KUALA SELANGOR - Ketua Ulama Pas Selangor, Mohd Zain Abd Rahman berpendapat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar terus memimpin parti itu selepas pemilihan pada Muktamar Pas ke-61, bulan depan.
Menurutnya, meskipun, Ahmad Awang layak bertanding bagi merebut jawatan nombor satu parti itu, namun dari segi perbezaan usia jelas menunjukkan bekas Naib Presiden Pas itu terlalu tua.
"(Yakin Abdul Hadi menang) Sudah semestinya. Sebab Presiden (Abdul Hadi) pun lagi muda daripada yang seorang (Ahmad) itu.
"Takkan nak pilih orang tua. Kalau nak cari suami pun, nak suami muda. Betul tak?," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada Muktamar Tahunan Ulama Pas Selangor ke-27, hari ini.
Ahmad, 79, mengesahkan bakal menentang Abdul Hadi, 68 dalam Muktamar Pas ke-61 awal bulan depan bagi merebut jawatan Presiden Pas.
Mengulas soal pertandingan yang pertama kali berlaku bagi jawatan Presiden Pas itu, Mohd Zain berkata, Ahmad mungkin merasakan dirinya layak untuk bertanding hingga beliau membuat keputusan untuk menerima pencalonan tersebut.
"Perlembagaan menyebut, siapa sahaja layak bertanding, maka dia boleh bertanding. Jadi, mungkin dia (Ahmad) fikir dia layak bertanding, maka dia bertandinglah.
"Soal menang kalah itu persoalan nombor dua. Perlembagaan kata, cukup pencalonan, dia boleh bertanding," katanya.
Namun, beliau percaya Pas kawasan yang mencalonkan Abdul Hadi sebelum ini akan tetap memilih pemimpin itu dalam Muktamar Pas nanti.
"Dari sudut berapa pencalonan yang dia (Ahmad) dapat dan berapa pencalonan yang Presiden dapat. Biasanya, perwakilan ini mencalonkan Presiden, maka calon yang dicadangkan kawasan itu mereka akan pilih (dalam pemilihan) nanti.
“Kalau bandingkan dua (calon) ini, tengok pada majoriti...itu sahaja. Dewan Ulama (Selangor) memang menyokong kepimpinan ulama khasnya Presiden (Abdul Hadi)," katanya. - SH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
agendaily.com 25/11/2022 UMNO bersetuju bersama DAP. Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilant...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.