Showing posts with label hudud. Show all posts
Showing posts with label hudud. Show all posts

Tuesday, March 20, 2018

Disindir 'mana hudud' dalam manifesto, ini jawab Pas'

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
20 MAC 2018

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan pengkritik manifesto Gagasan Sejahtera (Gagasan) sebagai ‘berotak sempit’.

Beliau yang juga merupakan pemimpin kanan Pas, menegaskan manifesto yang baharu dilancarkan gabungan parti itu baru-baru ini, cukup ‘rencah’ Islam dan sempurna.

“Apabila Gagasan melancarkan Manifesto Malaysia sejahteranya (Peringkat Pertama), kamu (baca Amanah) segera melancang, mana hudud? Pas bohong, penunggang ugama!.

“Fahamilah manifesto itu dengan teliti. Kamu akan temui semua sekali daripada ajaran Islam. Islam yang sempurna, menyeluruh dan bersifat sejahtera dan sederhana,” katanya dalam satu perkongsian di Facebooknya hari ini.

Pas yang menerajui Gagasan Sejahtera (Berjasa, Ikatan) pada Ahad lalu melancarkan manifesto mereka di Cyberjaya.

Namun selepas dilancarkan, beberapa pihak kemudiannya menimbulkan persoalan mengenai kedudukan hudud di dalam manifesto mereka.

Antara pihak yang membangkitkan ialah Pengarah Syariah Amanah, Zolkharnain Abidin berkata, tiada kenyataan khusus berkaitan pelaksanaan syariah khususnya hukum hudud dalam tawaran Gagasan Sejahtera.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, ‘semuanya ada dalam manifesto mereka’.

“Akidah yang benar, ibadah yang sahih, akhlak yang luhur, undang-undang Islam yang adil, pemerintahan yang bersih berintegriti dan kehidupan rakyat yang makmur sejahtera.

“Manifesto Malaysia Sejahtera adalah manifestasi sebahagian gagasan Islam sempurna yang ditawarkan oleh Pas demi Malaysia yang lebih baik selepas PRU14 nanti,” katanya.

Katanya lagi, malang, akal sesempit tempurung otak. Tempurung untuk otak, bukan untuk akal. Akal biarlah luas seluas Islam.

“Berpuluh tahun Pas berjuang menerang dan menerangi, anda masih di kelas peralihan, tak naik naik. Lebih tak ‘menahan’, Amanah, terus jatuh kelas.

"Daripada faham bertahun-tahun, tiba-tiba jadi tak faham. Gejala DAP apakah ini? Kan haru guru menggaru?,” sinisnya.

Monday, May 29, 2017

PAS: Hudud sekadar modal politik Umno menjelang PRU14

Mohamad Fadli 
May 29, 2017

Idris Ahmad berkata, Umno tidak seperti PAS yang sentiasa konsisten untuk menambah baik undang-undang Islam seperti RUU 355.
PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, Umno menjadikan perbincangan isu pelaksanaan hudud oleh kerajaan Terengganu sebagai modal politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, Umno tidak seperti PAS yang sentiasa konsisten untuk menambah baik undang-undang Islam seperti rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

“Itu semua modal untuk hadapi pilihan raya untuk menyekat PAS (di Terengganu). Umno tak ada pendirian. Kalau nak buat, buatlah.

“PAS konsisten, bukan macam orang lain nak jadikan isu politik,” katanya kepada FMT sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang negeri itu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam mengenainya dilaksanakan.

Razif yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata, keputusan melaksanakan hukum hudud hanya akan ditentukan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu mendapat persetujuan Sultan Terengganu.

Pandangan Razif itu berlawanan dengan kenyataan Exco Telekomunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Terengganu, Ghazali Taib yang berkata, negeri itu akan tetap memperjuangkan pelaksanaan Undang-undang Syariah 2001 di negeri itu, ketika Kembara Dakwah Media Terengganu ke Acheh, pada Jumaat lalu.

Ghazali dilaporkan berkata, Terengganu akan menjadikan Aceh, Indonesia sebagai model dalam pelaksanaan hukum hudud jika ia dilaksanakan kelak.

Mengulas lanjut, Idris berkata, kenyataan itu menunjukkan sikap sebenar Umno.

“Itulah Umno. Itulah sikapnya. Bila dia (hendak) bersedia pula? Sikap kita (PAS) jelas dalam semua benda,” katanya yang mempersoalkan kesediaan Umno untuk melaksanakan hudud.

Friday, November 25, 2016

MIC tutup pintu bincang RUU355

NASIONAL DI KUALA LUMPUR
MIC mengekalkan pendirian parti itu untuk membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia meskipun, Ahli Parlimen (Pas-Marang), Datuk Seri Hadi Awang membentangkan kali pertama Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355 di Parlimen hari ini.

Bantahan itu telah dinyatakan kepada Pengerusi Barisan Nasional dan akan terus berbuat demikian dalam semua perbincangan mengenai perkara ini pada masa depan.

Dalam mempertahankan bantahan itu, MIC dalam kenyataannya berkata, sistem undang-undang sedia ada dikuatkuasakan dengan baik dan telah menyediakan satu rangka kerja undang-undang dan peraturan yang telah membangunkan negara ini sehingga status hari ini.

MIC amat bimbang sebarang percubaan untuk mempunyai sistem undang-undang selari dengan bidang kuasa sedia ada akan mewujudkan pertindihan yang akan membawa kepada kekeliruan dan keharmonian, kata parti itu.

"Nenek moyang telah mengasaskan negara ini berdasarkan pada Perlembagaan diwujudkan dengan pemikiran mendalam terhadap sejarah dan asas sosial negara ini. Lantaran itus sebarang cadangan yang bertentangan dengan Perlembagaan perlu ditolak," kata MIC dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan tersebut, MIC menyebut undang-undang Syariah jelas ditakrifkan sebagai undang-undang negeri, khusus melibatkan hal ehwal agama dan keluarga Muslim.

