Monday, May 18, 2015

Kes Altantuya 'isu kitar' semula pihak pembangkang?

Najib mengingatkan orang ramai bahawa dalam politik memang ada isu yang akan terus dimainkan oleh sesetengah pihak dan isu pembunuhan wanita Mongolia merupakan salah satu daripadanya. - Foto fail TRP

KUALA LUMPUR, 17 Mei:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun kematian wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telah disiasat dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, isu itu masih ‘dikitar semula’ oleh pembangkang.

Najib berkata, beliau rasa terganggu dengan isu itu yang dibangkitkan sekali lagi.

“Kita semua tahu, sekiranya pemimpin veteran terus memainkan isu itu, walaupun sekali lalu, secara automatik ia akan menyebabkan perkara itu akan dibangkitkan.

“Seorang yang berpengaruh mempunyai banyak sumber. Apabila isu itu meletup, saya percaya mereka boleh mengesahkan dakwaan mereka,” katanya dalam posting terbaharu di blog NajibRazak.com.

Najib hari ini menyenaraikan 13 dakwaan bersama jawapan yang dilemparkan ke atasnya dan kerajaannya.

“Sekiranya mereka percaya ia benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya lapan tahun lalu? Kenapa sekarang? Ada yang berpendapat mereka hanya mempersoalkan isu ini sebab ia menjadi isu sangat penting antara hidup dan mati bagi mereka yang telah dijatuhkan hukuman,” tambahnya.



Katanya, kes berkenaan telah dibicarakan di mahkamah dan keputusan serta hukuman telah ditetapkan maka ‘apakah mereka mempersoalkan sistem kehakiman yang mereka tetapkan sebelum ini?’

Mahkamah Rayuan pada Jun 2013 berkata tidak ada bukti yang mengaitkan perdana menteri, Najib dengan kematian Altantuya.

Tambah Najib, kes itu dibangkitkan walaupun mahkamah secara teliti menjatuhkan hukuman dan memberi masa yang cukup panjang kepada perayu untuk mendengar kes mereka dan memberi peluang untuk melakukan ‘Sumpah Laknat’.

“Walaupun Razak Baginda telah memberikan beberapa kenyataan, masih ada individu yang mempersoalkan isu ini dan mahu melibatkan saya,” katanya.

Najib mengingatkan orang ramai bahawa dalam politik memang ada isu yang akan terus dimainkan oleh sesetengah pihak dan isu ini merupakan salah satu daripadanya.

“Ia menjadi isu hangat ketika saya baru dinamakan sebagai pengganti PM dan Pembangkang mahu menahan saya daripada terus menjadi PM,” katanya dan meambah parti pembangkang dan media mereka telah melakukan perang psikologi dengan cuba melibatkan beliau dan mempengaruhi persepsi masyarakat.

“Malah mereka sanggup membuat penindanan gambar di mana saya makan malam dengan mangsa. Dalam era sosial media, perkara ini menjadi viral tanpa boleh dikawal termasuklah foto yang ditindan,” katanya.

Tambahnya ia tidak adil dan memaksa beliau menyiasat kes ini sekali lagi dan menggesa siapa yang mengarahkan pembunuhan dilakukan.

“Saya tidak terlibat dan tidak tahu menahu perkara itu. Mahkamah telah menetapkan siapa yang bersalah dalam pembunuhan itu, maka perkara itu sepatutnya sudah selesai,” katanya.

Menyentuh mengenai dakwaan bahawa jenayah meningkat sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, Najib berkata sejak tahun lalu sahaja, polis berjaya menurunkan kadar jenayah sebanyak 12.6 peratus manakala jenayah ganas jatuh sebanyak 13.4 peratus.

Najib berkata Polis DiRaja Malaysia bekerja keras untuk memastikan rakyat Malaysia selamat dari segala bentuk jenayah. Menurutnya ISA, yang ditubuhkan untuk melawan pengganas komunis sudah tidak relevan kini.

Bagi menangani keganasan pelampau, kerajaan telah memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 yang mensasarkan untuk memerangi cabaran baru termasuk kebangkitan kumpulan militan IS dan tidak akan digunakan untuk politik.

Menyentuh pula dakwaan bahawa perkhidmatan, kepakaran dan pengalaman penjawat awam tidak diperlukan lagi, Najib berkata perkhidmatan awam akan terus kekal di pusat pentadiran negara dan operasi, dan memainkan peranan penting dalam sistem kerajaan.

“Hanya kerana beberapa individu dan pihak dilantik untuk membantu, ia tidak bermakna pengalaman mereka tidak diperlukan lagi. Ini satu komen yang tidak adil dan tiada objektif. Membantu ya, ambil alih tidak,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/05/17/kes-altantuya-isu-kitar-semula-pihak-pembangkang/#ixzz3aPym2G8p

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-