FMT Reporters | April 11, 2015
Gambar yang dimuat naik oleh Nga di laman sosial bukan gambar Mesyuarat Kabinet sebaliknya diambil ketika lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara.
PETALING JAYA: Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri mesyuarat Kabinet.
Sekiranya Nga gagal berbuat demikian, dia mungkin berdepan tindakan saman fitnah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, surat tuntutan telah diserahkan kepada pejabat Nga pada Jumaat.
“Saya meminta beliau (Nga) membuat permohonan maaf dan menarik kenyataan itu. Nga juga perlu menerbitkan permohonan maaf itu di dua akhbar tempatan sama ada akhbar berbahasa Melayu atau Inggeris.
“Pelanggan saya (Najib) memberikan beliau 48 jam untuk membuat surat permohonan maaf dan menarik gambar serta komen itu sepenuhnya,” kata Hafarizam seperti dilaporkan portal www.bnbcc.my.
Bulan lalu, Nga didakwa telah memuat naik di laman sosial gambar yang menunjukkan Najib dan mengemukakan soalan kenapa perlu isteri Perdana Menteri berada bersama sewaktu Mesyuarat Kabinet.
Gambar itu bagaimanapun bukan diambil di Mesyuarat Kabinet sebaliknya diambil ketika kunjungan rasmi Perdana Menteri ke luar negara.
“Beliau (Nga) juga perlu menawarkan saguhati sepadan, terpulang kepada beliau untuk membuat tawaran dan beliau juga perlu menahan dari menerbitkan isu sama lagi, jika gagal, tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap beliau,” tambah Hafarizam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
agendaily.com 25/11/2022 UMNO bersetuju bersama DAP. Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilant...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.