Bagaimanapun, katanya, Pas yang memimpin Kelantan telah meluluskan Enakmen Islam Kelantan, merangkumi semua unsur-unsur bentuk Hudud daripada hukuman dan hukuman berkaitan perkara-perkara yang diperuntukkan mengikut Kanun Prosedur Jenayah

Walaupun ramai yang menganggap ia tidak mengikut Perlembagaan namun sehingga kini tiada sesiapa yang berjaya mencabar kesahihannya, ujar MIC.

- MalaysiaGazette

Thursday, October 13, 2016

RUU 355: PAS ambil tindakan realistik, kata bekas ketua hakim negara

FMT Reporters |

Kerjasama antara PAS dan Umno berhubung isu RUU 355 akan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.
PETALING JAYA: PAS sudah mengambil tindakan realistik dalam menangani isu pindaan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) yang sekali gus membuka jalan kepadanya untuk bekerjasama dengan Umno, kata bekas ketua hakim negara.

Menurut Tun Abdul Hamid Mohamed, pindaan yang bertujuan mengukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, beliau menegaskan tidak ada alasan Umno dan PAS untuk bekerjasama dalam isu ini kerana ia akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

“PAS sudah mengambil pendirian realistik dan bukan lagi retorik. Jika itulah pendirian PAS, bagi saya tidak ada apa-apa masalah lagi Umno untuk bersetuju menyokong cadangan pindaan Akta 355 itu,” katanya dalam ruangan komentar di Berita Harian.

Hadi dilaporkan akan membentangkan RUU persendirian itu untuk dibahaskan di Dewan Rakyat pada sidang akan datang.

Ia digelar “RUU Hudud” oleh sesetengah ahli politik kerana hukuman jenayah yang dicadangkan termasuk hukuman berkaitan hudud.

Bagaimanapun, RUU itu dilakukan agar bidang kuasa Mahkamah Syariah dipertingkatkan dalam hukuman jenayah kecuali hukuman mati.

Tambah Hamid, jalan untuk Umno dan PAS bekerjasama dalam isu hudud lebih terbuka apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia dan terkeluarnya kumpulan Mohamad Sabu daripada parti Islam itu.

“Majoriti orang Melayu dan Islam pun suka melihat kedua-dua parti itu bekerjasama. Umno tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PAS. Ia tidak ada masalah ideologi.

“Modal politik PAS paling besar adalah hudud. Hudud adalah janji politik yang murah (tidak perlu mengeluarkan apa-apa perbelanjaan untuk menunaikannya dan ia meraih undi),” katanya.

Jelasnya, apa yang lebih penting ialah hakikat yang persetujuan dalam hal ini akan membuka jalan bagi Umno dan PAS bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 untuk menyelamatkan kerajaan yang ada di peringkat persekutuan.

Hadi sebelum ini juga berkata, tidak ada jaminan RUU itu akan mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Umno, DAP atau PKR.

RUU itu memerlukan 112 undi untuk diluluskan dengan majoriti mudah. Umno (86) dan PAS (14) mempunyai 100 kerusi, manakala 24 wakil rakyat pembangkang beragama Islam iaitu PKR (16), Amanah (6) dan DAP (2).

Pindaan Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga atau 148 undi. Terdapat 130 wakil rakyat beragama Islam di Dewan Rakyat.

Thursday, July 14, 2016

......sejauh mana keikhlasan Pas dalam memperjuangkan Islam ?


Gencatan politik: AMANAH harap PAS tak 'U-turn'
Anne Muhammad Hari ini, 5:05 petang Hari ini, 7:18 malam

Walaupun DAP dan PKR hari ini dilihat menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' oleh PAS, rakan sekutunya dari Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu parti itu berbincang terlebih dahulu di peringkat kepimpinan.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata perkara itu penting supaya PAS lebih istiqamah dalam menentang Umno serta tidak membuat 'pusingan U'.

“Kami sentiasa bersatu menentang BN. Tapi PAS sendiri yang sebaliknya.........


PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah banyak memberi kesedaran pada PAS. Perjuangannya secara bersendirian telah mendatangkan balapetaka buruk. Boleh dikatakan Pas sudah kalah 'teruk' dalam kedua-dua kawasan Parlimen itu.

Kini PAS mulai sedar parti itu tidak boleh pergi kemana-mana tanpa bantuan dari parti2 lain dalam pembangkang. PAS sudah jadi seolah-olah 'kera sumbang' dalam politik. 

PRU-14 semakin hampir, PAS sudah tiada pilihan lain untuk terus hidup, 'berkerjasama' dengan UMNO, atau kembali ke dalam 'Pakatan'. 

PAS harus ingat bahawa perjuangan teras parti itu ialah untuk menegakkan undang2 Islam dan seterusnya menubuhkan sebuah negara yang diperintah mengikut undang-undang Islam.

Umum sudah mengetahui dengan jelas dan nyata bahawa 'Pakatan Harapan' yang diterajui oleh DAP sudah terang2 menolak RUU Hudud yang diperjuangkan PAS selama berdekat-dekat itu. Yang pasti DAP akan hanya boleh menerima PAS jika sanggup melupakan perjuangan Islamnya. 

Monday, May 30, 2016

Perlukah Umat Islam Menyokong Pemimpin Seperti Ini....?


Wak memang rasa terkejut dan terkilan apabila terbaca berita seperti ini. Pada pendapat Wak beliau tidak sepatutnya berbuat demikian. Walaupun kaum kafir tidak bersetuju dengan undang-undang Islam dilaksanakan, beliau sepatutnya berkata tidak setuju sahaja lah tanpa membuat sebarang UGUTAN terhadap kerajaan.

