Oleh Amin Iskandar
Tidak ada yang lebih lucu daripada membaca berita seorang pemimpin Umno menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan ke atas The Malaysian Insider, Malaysiakini dan Free Malaysia Today kerana dikatakan melaga-lagakan parti Melayu itu.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, ketiga-tiga portal berkenaan berperanan sebagai “batu api” dan mengambil pendekatan baharu untuk dijadikan senjata yang boleh mencetuskan krisis dalaman partinya.
Bekas timbalan menteri itu berkata, ketiga-tiga portal ini mempunyai agenda bersama melagakan pemimpin Umno kerana cubaan mereka sebelum ini menyerang dari luar parti itu seperti memainkan isu sensitif seperti agama dan perkauman, termasuk mendakwa pilihan raya umum lalu tidak telus sehingga tercetus demonstrasi Bersih, tidak berjaya.
Katanya tindakan ketiga-tiga portal itu secara jelas boleh menghasut rakyat membenci pemimpin dan pada masa sama mempengaruhi ahli Umno berpecah-belah.
Puad sebelum ini melibatkan diri secara langsung dalam “peperangan” dalam Umno di antara penyokong Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Puad menyerang Dr Mahathir secara terbuka malahan pernah mengeluarkan kenyataan kepada The Malaysian Insider berhubung kemarahannya terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
“Umno wujud dari dahulu lagi dan terpalit dengan pelbagai masalah sejak Dr Mahathir menerajui Umno dan beliau tidak pula merawat kecederaan itu,” beliau dilapor berkata pada September 2013.
Baru-baru ini juga, Puad lantang menkritik Dr Mahathir sehingga dijawab bekas presiden Umno itu dalam blog popularnya Chedet.
Mungkin juga sekarang ini apabila menyedari Najib sukar dipertahankan sebagai perdana menteri dan ingin menyelamatkan diri, bekas ahli Parlimen Batu Pahat itu mencari “kambing hitam”.
Dari satu segi, Puad mengiktiraf pengaruh The Malaysian Insider, Malaysiakini dan Free Malaysia Today walaupun partinya terus menyekat wartawan mereka daripada membuat liputan sidang akhbar atau perhimpunan agung parti.
Apabila bocor berita tokoh korporat T Ananda Krishnan dikatakan bersetuju meminjam sehingga RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat kontroversi itu kepada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd, perkembangan semakin menarik sedang berlaku.
Inilah yang mungkin ditakutkan Puad sehingga perlu mencari kambing hitam menyelamatkan dirinya.
Suntikan RM2 bilion itu menjadikan Ananda pemegang saham majoriti dalam Powertek Investment Holdings Sdn Bhd (PIH), berdasarkan penilaian terkini. Dalam erti kata lain,1MDB akan hilang pemilikan PIH ke tangan Ananda yang dikenali sebagai “orang Dr Mahathir”.
Ekonomi Malaysia semakin gawat. Nilai ringgit semakin merudum dan perang dalaman Umno tidak akan berhenti sehingga salah satu kumpulan kalah atau dikuburkan.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pada ketika itu timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno yang berpengaruh, terkorban.
Krisis ekonomi kali ini, sekali lagi nama Anwar muncul, cuma bezanya kini ketua umum PKR itu tidak berada dalam kerajaan walaupun masih memainkan watak penting dalam politik Malaysia.
10 Februari ini, nasib Anwar akan ditentukan Mahkamah Persekutuan, sama ada bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Keputusan yang bakal dikeluarkan berkait rapat dengan peperangan dalaman parti Melayu terbesar itu.
Pembebasan Anwar akan menguntungkan salah satu kumpulan yang berperang dalam Umno, begitu juga jika keputusan mahkamah sebaliknya.
Pendek kata, keputusan berhubung kes Anwar ini boleh dilihat sebagai keputusan peperangan di antara dua kumpulan dalam Umno pada ketika ini. – TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=242412:umno-%E2%80%98bunuh%E2%80%99-umno-portal-disalahkan&Itemid=2#ixzz3QSbd7aCo
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
BERNAMA Patung wanita bersayap yang dibuang dari Taman MBI Desaku, Kulim, Kedah, hari ini. - Foto Ihsan Pembaca DUA patung ukiran berbent...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Hari penamaan calun sudah ditetapkan pade 23hb. Okt, 2013. Tempoh mase untuk berkempen bagi parti2 yang akan terlibat dalam pertandi...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.