KUALA LUMPUR, 15 April:
Penjelasan kerajaan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mengatakan cukai berkenaan dapat menurunkan harga barang adalah hujah tidak jujur.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata perkara itu berbeza dengan pandangan orang ramai yang kebanyakkannya tidak gembira dengan pelaksanaan GST yang menyebabkan kenaikan harga barang.
“Ini kerana hujah di atas sengaja dibuat dan dicipta. Hujah sebegitu tidak ikhlas dan tidak ada roh.
“Berilah penjelasan yang betul dan konsisten kepada rakyat. Alasan yang banyak berbelit menyebabkabn rakyat hilang keyakinan kepada kebaikian GST, jika ada,” katanya.
Jelas Dr. Mohammad Agus beliau hairan dengan tindakan sesetengah pihak yang menyokong pelaksanaan cukai itu yang kata mereka boleh mendatangkan kesan baik kepada masyarakat.
Antaranya adalah rakyat boleh merancang bajet dan berbelanja untuk barang bekeperluan sahaja serta berjimat untuk tabungan.
“Pekedai dan peruncit tidak lagi berani menipu kerana takut kepada hukuman melalui Akta Pencatutan malah rakyat semakin jimat berbelanja untuk mengelakkan pembaziran”, ujarnya.
GST mula dikuatkuasa 1 April lalu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkannya ketika membentangkan Bajet 2014 pada Oktober 2013 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Read more: http://bm.therakyatpost.com/?p=80344#ixzz3XQOiqiza
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.