Perkara bab hukum2 dan undang-undang Islam ini sangat sensitif kepada umat Islam. Mungkin Menteri ini sudah lupa bahawa kemenangannya di Hulu Selangor itu adalah dari hasil sokongan umat Islam di Hulu Selangor. Jika dikira berapa kerat sahaja lah penyokong dari kaum hindu di situ.

Wak haraf supaya Menteri2 yang bukan beragama Islam tidak menyentuh perkara2 yang berkaitan agama Islam yang boleh menguris perasaan umat Islam.





Sunday, May 29, 2016

Seorang lagi rakan parti komponen BN yang anti Islam...?

Hudud: Presiden MIC pula ugut letak jawatan

Khairil Ashraf
 May 29, 2016

Perkara itu dipersetujui Majlis Tertinggi parti India itu dan mendapat sokongan sebulat suara perwakilan dalam EGM MIC, hari ini.

SUBANG JAYA : Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri kesihatan sekiranya undang-undang hudud dilaksanakan di Malaysia.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui Majlis Tertinggi parti India itu dan mendapat sokongan sebulat suara perwakilan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MIC yang diadakan hari ini.

“Ini hasrat masyarakat India yang mahu MIC mempunyai pendirian tegas dalam perkara ini.

“Sebagai pemimpin saya kena suarakan hasrat masyarakat India,” katanya pada sidang medianya di One City hari ini.

Pada masa sama, Subramaniam berkata pihaknya mahu penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataannya mengenai rang undang-undang itu.

Najib sebelum ini berkata RUU yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat minggu lalu bukan pindaan pelaksanaan hudud sebaliknya, usul itu untuk memperkasakan Akta Mahkamah Syariah dan menyentuh isu hukuman ke atas umat Islam saja.

“Kita memerlukan penjelasan perdana menteri apa maksudnya itu. Kerana dalam kajian pindaan ini akan membuka ruang pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan ada kemungkinan selepas itu akan diikuti dengan negeri lain. Itu yang membimbangkan kita,” katanya.

Beliau turut ditanya mengapa pihaknya menentang perlaksanaan hudud kerana ia hanya melibatkan orang Islam saja.

“Malaysia diasaskan daripada perlembagaan yang mempunyai satu sistem perundangan dan itu ialah asas negara yang diterima semua kaum ketika negara ini ditubuhkan.

“Kita takut dengan perubahan ini akan wujud sistem yang berbeza. Contohnya dalam perundangan ada sistem berlainan dan perkara ini dibincangkan banyak kali termasuk pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau mempersoalkan kesesuaiannya,” katanya.

Subramaniam turut ditanya sama ada dua timbalan menteri daripada MIC iaitu Datuk M Saravanan dan Datuk P Kamalanathan akan mengikut jejak langkahnya dengan meletakkan jawatannya atau tidak.

“Ia terpulang kepada mereka. Anda kena tanya mereka. Saya tak boleh buat keputusan berhubung nasib mereka,” katanya.

Sementara itu, Saravanan yang juga timbalan menteri belia dan sukan ketika ditemui pada sidang media sama turut ditanya adakah akan mengikuti Subramaniam dengan meletakkan jawatannya.

“Seorang saja cakap dah cukup. Hanya ada satu sidang media. Saya tak nak buat keputusan secara tergesa-gesa. Presiden hanya akan cakap apa yang dimahukannya,” katanya.

Sunday, March 20, 2016

AMANAH parti 'lidah bercabang' - PAS

Faiz Zainudin | March 20, 2016

Pemimpin AMANAH membuat pendirian berbeza mengenai pelaksanaan hudud apabila berhadapan pengundi Islam dan bukan Islam.

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) dilabel sebagai parti ‘lidah bercabang’ apabila tidak mempunyai pendirian tetap mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, pemimpin AMANAH bermatian mahu melaksanakan hudud sebagai teras perjuangan apabila berhadapan dengan pengundi Islam.

“Pendirian mereka seumpama ‘lidah bercabang’. Di depan pengundi bukan Islam pula, mereka seperti DAP tidak akan laksanakan hukum hudud jika Pakatan Harapan menang,” katanya.

Katanya, pendirian AMANAH jelas berbeza dengan PAS yang mengamalkan perjuangan secara konsisten kepada semua pengundi baik Islam atau bukan Islam untuk tetap melaksanakan hudud melalui kaedah-kaedah yang sesuai.

Zuhdi berkata demikian kepada FMT bagi menjawab kenyataan Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad yang menuduh PAS secara sengaja menekankan agenda pelaksanaan hudud untuk mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga gabungan pembangkang itu berpecah.

Dr Dzulkefly juga mendakwa golongan ulama PAS menggunakan isu hudud untuk menyingkirkan kumpulan profesional pada Muktamar yang lalu.

Zuhdi berkata, bukan PAS menjadi punca perpecahan PR tetapi DAP kerana gagal mendukung empat teras Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tonggak ‘Buku Jingga’.

“Setelah empat teras itu disepakati, DAP merobek satu demi satu dukungan terhadap tonggak tersebut,” katanya.

Beliau juga mencabar Dr Dzulkefly supaya menjawab dua soalan berhubung pendirian parti itu mengenai hudud iaitu;

“Menjelaskan kepada pengundi-pengundi bukan Islam, adakah AMANAH tiada hasrat langsung untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia atau mereka ada hasrat tetapi disembunyikan kerana bimbang pengundi bukan Melayu lari?

“Saya mahu Dr Dzulkefly terangkan kepada pengundi Islam, adakah AMANAH bersetuju dengan pendirian DAP, sekiranya Pakatan Harapan menang, hukum hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan di Malaysia?,” soalnya.

Thursday, March 17, 2016

Hudud: Pas perjelas salah faham kenyataan Ikatan

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

SHAH ALAM - Pas mendakwa terdapat kekeliruan dan salah faham dalam laporan media berhubung kenyataan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik ketiga, semalam.

Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan Pas Pusat, Syaiful Hizam berkata, dalam konteks sebenar kenyataan Presiden Ikatan itu adalah sebagai seorang Muslim kita tidak dapat lari daripada menerima hudud kerana ia terpakai ke atas setiap individu Muslim.

Namun untuk melaksanakannya terserah kepada rakyat dan sistem demokrasi negara iaitu pilihan raya.

“Dalam kenyataan beliau juga menyebut berdasarkan keutamaan terkini ialah isu salah guna kuasa, rasuah, ekonomi, bahasa kebangsaan, pekebun-pekebun kecil dan pelbagai isu yang melanda negara.

“Tidak sesekali ada kenyataan daripada beliau yang menyebut beliau atau Ikatan menolak hudud,” katanya dalam satu kenyataan.

Tajuk video ‘Pas, Ikatan Setuju Tangguh Hudud’ yang dimuat naik sebuah portal berita menjadi tumpuan netizen terutama di media sosial.

Video itu menunjukkan kenyataan pemimpin Pas dan Ikatan tentang hudud yang dirakam ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik ketiga itu.

Melalui video itu, Presiden Ikatan menyebut bahawa sebagai orang Islam kita perlu menerima hukum hudud namun dalam Islam, ada keadaan-keadaan tertentu di mana lebih elok jika ia ditangguhkan maka ia perlu ditangguhkan seketika kerana pada akhirnya nanti rakyat yang akan menentukan pelaksanaan tersebut.

Dalam pada itu, Syaiful menasihatkan agar orang ramai menyemak maklumat secara tepat serta daripada sumber berita yang benar dan rasmi.

“Segala kenyataan yang lain daripada kenyataan di atas adalah salah serta lari daripada konteks kenyataan asal serta menimbulkan salah faham dan keresahan di kalangan rakyat,” katanya.

Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media tersebut ketika ditanya tentang agenda hudud Pas berkata, pihaknya menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong untuk memperkasakan mahkamah syariah.

“Sebab itu kita sokong cadangan kerajaan untuk menaik taraf mahkamah syariah. Ini yang perlu diutamakan. Adapun undang-undang (nanti), selepas itu,” katanya.

Saturday, December 5, 2015

Hudud: Husam dakwa Umno tipu Pas

MURNI ABD RASYID
5 DISEMBER 2015

Husam Musa

KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Umno jelas menipu Pas apabila tidak memberi laluan kepada parti itu untuk membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Berucap selepas Majlis Pelancaran Buku Peringatan Orang Terpedaya di Gelanggang Seni, di sini, malam tadi, Adun Salor itu berkata, kegagalan Pas itu disebabkan sikap pimpinannya yang terdahulu melanggar keputusan mesyuarat mengenai perkara itu.

“Kita boleh ditipu sebab kita tak pakai keputusan mesyuarat, kita telah tetapkan tidak boleh bawa sendiri (Rang Undang-undang Persendirian) Akta 355, sebab kalau kita bawa bukan Islam akan ‘celik’ mata, Majlis Raja-Raja masih masih tidak lulus lagi.

“Kita juga nak ahli parlimen semua sokong khususnya BN yang mempunyai banyak kerusi, jadi jika dah bincang dengan BN, biarkan dia bawa (usul), tetapi kita gatal nak bawa sendiri, lepas tu jadi ke tidak sekarang?,” soalnya di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya.

Husam yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan turut mendakwa, jika sebelum ini Pas begitu bersemangat untuk melaksanakan hukuman ini, tetapi kini pimpinannya senyap apabila rang undang-undang itu gagal dibentangkan.

“Tak jadi kenapa senyap semua, dulu ceramah seluruh Kelantan, pinda enakmen hudud, dum dum dicanang sana sini, lepas itu bawa bulan April kena tipu, bawa bulan Jun, kena tipu, bawa bulan Oktober ghaib, bulan November habis, Disember senyap,

“Kalau begini, macam mana nak hadapi pilihan raya, kita hanya boleh bagi tahu kepada rakyat kita nak buat sahaja,”katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hudud: MB Kelantan tak akan letak jawatan]

Husam berkata demikian sebagai merujuk kepada sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu yang menyaksikan Pas sekali lagi gagal membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) bagi membolehkan perlaksanaan hukuman hudud berjalan di negeri Kelantan.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mempertaruhkan jawatannya bagi memastikan hukuman itu dilaksanakan sebelum menukar keputusannya.

Ahmad berkata, beliau tidak meletak jawatan kerana sudah berusaha supaya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Sunday, July 12, 2015

Matlamat parti Islam baharu lebih besar daripada hudud, kata Mujahid

OLEH LOOI SUE-CHERN
Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam mengajar umatnya mengekalkan keamanan, dan bukannya memaksa pelaksanaan undang-undang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 Julai, 2015.

Parti politik baharu yang sedang dipertimbangkan untuk ditubuhkan sekumpulan pemimpin progresif PAS yang "disingkirkan" akan membuat pendirian Islam lebih besar daripada sekadar kanun keseksaan Islam atau hudud.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam mengajar umatnya mengekalkan keamanan, dan bukannya memaksa pelaksanaan undang-undang.

"Inilah sebabnya bekas Muryidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menangguhkan hudud. Beliau faham sangat. Beliau tahu isunya belum selesai.

"Apakah hudud segala-galanya? Ia hanya undang-undang jenayah," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual di pejabatnya di Parit Buntar.

Ketika ditanya mengenai pendirian parti baharu itu mengenai hudud, beliau berkata, terdapat perkara lebih besar dalam Islam selain hudud, seperti mewujudkan kehidupan lebih baik dan selesa untuk rakyat.

"Untuk melakukannya bukan dengan memperkenalkan undang-undang jenayah Islam untuk membendung jenayah. Anda berjuang umpamanya untuk gaji minimum dan mengurangkan kadar jenayah.

