katanya.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong pula berkata, kenyataan Ismail Sabri bertujuan mengalihkan pandangan rakyat terhadap kesan kenaikan harga apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April nanti.
Beliau juga mencabar Ismail Sabri supaya mendesak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kerajaan Persekutuan supaya menurunkan tarif elektrik selari dengan penurunan harga minyak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-