Monday, June 22, 2015

Kepimpinan PAS diberi 100 hari atau hadapi pembentukan parti Islam baru

Mohd Amar sebelum ini meminta barisan kepimpinan baru yang terdiri daripada kumpulan ulama tersebut diberikan 100 hari untuk membuktikan diri mereka.

KUALA LUMPUR, 22 Jun:

Kepimpinan baru PAS diberi masa selama 100 hari untuk mengotakan janji kembali ke arah wawasan yang digagaskan oleh Almarhum Datuk Fadzil Noor dan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau bersetuju untuk memberi tempoh masa tersebut seperti mana yang dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurutnya, Mohd Amar sebelum ini meminta barisan kepimpinan baru yang terdiri daripada kumpulan ulama tersebut diberikan 100 hari untuk membuktikan diri mereka.

“Saya bersetuju untuk memberi tempoh tersebut supaya mereka kembali kepada wawasan yang dibawa oleh kedua-dua tokoh tersebut iaitu ‘PAS untuk semua’.

“Sekiranya selepas tempoh tersebut PAS menjadi parti yang tertutup, inklusif serta tak boleh memenuhi hasrat dan harapan cita-cita rakyat Malaysia maka parti baru akan menjadi satu keperluan dan kewajipan bagi kami,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Khalid, sekiranya pembentukan parti baru itu berlaku ia adalah bukan disebabkan dirinya mahukan jawatan tetapi adalah disebabkan soal perjuangan.

Jelasnya, sekiranya perjuangan PAS pada hari ini bersifat keras, tak mampu berkawan dan bekerjasama dengan pihak lain seperti diharuskan syariat Islam sekaligus ia membuktikan parti baru perlu dibentuk.

“Pembentukan parti baru itu juga merupakan usaha untuk menyatupadukan ahli-ahli dan sekiranya corak politik machiavelli pada Muktamar tempoh hari tidak ditegur dan tidak diperbetulkan maka ia membuktikan parti Islam itu telah hilang sifat asalnya yang dipenuhi dengan semangat ukhwahnya dan kasih sayang,” tegasnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/22/kepimpinan-pas-diberi-100-hari-atau-hadapi-pembentukan-parti-islam-baru/#ixzz3dmtADBiZ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-