"Semua itu perlu dijadikan sebahagian daripada agenda. Itu pendirian kami apabila berbicara mengenai hudud... sebab itu mereka anggap saya sebagai anti-hudud," katanya.

Mujahid, yang juga salah seorang pemimpin PAS paling dikenali dan terlibat dalam usaha antara agama yang menggalakkan perpaduan serta keharmonian antara orang Islam dan bukan Islam berkata, isu hudud perlu dilihat dalam kerangka undang-undang negara.

"Anda perlu mengimbangi antara rangka kerja perundangan dan hudud sebagai keperluan dalam kanun jenayah syariah. Untuk melaksanakan hudud, anda mesti lihat rangka kerja undang-undang. Untuk berbuat demikian anda perlu melalui proses demokratik.

"Bercakap mengenai proses, anda perlu tahu apa kuasa dan bidang kuasa yang ada. Negeri mempunyai kuasa tetapi ia terhad kepada Akta Mahkamah Syariah, yang menyatakan hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah negeri ialah penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan," katanya.

"Melihat kepada perkara ini, kita perlu berlaku sangat praktikal dalam mengendalikannya. Kita perlu melalui proses demokrasi dan menerima keputusannya, sama ada ia (hudud) boleh dilaksanakan atau tidak.

"Bagi 'Gerakan Harapan Baharu', kami melihat hudud dalam konteks itu. Bukan hanya retorik, perkara yang emosi atau sensasi," kata ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Dalam rang undang-undang hudud untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II, antara hukuman yang dinyatakan adalah pemotongan anggota badan dan merejam sampai mati.

Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah tidak termasuk semua hukuman itu.

Isu hudud adalah punca yang membawa kepada keruntuhan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Pada Mac, kerajaan PAS di Kelantan membentang dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri dan menimbulkan kemarahan DAP yang sentiasa menentang pelaksanaan hudud.

Selepas saling mengkritik, PAS ketika muktamar tahunannya “menyingkirkan” pemimpin progresif yang mesra PR, menggantikannya dengan kumpulan konservatif, sebelum memutuskan hubungan dengan DAP, yang seterusnya mengisytiharkan gabungan PR terkubur.

Ketika kumpulan progresif menuju ke arah cita-cita parti baharu mereka, Mujahid berkata perlembagaan parti baharu ini dengan jelas akan menentukan asas dan dasar Islamnya.

Mereka juga akan menghormati Perlembagaan Persekutuan, identiti kaum dan pelbagai budaya serta kepentingan bersama rakyat.

Beliau berkata, walaupun parti itu akan menggunakan Islam sebagai panduan ke arah pembangunan negara, ia akan menjadi lebih inklusif, seperti ditetapkan Islam.

"Kami mahu menunjukkan Islam yang berbeza daripada PAS. Isunya sekarang ialah orang melihat PAS dan berasa parti itu tidak lagi mempromosikan aspirasi Islam," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/matlamat-parti-islam-baharu-lebih-besar-daripada-hudud-kata-mujahid#sthash.SrsgWM1d.dpuf

Wednesday, July 8, 2015

Hudud : DAP Buat-Buat Tak Faham

 Written By Moderator
KOTA BHARU 9 Julai - DAP hari ini diselar kerana disifatkan sengaja buat-buat tidak faham mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bukan Islam sepatutnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud kerana ia tidak melibatkan mereka dan hukuman hanya dikenakan terhadap orang Islam sahaja.

"Sepatutnya tak timbul dia (DAP bantah) sebab kita pinda mengikut kehendak dia (undang-undang tidak terpakai kepada bukan Islam), sepatutnya dialah yang paling setuju.

"Alih-alih dia pula yang lawan. Jadi bukan mereka tak faham, (tapi) mereka buat-buat tak faham," katanya pada Majlis Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Pengamal Media di sini, malam tadi.

Persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 18 Jun lepas masih belum membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan kerana memberi laluan kepada agenda dan urusan kerajaan lain.

Mohd Nassuruddin berkata dalam rundingan yang dilakukan bersama DAP dan PKR sebelum ini, Pas telahpun menyatakan hasrat parti untuk memperkasakan syariat Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan negara.

"Dalam Perlembagaan negara disebut dalam Perkara 3 iaitu Islam bagi agama Persekutuan, manakala agama-agama lain bebas diamalkan. (Selain itu) Perkara 11 juga sebut setiap orang berhak mengamalkan kepercayaan masing-masing.

"Hudud ini kepercayaan agama Islam dan jelas disebut dalam al-Quran (termasuk hukuman yang perlu dikenakan kepada pesalah)," katanya.

Katanya, Pas sentiasa terbuka dalam membincangkan perkara ini dan sentiasa memberi penjelasan lanjut kepada mana-mana pihak yang mahukan pencerahan berhubung hukum hudud berkenaan.

"Jadi saya pun tak faham kenapa mereka tak faham, saya pun tak reti kenapa mereka tak reti. Tapi saya reti kenapa mereka buat tak reti. Kita terbuka dan memang sentiasa beri penjelasan ... bukan kita tak bagi," katanya.

RUU itu dicadangkan susulan keputusan Dun Kelantan yang sebulat suara meluluskan Kanun Jenayah Syariah II Enakmen 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lepas bagi pelaksanaan hudud di negeri itu.

Saturday, June 6, 2015

PAS: Langkah kurang bijak

Sacara umumnya mungkin ramai yang berpendapat bahawa langkah yang dilakukan oleh PAS ini memang tepat kena tempatnya. Ini berdasarkan dari sikap DAP yang berterusan menentang Hudud yang sedang di perjuangkan oleh PAS.

