Oleh Amin Iskandar
Bagi pemimpin Umno yang berhadapan krisis kehilangan sokongan, retorik Melayu akan kembali bergema, "selagi ada bulan dan bintang, Melayu akan terus dipertahankan".
Begitulah juga dengan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang berjanji semalam akan terus memastikan Melayu dipertahankan selagi "darah Melayunya mengalir dalam badan".
Ironinya Najib juga yang memperkenalkan konsep 1Malaysia ketika mula-mula menggantikan Tun Abdullah Badawi sebagai perdana menteri pada 2009 dahulu.
Ketika itu, Najib berjanji mempertahankan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama kerana beliau adalah perdana menteri untuk semua.
Menjelang kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), apa sahaja yang dimahukan Melayu dan bukan Melayu, semuanya akan diberikan.
Pendek kata, "you help me, I help you". Bagaimanapun, apabila keputusan PRU13 tidak memihak kepadanya yang seharusnya memperbaiki kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum, konsep 1Malaysia dilupakan.
Kedudukan anak kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein yang disanjung ramai rakyat Malaysia kini dalam bahaya.
Popularitinya menurun walaupun lebih baik daripada BN sendiri mengikut tinjauan terkini Merdeka Center.
The Malaysian Insider melaporkan beberapa hari lalu Kabinet menolak cadangan Najib menyuntik RM3bilion kepada syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebagai seorang perdana menteri dan menteri kewangan, apabila sesuatu usul dilakukan ditolak Kabinet, ini memberikan satu alamat yang tidak baik.
Apabila usul Najib ditolak Kabinet, ia umpama undi tidak percaya jemaah menteri kepadanya.
Apatah lagi Najib kini berdepan dengan cabaran hebat dari dalam Umno. Bukan lagi dari luar Umno.
Pakatan Rakyat (PR) bukan lagi penghalang. Apatah lagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah terpenjara.
Hanya masa bakal menentukan PR bakal menjadi sejarah seperti mana Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah dan sebagainya.
Kalau tiada angin dan ribut, tidak mungkin secara tiba-tiba ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al Habshee, menganjurkan perhimpunan menyokong Najib pada 8 Mac akan datang di Kuala Lumpur.
Mungkin ada sesuatu yang berlaku dalam Umno yang ramai di luar tidak tahu.
Mungkin juga "bulan dan bintang" bakal menyaksikan seorang perdana menteri bertukar ganti sebelum hujung tahun ini. – TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=251872:%E2%80%8Eretorik-melayu-jalan-akhir-najib-selamatkan-diri&Itemid=2#ixzz3T7J3lUMU
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
agendaily.com 25/11/2022 UMNO bersetuju bersama DAP. Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilant...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.