Saturday, February 14, 2015

Sindiran Dr Mahathir berita gembira kepada rakyat

Khairil Ashraf
Penolakan berterusan Dr Mahathir seharusnya disambut dengan sewajarnya.
PETALING JAYA : Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa “akan meletakkan jawatan jika masih sebagai Perdana Menteri” merupakan satu berita gembira kepada rakyat yang mengimpikan perubahan.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin berkata, pendirian bekas Perdana Menteri itu memberikan harapan sama ada Najib akan diturunkan dari jawatannya melalui UMNO.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) harus mengambil peluang keemasan itu dengan segera melupakan persengketaan sesama sendiri, merapatkan barisan dan mengukuhkan lagi kesepakatan.

“Penolakan berterusan Mahathir ini seharusnya disambut dengan sewajarnya dan jangan sesekali disia-siakan,” katanya menerusi entri terbaru blog shahbudindotcom.blogspot.com.

Tambahnya, teguran dan penarikan balik sokongan oleh Dr Mahathir kepada Najib sebagai Perdana Menteri secara tidak langsung turut memberikan kelebihan kepada gabungan ketiga-tiga parti itu kerana pengaruh bekas Perdana Menteri masih lagi kukuh jika bersuara.

“Lihat saja pada pilihan raya 2004 di mana Barisan Nasional (BN) ketika itu menang paling bergaya dengan 198 kerusi Parlimen.

“Tetapi apabila Dr Mahathir kemudiannya mula mengkritik kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kemenangan BN pada pilihan raya 2008 merosot kepada 140 kerusi dan pertama kali hilang majoriti dua pertiga,” jelasnya.

Shahbudin berkata, BN kini hanya berbekalkan 133 kerusi pada pilihan raya 2013 dan hanya meraih undi popular sebanyak 47 peratus serta ditambah ketiadaan sokongan Mahathir pasti meletakkan ia dalam keadaan tertekan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-