Selain dari itu, DAP nampaknya gemar mencampuri dalam hal-hal pengurusan parti PAS. DAP nampak seolah-olah mahu menguasai parti2 lain dalam komponen Pakatan Rakyat. DAP juga nampaknya mahu PAS berada dibawah telunjuknya seperti parti PKR.

Wak sangat bersetuju dengan tindakan yang telah dibuat oleh pemimpin2 PAS ini. DAP patut diberi pengajaran yang sewajarnya.

Di sebalik tindakan dari PAS ini ada kemungkinan besar PAS akan menerima tindak balas yang mungkin akan merugikan parti PAS.

Sebenarnya PAS masih bergantung kepada sokongan DAP di negeri2 luar dari Kelantan seperti P Pinang, Perak, Selangor dan lain2. Tanpa sokongan dari DAP, memang sukar bagi PAS untuk mengekalkan kerusi2 yang disandang nya di luar negeri Kelantan pada PRU14 nanti.

Saturday, May 30, 2015

Hudud: Perangkap UMNO mengena?

GELANG PATAH, 30 MEI: Pembentangan Hudud Kelantan di Parlimen yang masih tidak nampak kelibatnya seolah-olah mebenarkan hakikat PAS sudah terjatuh dalam perangkap UMNO dan BN.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, usaha Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menemui jalan buntu berikutan realiti politik semasa yang dihadapai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kit Siang menyatakan Najib sedang berada dalam krisis keyakinan terhadap kepimpinannya dan terpaksa memilih antara dua blok iaitu 48 orang ahli parlimen Sabah dan Sarawak yang tidak menyokong Hudud dan 21 ahli parlimen PAS.

“Adakah Najib bersedia hilang sokongan daripada 48 orang Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, sekaligus hilang sokongan majoriti di parlimen dan jawatan perdana menteri?

“Atau dia akan sokong usul PAS oleh Hadi bagi menarik minat 21 orang Ahli Parlimen PAS?” soal Kit Siang.

Hadi sebelum ini bertegas Hudud Kelantan akan mendapat sokongan UMNO di Parlimen ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Pusat akan menyokong Hadi dalam pelaksanaan undang-undang itu.

Namun permainan licik UMNO-BN itu sedikit demi sedikit terserlah apabila sehingga kini hudud Kelantan masih tidak mendapat ruang dalam sidang parlimen.

“Dalam keadaan itu, tidak hairanlah usul persendirian rang undang-undang syariah Presiden PAS tidak muncul-muncul walaupun di dalam kertas perintah mesyuarat parlimen sekarang,” kata Kit Siang. – Roketkini.com

Saturday, May 23, 2015

Jangan cakap aje...kalau anak jantan buat le.......

Pada pendapat Wak memang patut PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Wak sangat setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tu.

Apalah gunanya PAS berada dalam Pakatan Rakyat jika segala cadangan dari PAS tidak pernah di persetujui oleh rakan2 nya PKR dan DAP. Sebagai contoh, apabila PAS bercadang untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan, ianya telah ditentang habis-habisan oleh DAP.

Paling malang bagi PAS apabila PKR juga turut sama seperti DAP tidak menyokong PAS dalam isu Hudud. Di sini sudah nampak jelas bahawa sudah tidak ujud persefahaman lagi dalam Pakatan Rakyat.

Semasa mendiang Karpal Singh hidup dulu, beliau pernah kata "Langkah Mayat nya Dulu Kalau Mahu Tubuhkan Kerajaan Islam (Hudud)". Tapi malangnya pemimpin2 PAS cuma anggap kenyataan itu sebagai kenyataan perbadi nya sahaja.

Setelah Karpal Singh meninggal, nampak nya DAP semakin lantang bersuara menentang Hudud yang diperjuangkan oleh PAS itu. Jika pada masa lampau PKR tidak pernah bersuara sama ada menyokong atau menentang Hudud, tapi hari ini PKR juga sudah berani bersuara menentang nya.

Maka pada pendapat Wak adalah lebih baik dan mulia bagi PAS segera berundur keluar dari Pakatan Rakyat.

Wednesday, May 20, 2015

Peningkatan ahli kerana semakin ramai faham Islam

MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: Peningkatan keahlian baru PAS seramai 15,807 orang pada tiga bulan pertama 2015 dilihat sebagai perkembangan baik kepada parti itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, faktor peningkatan ini juga kerana mereka memahami perjuangan Islam yang dibawa PAS serta peranan media baru.

"Saya melihat ia sebagai perkembangan media baru yang menjelaskan tentang Islam yang sebenar serta perjuangan PAS

"Media baru memberikan perkembangan terbaik dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat di luar," jelasnya pada Program Bicara Khas di MyHarakah Bazaar.

Menurut beliau lagi, masyarakat luar lebih gemar membaca untuk mengenali Islam jika dibandingkan dengan masyarakat Malaysia.

"Saya melihat orang luar lebih gemar membaca untuk mereka mengenali Islam dan apabila mereka mengetahui indahnya Islam, dengan sendiri mereka mendekatinya.

"Sesetengah orang kita lebih gemar menjadi penonton (tidak mengkaji Islam), apabila hanya membaca apa-apa yang disiarkan maka pemahamannya tidak betul.

"Apabila mereka yang rajin membaca (mengkaji) ini tahu betapa indahnya Islam yang dipegang oleh PAS, mereka akan menyertai kita," katanya lagi.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Marang turut menjelaskan, peningkatkan keahlian bukannya disebabkan hudud semata-mata.

Jika mereka hanya membaca tentang hukum-hukum di dalam hudud sahaja (bukan melihat Islam keseluruhan), bukan sahaja mereka takut tetapi terus meninggalkan Islam.

Peningkatan 2015 melebihi 2014 apabila sepanjang tahun lepas hanya 19,764 orang menyertai PAS. – HARAKAHDAILY

Saturday, May 16, 2015

DAP semakin biadap terhadap PAS.........?

