Jika dahulu British mengenakan cukai hanya pada kepala, tanah, pokok kelapa, padi, buahan dan sireh.
Hari ini anak cucu cicit Tok Janggut dikenakan cukai hampir segalanya. Hampir tiada usaha dan perbelanjaan yang dibuat oleh anak cucu cicit Tok Janggut kecuali ia dikenakan GST bagi melimpahkan kekayaan buat memuaskan ketamakan pemimpin Umno-BN.
Kisah kemewahan majlis perkahwinan anak pembesar negara membuatkan hati rakyat remuk. Pada saat kehidupan rakyat bagai ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
100 tahun lalu British menggantung mayat Tok Janggut di Padang Merdeka Kota Bharu Kelantan. Jumaat ini, berhampiran Dataran Merdeka, cucu cicit Tok Janggut bakal berkumpul untuk menggoncang takhta politik pemimpin negara yang korup.
100 tahun lampau British mengerah kapal perang H.M.S. Cadmus membedil bandar Pasir Puteh.
Jumaat ini kerajaan Umno-BN berhadapan dengan suara kebangkitan cucu cicit Tok Janggut di Kuala Lumpur.
Tok Janggut terus hidup. Ia hidup dalam semangat dan perjuangan anak muda.
Jumaat ini anak cucu cicit Tok Janggut turun membantah GST. - HARAKAHDAILY 30/4/2015
AHMAD MARZUK SHAARY
Exco DPPM
Exco DPPNK
Ahli Parlimen Bachok
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.