Friday, March 27, 2015

Apa makna PAS dalam Pakatan Rakyat........?

Pakatan pembangkang baru di Sabah tanpa PAS, kata DAP
"PAS bakal disisihkan dalam gabungan pembangkang dikenali Pakatan Rakyat Baharu yang akan dibentuk di Sabah, kata Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong, sebagai tanda protes terhadap parti Islam itu yang bertegas mahu melaksanakan hudud.

Wong berkata, gabungan itu hanya dengan PKR, selari dengan gesaan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam pembentukan 'Gabungan Selamatkan Malaysia.

"Seperti yang dikatakan Lim mengenai Gabungan Selamatkan Malaysia, kami mahu cadangkan gabungan baru di Sabah dikenali sebagai Pakatan Rakyat Baharu........."


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=260312:pakatan-pembangkang-baru-di-sabah-tanpa-pas-kata-dap&Itemid=2#ixzz3VYjWdiam
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Wak hairan juge dengan pemimpin2 Pakatan Rakyat ni, dalam keadaan Barisan Nasional yang semakin lemah dan hampir runtuh, kini Pakatan Rakyat pula semakin jelas menuju kearah perpecahan.

Dalam perkare ni Wak nampak punce kelalutan dalam PR ni berpunce dari sikap sombong bongkak pemimpin2 DAP. Mereke menolak PAS hanye kerane 'Hudud', sedangkan hal hudud ni cume akan dilaksanekan di negeri Kelantan sahaje.

Satu perkare lagi hudud ni langsung tidak ade kene-mengene kepade kaum kafir, ianye 100% bagi kaum yang beragame Islam sahaje. Jike difikirkan secare logik, tiade sebab mengape kaum kafir perlu membantah nye.

Pade pendapat Wak, alasan DAP menolak hudud ni semate-mate sebagai alasan untuk menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat sahaje. DAP kini sudah semakin jelas memperlihatkan sikap 'ANTI-ISLAM' nye. Itu sebab PAS tidak perlu dalam Pakatan Rakyat.

PAS diberi pilihan oleh DAP, sama ade melupekan hudud same sekali atau keluar dari Pakatan Rakyat. Kini nampak jelas DAP lah yang sangat berkuase dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin2 PAS jangan sampai "yang dikejar terlepas, yang dikendung keciciran" pule.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-