Pertikai hudud dalam ceramah di Kelantan, PAS minta Kit Siang mohon maaf
Nik Zawawi Salleh berkata Lim sepatutnya lebih berhati-hati dalam ceramahnya di Padang Perdana, Kelantan 10 Mei lalu. - Foto ustaz-nik-mohd-zawawi.blogspot.com

PAS meminta Penasihat DAP Lim Kit Siang memohon maaf kerana mempertikaikan pelaksanaan hudud semasa menyampaikan ceramahnya di Kelantan, negeri yang melaksanakan undang-undang Islam itu.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Nik Zawawi Salleh berkata Lim sepatutnya lebih berhati-hati dalam ceramahnya di Padang Perdana di sini pada 10 Mei lalu, yang dianjurkan PAS Kawasan Kota Bharu.

Lim sepatutnya menghormati dasar PAS setelah dijemput berceramah di Kelantan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di sini, hari ini

“Beliau tidak sepatutnya bercakap begitu dan (Lim sepatutnya) lebih berhati-hati,” katanya apabila diminta mengulas mengenai laporan media berhubung kenyataan Lim itu,

Media melaporkan bahawa Lim dalam ceramah berkenaan menjadikan dua negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90 peratus penduduk beragama Islam, namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Lim dilaporkan berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, beliau mengingatkan semua parti yang berada dalam pakatan pembangkang supaya berpegang kepada janji asas yang sudah dipersetujui bersama.

Nik Zawawi berkata PAS sentiasa menghormati dasar DAP, dan pada masa sama berharap DAP menghormati dasar PAS berasaskan persefahaman yang terbentuk dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata walaupun PAS boleh menyanggah banyak dasar-dasar yang diperjuangkan DAP, tetapi PAS tidak pernah berbuat demikian semata-mata kerana menghormati parti itu.

Pada 19 Mac lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud selepas mendapat persetujuan sebulat suara daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk 12 ADUN dari Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menyelar PAS kerana menyifatkan ia sebagai parti melampau selepas mencabar perlembagaan rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015)di Mahkamah Persekutuan.

Mah berkata apa yang amat membimbangkan parti itu ialah jika pelaksanaan undang-undang hudud tidak mengikut perlembagaan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Gerakan mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Kami hanya mahu mempertikaikan apa yang dikatakan oleh para pemimpin PAS bahawa kami melampau sebab hujah kami ialah undang-undang hudud tidak berperlembagaan dan kami mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan jawapan kepada kekeliruan ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di sini, hari ini.

Mah, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Gerakan mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi, dan ‘kita tidak mampu untuk mempunyai sistem undang-undang yang berbeza di negara ini’.

Wednesday, April 22, 2015

Permatang Pauh: Presiden PAS dengar pandangan pengundi

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mendengar sendiri pandangan daripada pengundi Permatang Pauh berhubung dakwaan pengundi tidak akan mengundi calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei depan.

"Saya tidak boleh tengok berita mengenai perkara ini di media sahaja. Saya akan dengar pandangan orang bawah sendiri," katanya kepada pemberita sebaik sahaja selesai program Bicara Minda Dan Sesi Dialog 'Hudud dari kaca mata Hadi' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi memberi respons berhubung dakwaan haram bagi pengundi di Permatang Pauh mengundi calon yang menolak hudud.

"Kita masih dalam Pakatan Rakyat dan saya hormati penyokong PAS di Permatang Pauh," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Akhbar Sinar Harian hari ini memetik Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman sebagai berkata, haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud. - HARAKAHDAILY

Saturday, April 18, 2015

Tentang hudud, MCA, Gerakan dan DAP yang seumpama itik tempang

oleh Khoo Kay Peng
SUARA LANTANG: Ketiga-tiga parti politik kaum Cina, iaitu MCA, Gerakan dan DAP telah dilihat seumpama lawak jenaka.

Sejak Sidang DUN Kelantan meluluskan pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II 1993 sebulat suara, ketiga-tiga parti politik ini telah menyalahkan satu sama lain. Kanun jenayah tersebut menggariskan hukuman bagi beberapa kesalahan termasuk bagi dengan cara memotong tangan, dan merejam sampai mati.

Kanun jenayah syariah itu tidak dilaksanakan di Kelantan walaupun telah diluluskan pada 1993 kerana ia pindaan diperlukan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Namun presiden PAS Abdul Hadi Awang telah membentang pindaan undang-undang bagi dua Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen. RUU tersebut termasuk kertas arahan parlimen yang masih belum dijadualkan bagi dibahaskan.

MCA dan Gerakan telah menyalahkan kepimpinan DAP kerana gagal “menghalang kerajaan Kelantan daripada membentang pindaan kanun jenayah atau hudud itu.”

Gerakan telah memfail tindakan mahkamah berkaitan pindaan hudud. MCA pula mengambil langkah lebih dramatik dengan menghantar memorandum ke pejabat DAP menggesa perletakan jawatan pemimpinnya. Pada masa yang sama, mereka sebenarnya mencerminkan diri sendiri.

Terdapat beberapa pusingan yang dilakukan parti politik yang mewakili Bukan Melayu. Sejak PRU pada tahun 2013, agenda politik Melayu telah menonjolkan dirinya.

Daripada sekatan penggunaan perkataan Allah bagi terbitan Kristian kepada dakwaa hasutan terhadap ahli politik, ahli akademik dan aktivis masyarakat kepada isu menyentuh bangsa, Raja dan agama, kerajaan pusat pimpinan Umno mahu memperkukuhkan sokongan Melayu-Islam dengan menumpukan isu Jalur Tiga (Islam, Melayu dan Raja) yang tidak boleh dipertikai.

