SEKILAS PANDANG: Ianya jelas bahawa Najib Razak sedang menerima tekanan yang amat besar dari pelbagai sudut untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri, terutamanya daripada Dr Mahathir Mohamad.
Suhu politik ini semestinya sangat tegang. Jika tidak mengapa Najib perlu “bersiaran langsung” di kaca TV untuk cuba memberi respon dan menangkis segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya?
Namun, respon Najib kepada semua isu yang dibangkitkan dilihat lemah dan mengecewakan.
Beliau berulang kali menegaskan bahawa beliau langsung tidak mengenali rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang telah dibunuh oleh dua orang komando polis yang juga pegawai keselamatan beliau dan juga beliau tidak terlibat dalam pembunuhan ini.
Pastinya, dua orang komando polis yang terlatih dan berdisiplin tidak akan membunuh seorang wanita asing malang itu tanpa sebarang sebab. Namun, ianya adalah tidak adil untuk menuding jadi kepada sesiapa, apatah lagi PM. Apa yang mesti disiasat adalah motif di sebalik pembunuhan ini.
Sudah pasti pembunuhan ini mempunyai motif dan inilah yang rakyat Malaysia mahu tahu. Setiap pembunuh mempunyai motif untuk membunuh. Mengapa kes pembunuhan Altantuya berbeza pula?
Abdullah berkata: “Najib tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Antara perkara yang dilaporkan kepada saya sewaktu saya menjadi perdana menteri adalah keputusan penyiasatan pembunuhan Altantuya.
“Berdasarkan hasil daripada penyiasatan menyeluruh yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia yang disampaikan kepada saya, ianya sah bahawa Najib langsung tidak terlibat dengan kes ini.”
Tetapi rakyat Malaysia mahu tahu siapa yang bertanggungjawab mengarahkannya? Persoalan yang berlarutan ini mestilah dijawab.
Mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adakah Najib benar-benar menjelaskan bagaimana ia boleh mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion?
Mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), beliau mendakwa ianya bagus untuk rakyat dan negara. Benarkah? Untuk membeli jet lagi dan berterusan membelanjakan wang kerajaan dengan boros?
Adakah beliau menjelaskan bagaimana membuatkan rakyat bayar cukai setiap saat setiap hari itu bagus untuk rakyat?
Malangnya, Najib tidak menggunakan sebaiknya peluang kemunculan di kaca TV untuk berlaku jujur sepenuhnya terhadap kesemua kritikan yang dilemparkan kepadanya.
Secara amnya, ramai berasakan yang beliau sepatutnya buat begitu. Jawapan yang mereka mahukan tidak muncul daripada kemunculan terbaru beliau di TV. Dan inilah yang membuatkan ramai kecewa.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Pembunuhan-Altantuya-Rakyat-Malaysia-hanya-mahu-tahu-motifnya-saja#sthash.GUkAtuFz.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.