Thursday, April 9, 2015

Hudud: Hadi Awang sedia jumpa Najib

Hadi Awang sedia untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membolehkan usul persendirian berkaitan hudud dibentang. -Foto fail TRP

KUALA LUMPUR, 8 April:

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membolehkan usul persendirian berkaitan hudud dibentang esok.

Perkara itu didedahkan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui pemberita di Parlimen.

“Sebenarnya saya masih menunggu bersama (Ahli Parlimen) Marang (Abdul Hadi), kami menunggu kemungkinan boleh jumpa PM malam ni, kalaulah, ini harapan.

“Sebab bagi menaikkan kita punya usul yang duduk nombor 24 mesti mendapat kelulusan kerajaan,” katanya.

Jelasnya, perkara ini sama seperti yang dilakukan oleh ahli Parlimen BN-Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1988 yang membawa usul persendirian untuk pinda Akta pertubuhan selepas UMNO diharamkan.

Menurut Takiyuddin rundingan di peringkat menteri sudah dilakukan dan Najib mengetahui perkara ini.

Tambah ahli Parlimen PAS-Kota Bharu itu, beliau difahamkan Najib sedang berbincang di peringkat tertinggi parti.

“PM in the know. Saya difahamkan dia sedang berbincang di peringkat tertinggi parti.

“Bukan sampai habis bacaan kali pertama pun tak apa. Sempat bentang, dia akan jadi sebahagian daripada aturan urusan. Bila sampai 18 Mei, Dewan hanya minta kita teruskan, itu yang kita nak,” katanya.

Kata Takiyuddin, Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sepatutnya dibawa oleh kerajaan yang meluluskan akta itu pada tahun 1965.

“Pinda pun perlu kerajaan Pusat tetapi kerajaan pusat ada kekangan, persetujuan raja-raja pun belum selesai.

“Adalah kita punya aturan, kita kata kita bawalah dan Hadi akan bawa ke Dewan rang undang-undang persendirian ahli bukan kerajaan.

Jelasnya lagi, apabila RUU persendirian dibawa ia mempunyai prosedur dan memerlukan majoriti mudah.

Beliau merayu supaya kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan usul itu dan PAS sedia bertemu pimpinan tertinggi kerajaan.

“Kita dah jumpa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Shahidan Kassim kelmarin, peringkat dia tak boleh laksana, terlalu banyak urusan kerajaan, mungkin lebih tinggi daripada dia lah.

“Ada dua orang lagi, Timbalan Perdana Menteri dan PM. Kita bersedialah, kalau perlu jumpa kita jumpa. Sekejap sahaja, 10 minit sahaja.

“Oleh kerana yang bawa usul ini Presiden, kita berhasrat usul ini diangkat dalam sidang yang berakhir esok.

“Malam ini atau pagi esok, bila-bila masa sebelum esok,” ujarnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/08/hudud-hadi-awang-sedia-jumpa-najib/#ixzz3Wjbi2HQS

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-