Sejak PRU yang lalu, Umno tidak lagi gentar kekurangan majoriti dua-pertiga di parlimen. Ia telah belajar bagaimana berkuasa tanpa majoriti besar. Gabungan BN pimpinan Umno telah meluluskan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan pindaan Akta Hasutan tanpa bersusah payah. Ini bukti ia yakin memerintah dengan majoriti mudah.

Umno Kelantan menyokong cita-cita negara Islam PAS. Ini satu lagi petanda. Ia tak mampu dilakukan tanpa sokongan kepimpinan pusat. Mungkin ia memberi gambaran hubungan PAS dan Umno. Adakah PAS dan Umno seiringan di dalam menjaga Jalur Tiga bagi perpaduan Melayu-Islam?

Apa makna hubungan Umno-PAS ini kepada parti berasaskan kaum Cina di dalam Pakatan dan BN?
Jelas bahawa MCA, Gerakan dan DAP tak mampu melakukan apa-apa. Gerakan telah memulakan usaha dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap hukum hudud di Kelantan.

Tetapi kedudukan mereka agak aneh dan goyah sekiranya ramai ahli Umno menyokong RUU PAS pada sidang parlimen akan datang. Malah pemimpin golongan sederhana seperti Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) dan Mustapa Mohamed (Umno) menggesa hudud diberi peluang.

Reaksi MCA, Gerakan dan DAP buat masa ini menggambarkan mereka itik tempang. Kesemua mereka bergantung kepada kepimpinan Melayu bagi membolehkan mereka kekal relevan di dalam lanskap politik tempatan.

Walaupun berbicara soal mempertahankan perlembagaan dan hak demokrasi, kedua-dua MCA dan gerakan telah membuat keputusan aneh menyokong Pota dan Akta Hasutan. Mereka tak mampu bersuara dan menyoal mengapa Umno membenarkan kepimpinannya di Kelantan menyokong hudud PAS.

DAP telah membuat keputusan aneh mengkritik dan memutus hubungan dengan presiden PAS tetapi kekal sebagai rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Malah ia turut serta akan berkempen di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Ketiga-tiga parti ini bagaimanapun menyalahkan satu sama lain kerana tidak menghalang rakan Melayu-Islam mereka menyokong Kanun Jenayah Syariah 1993. MCA, Gerakan dan DAP adalah pesaing dan saling ingin mengukuhkan sokongan melalui Umno dan PAS yang dilihat kunci kepada tampuk kuasa.

Tetapi kini, PAS dan Umno yakin mereka tidak perlu lagi melihat bagaimana reaksi rakan-rakan bukan Melayu mereka di dalam apa jua tindakan. Dengan pengaruh parti bukan Melayu semakin kabur, kita kecewa melihat parti-parti berasaskan kaum Cina itu hilang arah dan tujuan.

Liow Tiong Lai, Mah Siew Keong dan Lim Kit Siang masih hidup di dalam kepompong politik mereka. Percakaran tanpa henti ketiga-tiganya di dalam pelbagai isu boleh diselesaikan sekiranya mereka duduk semeja dan berbincang. Namun kegagalan ini menggambarkan mereka tidak lagi relevan.

Malangnya MCA, Gerakan dan DAP hanya mahu bertekak sedangkan pengaruh parti berasaskan kaum Bukan Melayu telah semakin dipinggirkan dek kerana agenda Melayu-Islam yang semakin memuncak.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Tentang-hudud-MCA-Gerakan-dan-DAP-yang-seumpama-itik-tempang#sthash.ukfSzrRc.dpuf

Tuesday, April 7, 2015

Impian PAS bentang Hudud di Parlimen hampir jadi realiti

Hadi memfailkan permohonan RUU Ahli Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 berhubung seksyen berkenaan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang Hudud ekoran pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) pindaan (2015) di DUN Kelantan.

KUALA LUMPUR, 7 April:

Impian PAS untuk membentang dan membahaskan undang-undang Hudud di Parlimen hampir menjadi kenyataan apabila pagi ini Rang Undang-undang (RUU) Ahli Persendirian bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (pindaan) 2015 atau Akta 355 dimasukkan dalam senarai Aturan Urusan Mesyuarat Sidang Dewan Rakyat.

Aturan urusan mesyuarat yang bertarikh hari ini itu menyenaraikan RUU tersebut berada di giliran ke 24, iaitu yang terakhir untuk dibincangkan pada sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke13 yang sedang berlangsung sejak 9 Mac lalu dan bakal ditangguhkan dua hari lagi pada 9 April.

Permohonan membentang dan membahaskan RUU berkenaan yang difailkan oleh Ahli Parlimen PAS Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan mengikut Peraturan Mesyuarat 49 (1) untuk membuat beberapa pindaan terhadap Akta 355.

Memetik kandungan kertas aturan urusan mesyuarat terbaru Dewan Rakyat yang dikeluarkan hari ini, pindaan tersebut melibatkan:-

i. menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:

“2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal
kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.”

ii. memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut:

“2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, sesuai dengan kehendak syariah Islam.”

Hadi memfailkan permohonan RUU Ahli Persendirian bagi meminda RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, berhubung seksyen berkenaan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang Hudud di negeri Kelantan.

Pada 19 Mac lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) pindaan (2015) atau EKJS II di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Sehari sebelum enakmen tersebut diluluskan, Hadi mengemukakan notis di Dewan Rakyat untuk membentangkan RUU persendirian bagi meminda Akta 355 iaitu pada 18 Mac lalu.

Hadi yang juga Presiden PAS perlu berbuat demikian kerana untuk menguatkuasakan pindaan EKSJ II berkaitan Hudud itu, enakmen berkenaan perlu selari dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah, yang termaktub dalam Akta 355.

Pindaan Akta 355 hanya memerlukan sokongan majoriti mudah daripada ahli-ahli Parlimen dan bukan dua per tiga majoriti.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/07/impian-pas-bentang-hudud-di-parlimen-hampir-jadi-realiti/#ixzz3Wauxd8kz

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-