KOMEN: Adalah sukar dipercayai bahawa sebuah negara sekecil Malaysia dapat menjadi negara yang mempunyai pelacur kelapan teramai di dunia.
Adalah sukar untuk difahami bagaimana Malaysia mempunyai 52 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang apabila ia adalah sebuah "negara Islam".
Mungkin ramai akan mempertikaikan bahawa Malaysia bukanlah sebuah "negara Islam". Itu adalah satu isu yang akan dibincangkan pada ketika lain.
Adakah Umno atau mana-mana parti komponen BN lain telah memperbetulkan pengumuman Mahathir secara rasmi?
Pertikaian mengenai hukum hudud semasa, atau Kanun Jenayah Syariah II Enakmen 1993 (Pindaan 2015) semakin memuncak di Malaysia, mengancam untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia dari segi agama dan kaum.
Bolehkah perpaduan negara Malaysia menahan ancaman ini?
Kita menjangkakan yang Malaysia tidak akan menjadi antara 10 negara teratas di dunia dalam pelacuran, disebabkan percubaan bermati-matiannya untuk melaksanakan hudud dan menjadikan Malaysia sebagai "negara Islam”.
Sekurang-kurangnya dua parti-parti Melayu yang terkemuka, PAS dan Umno, telah menyokong pelaksanaan hudud di Malaysia dengan tegas.
Tidak ada keraguan bahawa seluruh dunia dan pelabur asing dan tempatan, kini sedang memantau pendirian kerajaan BN pimpinan Umno mengenai hudud di Parlimen.
Tidakkah BN bimbang tentang bagaimana hudud boleh menjejaskan sentimen ekonomi dan pelaburan?
Mengenai isu hudud, apakah yang benar-benar ditakuti rakyat Malaysia?
Kebanyakan rakyat Malaysia yang menolak hudud takut bahawa undang-undang jenayah Islam itu akan memberi kesan kepada golongan bukan Islam. Jika jelas bahawa undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam, apakah yang perlu ditakuti? Semua yang lain adalah hanya spekulasi dan khabar angin.
Parlimen boleh bersidang dan memastikan bahawa hudud boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan orang bukan Islam, bukankah begitu? Ketakutan sebenarnya bukanlah mengenai hudud, tetapi pentadbiran keadilan oleh kerajaan yang boleh dipercayai dan adil kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.
Tambahan pula, adakah rakyat Malaysia memberi lebih banyak simpati kepada penjenayah dan bukannya mangsa? Mengapakah pengkritik hudud bimbang mengenai kebajikan penjenayah?
Atau, adakah mereka takuti hudud kerana potensi niat jenayah?
Menurut Denis Foynes, terdapat kira-kira tiga juta orang yang melakukan pelancongan seks setiap tahun, dan jumlah itu tidak semakin mengecil.
10 negara dengan pekerja seks yang teramai bagi setiap 10,000 penduduk adalah:
1. Venezuela: 119 pekerja seks bagi setiap 10,000 penduduk
2. Korea Selatan: 110 pekerja seks bagi setiap 10,000 penduduk
3. Peru: 102 pekerja seks bagi setiap 10,000 penduduk
4. Filipina: 85 pekerja seks bagi setiap 10,000 penduduk
5. Nigeria: 63 pekerja seks bagi setiap 10,000 penduduk
6. China: 60 pekerja seks bagi setiap 10,000 penduduk
7. Brazil: 53 pekerja seks bagi setiap 10,000 penduduk
8. Malaysia: 52 pekerja seks bagi setiap 10,000 penduduk
9. Jerman: 49 pekerja seks bagi setiap 10,000 penduduk
10. Thailand: 45 pekerja seks bagi setiap 10,000 penduduk
Apa yang sukar difahami: perdagangan seks adalah menyalahi undang-undang di Thailand tetapi ia masih berjalan dan dikawal selia sebahagiannya. Namun, "negara Islam" Malaysia mempunyai bidang pelacuran yang lebih besar daripada Thailand. Mengapa ini berlaku?
Jelas sekali, ia adalah disebabkan penguatkuasaan yang tidak berkesan dalam mengawal pertumbuhan pengendali maksiat. Sekali lagi, mengapa?
Sudah tentu, kita telah mendengar mengenai orang-orang dalam yang mengaut keuntungan lumayan melalui perdagangan maksiat?
Pelacuran telah begitu berkembang di Malaysia sehinggakan Amerika Syarikat telah meletakkan negara ini dalam senarai hitam negara yang memiliki kes-kes penyeludupan manusia dan pelanggaran hak asasi manusia paling teruk, termasuk pelacuran kanak-kanak.
Untuk rekod, hanya 10 daripada 57 negara OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) telah mengamalkan hudud. Mengapa?
Adakah hudud akan benar-benar membantu mengeluarkan Malaysia daripada senarai 10 teratas ini?
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Adakah-hudud-akan-berjaya-keluarkan-Malaysia-dari-senarai-8-teratas-pelacuran-di-dunia#sthash.ZnDNTa5C.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.