SHAH ALAM – Peguam bela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang meneliti kenyataan yang dikeluarkan ketua pendakwa raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam pendedahan kes liwat Anwar kepada umum.
Peguam bela Anwar yang juga Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, mereka kini menunggu arahan Anwar sama ada untuk mengambil tindakan jika Muhammad Shafee didapati melanggar etika guaman atau menghina mahkamah.
“Langkah pertama ialah kami akan buat aduan kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara. Ia adalah satu badan yang menjaga disiplin dan etika antara peguam.
“Kalau ada aduan seorang peguam melanggar tata etika, lembaga itu akan siasat aduan tersebut. Tindakan seterusnya kami akan buat selepas itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas tindakan Muhammad Shafee yang mendedahkan secara terbuka maklumat sulit dalam perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan serta terlibat dalam jelajah penerangan kes itu termasuk yang dianjurkan Pemuda Umno.
Sivarasa berkata, Muhammad Shafee dalam satu dialog anjuran Pemuda Umno, Selasa lalu didapati menceritakan butiran kes yang dibicarakan secara tertutup semasa kes itu.
“Bagi saya, beliau langgar larangan mahkamah kerana keterangan disebut dalam keadaan tertutup dalam mahkamah, jadi apabila dibawa keluar (kepada umum) ia dianggap salah,” katanya.
Tegasnya, Muhammad Shafee boleh dikenakan tindakan seperti denda, penggantungan dan pembatalan lesen sekiranya didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara.
Kata Sivarasa, apabila seseorang peguam dilantik sebagai pendakwa raya, peguam tersebut perlu menjalankan kes secara bebas.
“Selepas keputusan penghakiman, apabila Muhammad Shafee kemungkinan terlibat dalam jelajah begini, timbul persoalan yang beliau sudah melanggar tata etika peguam. Ia seolah-olah Muhammad Shafee mempunyai kerjasama dengan Umno.
“Jelas sekarang ini seperti beliau diperalatkan Umno untuk fitnah Anwar,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peguam bela Anwar yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, jelajah Pemuda Umno itu sebagai tindakan terdesak memandangkan rakyat masih percaya Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.
Beliau menegaskan pasukan peguam Anwar tidak akan terlibat sebarang debat sebaliknya mengambil tindakan undang-undang ikut keadaan. - SH
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=249652:peguam-tunggu-arahan-anwar-ambil-tindakan&Itemid=2#ixzz3SNtbCRSe
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Sepatutnya perkara ini tidak timbulkan perbalahan pendapat sesama sendiri. Nazri sepatutnya tidak perlu layan orang tua ini. Sepatutnya o...
-
Wak tak heran kalu UMNO menyerang pemimpin2 PR terutame nye PAS dan PKR dengan tohmah dan fitnah mem buruk2 kan peribadi. Sebenar nye UMNO...
-
Kalaulah perkara ini berlaku di negara lain, sudah pasti ada berlaku pergaduhan hingga sampai ber bunuh2 han. Yang pasti ianya tidak mungki...
-
Wak tak heran kalu pekerje2 yang berade dalam Perkhidmatan Awam tu semue nye bersetuju juge dengan saranan Presidennye tu. Kate nye 'pen...
-
NGO: 'Nambikei' Najib pecah di Sri Lanka RK Anand 6:58PM Nov 15 2013 Seorang pemimpin perniagaan percaya bahawa Datuk Seri ...
-
Mungkinkah sudah terlalu tua dan uzur? UMNO hampir dimalukan pada sidang penutupan bajet kewangan 2010 kerana 'kecuaian' MP nya. ...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.