Jika Umno terus merosakkan diri dengan perbalahan dalaman dan dakwaan rasuah dan BN masih kucar-kacir, maka penganalisis politik yakin pembangkang mempunyai peluang mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
"Parti komponen BN mempunyai masalah, MIC menjadi jenaka tetapi tiada siapa yang ambil peduli untuk bercakap mengenainya," kata Wan Saiful Wan Jan, yang mengetuai badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Beliau merujuk kepada perebutan kepimpinan MIC, di mana Presiden Datuk Seri G Palanivel telah menggantung keahlian Timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Bagaimanapun kemudiannya, Subramaniam mengumumkan beliau sebagai pemangku presiden dan keahlian Palanivel ditarik.
Wan Saiful berkata, kedudukan MCA pula tidak berada dalam keadaan stabil, sementara dalam Umno pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan seranan berterusan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ia agak positif bahawa pembangkang mempunyai peluang yang adil untuk mengambil Putrajaya jika Umno terus memusnahkan dirinya sendiri," kata Wan Saiful
Bagaimanapun, Wan Saiful menambah perkara tersebut tertakluk kepada berapa lama lagi gabungan pembangkang yang baru akan terbentuk dan jika ia berjaya menangani cabaran pada masa depan. - M'kini
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=292142:bn-mungkin-boleh-jatuh-walau-pakatan-pecah&Itemid=2#ixzz3dkIeBA1J
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
agendaily.com 25/11/2022 UMNO bersetuju bersama DAP. Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilant...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.