Saturday, April 4, 2015

Agak nya apa yang Dr M kata tu semua nye betul belaka.........

Kritik PM: Dr Mahathir tidak menghasut, kata KPN

WARTAWAN SINAR HARIAN


Khalid Abu Bakar

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berpendirian bahawa kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak melanggar Akta Hasutan.

Bercakap kepada pemberita, Khalid berkata, kenyataan Dr Mahathir yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berniat menghasut.

Jelasnya, sebelum ini perkara itu turut dibincangkan oleh orang ramai, menunjukkan bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang bercakap mengenainya.

"Bagi saya, ia bukan (hasutan)," katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan terhadap Dr Mahathir mengenai tulisan di blognya.

Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14.

[ ARTIKEL BERKAITAN: BN akan kalah pada PRU14, kata Tun M ]

Mengulas perkara itu, pemimpin veteran Umno yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, tindakan Dr Mahathir itu tidak lain tidak bukan adalah untuk menyelamatkan Umno.

Katanya, Dr Mahathir juga mahu Najib memberikan jawapan terhadap setiap dakwaan terhadapnya yang dibuat pemimpin pembangkang dalam beberapa isu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir mahu Najib jawab setiap persoalan ]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-