Showing posts with label Muktamar. Show all posts
Showing posts with label Muktamar. Show all posts

Tuesday, September 17, 2024

PAS, Hadi tandus idea pada muktamar, kata Saifuddin

freemalaysiatoday.com
Bernama-17 Sep 2024

Ketua setiausaha PH itu berkata muktamar part itu jadi medan kemuncak politik kebencian dan maki hamun.
Saifuddin Nasution Ismail berkata hanya unsur cacian, kebencian, dan angan-angan dihidangkan pemimpin PAS, pada Muktamar PAS ke-70.

PUTRAJAYA: Hanya unsur cacian, kebencian, dan angan-angan dihidangkan pemimpin PAS dalam ucapan serta resolusi sepanjang lima hari berlangsungnya Muktamar PAS ke-70 yang melabuhkan tirai pada Ahad lalu, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin yang juga menteri dalam negeri turut menyifatkan muktamar itu sebagai rakaman sejarah yang menjadi medan kemuncak politik kebencian serta membiakkan budaya fitnah, mencerca, dan memaki hamun di bawah pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang.

“Umat Islam di Malaysia menghadapi pelbagai masalah seperti penagihan dadah, keganasan domestik, rasuah serta kemiskinan, namun PAS dan Abdul Hadi ketandusan idea dalam isu mendesak ini.

Sebaliknya, mereka lebih fokus berangan-angan ingin merampas kuasa kerajaan perpaduan dan mengabaikan agenda hudud yang dilaung sebagai prinsip PAS, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, parti ditubuhkan pada 1951 itu telah menyimpang jauh daripada perjuangan asal diasaskan tokoh seperti Zulkifli Muhammad, Burhanuddin al-Helmi, Fadhil Noor, Yusuf Rawa, dan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saifuddin berkata, ahli PAS pasti menitiskan air mata melihat PAS mengalami kemerosotan termasuk kegagalan Hadi mempertahankan kemenangan di Terengganu pada PRU 1999, yang menyaksikan pemimpin berusia 76 tahun itu hanya menjadi menteri besar untuk tempoh sepenggal sahaja.

Abdul Hadi hanya dikenang kerana kepimpinan yang tidak kompeten dan lemah, katanya.

Beliau berkata, pemimpin PAS sering mendakwa diri sebagai ulama yang mengemudi kerajaan hidayah, namun semasa PAS dalam kerajaan Persekutuan pada 2020 hingga 2022, tiada usaha yang diambil untuk mengharamkan arak dan perjudian di negara ini.

Selama 30 bulan lebih PAS menyertai kerajaan ketika itu, ini membuktikan PAS sebenarnya lompong dan ketandusan idea dalam memimpin dan membangunkan negara. Kegagalan ini jelas apabila rakyat terpaksa memulakan Kempen Bendera Putih untuk membantu sesama sendiri (ketika pandemik Covid-19), katanya.

Saifuddin berkata, walaupun PAS sering mengkritik kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, perjuangan kerajaan tidak akan terhenti dan akan terus berusaha meningkatkan ekonomi negara demi membantu rakyat dan ia terbukti membuahkan hasil.

“Kita harus mengelakkan retorik yang memecah belah dan mengutamakan dialog konstruktif untuk menangani cabaran negara.

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, kenyataan perlu berdasarkan fakta dan membawa perpaduan, bukan perpecahan. Kita juga harus kritis dalam menilai penggunaan agama, membezakan antara kepentingan politik dan kebaikan ummah secara tulen, katanya.

Thursday, October 19, 2023

Bersediakah PAS teraju Putrajaya tanpa pertandingan ‘Top 5’ pada muktamar?

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
19 Oct 2023,

PAS perlukan pemimpin pelapis untuk bersedia menerajui Putrajaya ketika parti itu di prestasi terbaiknya.
Muktamar PAS tahun ini dijangka tenang kerana tidak ada pemilihan bagi lima jawatan tertinggi parti.

PETALING JAYA: Ketiadaan pemilihan bagi lima jawatan tertinggi PAS mungkin menyebabkan Muktamar ke-69 parti itu berlangsung agak tenang, namun persoalan lebih besar timbul “siapa pemimpin pelapisnya” untuk mara lebih jauh.

Dengan kecemerlangannya pada PRU15 yang diteruskan ketika PRN Ogos lalu, PAS memerlukan pemimpin pelapis sebagai persediaan kemungkinan menerajui Putrajaya tetapi ahlinya ketika ini cenderung mengekalkan barisan sedia ada.

PAS kini mempunyai 43 Ahli Parlimen teramai dalam Perikatan Nasional (PN) manakala menguasai empat negeri, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Perlis.

Tanpa sebarang pencalonan pemimpin lain, Hadi Awang kekal sebagai presiden, begitu juga Tuan Ibrahim Tuan Man selaku timbalannya dan tiga naib presiden Ahmad Samsuri Mokhtar, Idris Ahmad dan Mohd Amar Nik Abdullah.

Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia Zaireeni Azmi melihat ia pendirian ahli PAS yang tidak mahu menganggu kekuatan organisasi kepimpinan berdasarkan keputusan cemerlang dalam dua siri pilihan raya sejak tahun lalu.

Namun akuinya, ketiadaan cabaran bagi jawatan utama bukan sesuatu yang baik untuk masa depan kerana pertandingan perlu untuk melahirkan pemimpin pelapis.

“Walaupun tiada pertandingan ‘Top 5′ tetapi untuk AJK ada, muka baharu perlu tanding supaya sentiasa ada pelapis boleh beri nafas segar serta idea baharu…orang muda sekarang fleksibel bukan semua faham sifat wala’ (setia).

“Hendak kata semua (orang muda) golongan celik politik tidak juga, ada nilai dari segi fizikal sebab itu golongan pelapis dalam parti penting supaya ada idea diberikan mengikut peredaran masa,” katanya kepada FMT sambil menjangkakan muktamar bermula Jumaat ini tidak sepanas 2015.

Ketika itu, Hadi dicabar Ahmad Awang manakala Tuan Ibrahim mencabar Mohamad Sabu. Ahmad dan Mohamad yang tewas pada pemilihan itu keluar lalu menubuhkan Amanah iaitu komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

Bagi Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin, tidak timbul soal siapa pemimpin pelapis parti Islam itu walaupun tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi dalam parti.

“Tak timbul juga isu ada larangan…tak macam Umno kerana kita buka pintu pertandingan. Malah dibuat dua tahun sekali iaitu paling singkat antara parti.

“PAS ramai pemimpin pelapis dan giliran mereka menerajui parti akan tiba bila sampai masanya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Jerantut.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara Mazlan Ali pula berpendapat ahli PAS mungkin tidak mahu melihat perpecahan berlaku pada 2015 yang memberi kesan kepadanya pada PRU 2018.

“Ahli dan pemimpin PAS amalkan prinsip wala’, patuh pucuk pimpinan dan keputusan Majlis Syura,” katanya.

Friday, September 2, 2022

Dewan Ulama lulus usul mahu satu lawan satu dalam PRU15

malaysiakini.com
N Faizal Ghazali, Alyaa Alhadjri & Low Choon Chyuan
Diterbitkan: Sep 2, 2022 6:43 PM


MUKTAMAR PAS | Dewan Ulama PAS secara sebulat suara menerima usul menolak sebarang kerjasama dengan PH dan mengusahakan pertandingan satu lawan satu pada PRU ke-15.

Usul tersebut dibawa dan dibentangkan wakil Kelantan, Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail (gambar), dan diterima untuk dibawa ke Muktamar PAS ke-68 yang akan mula berlangsung esok.

Dalam usul tersebut Dewan Ulama PAS diminta memainkan peranan secara proaktif untuk menyatukan parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kekuatan politik Melayu-Islam dapat disatukan di bawah agenda penyatuan ummah.

"Strategi satu lawan satu hendaklah dilaksana bagi mengelak pertembungan sesama sendiri di kawasan majoriti pengundi Melayu supaya tidak berlaku perpecahan undi yang hanya akan menguntungkan PH.

"Seterusnya menolak sebarang kerjasama politik dengan PH dalam PRU ke-15 nanti," kata Tuan Mohd Saripuddin ketika membentangkan usul pada Muktamar Dewan Ulama PAS ke-61 di Guar Chempedak, Kedah hari ini.

Wakil Dewan Ulama PAS Pahang, Nasrudin Hassan, tampil menyokong usul berkenaan.

Dalam ucapannya Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berkata dalam situasi politik semasa, sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru perkiraan atas kertas menunjukkan PH boleh mencatat kemenangan besar.

"PAS akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan PH tidak kembali ke tampuk pemerintahan.

"Pengalaman 22 bulan di bawah pemerintahan PH, rakyat sudah merasai pengalaman yang cukup perit," katanya.

Sehubungan itu dia antara lain menyeru perwakilan agar mempamerkan sikap yang selari dengan usul tersebut.

"Jangan kita sebut kita nak menyatukan ummah melibatkan Umno, Bersatu dan sebagainya. Tetapi dalam jiwa kita, dalam kenyataan kita, sama ada kepada media atau di media sosial kita menunjukkan sikap yang tidak menyatukan," katanya.

Usul tersebut kemudian dibuka untuk perbahasan. Bagaimanapun seluruh perwakilan sebulat suara menerima usul tersebut tanpa dibahaskan.

Thursday, July 2, 2015

Tubuh parti baharu untungkan musuh Islam?


OLEH MANZAIDI MOHD AMIN
Pasma, sebuah NGO yang bakal menjadi parti Islam baharu
Penubuhan parti baharu hanya bertujuan untuk menjayakan agenda pecah dan perintah oleh musuh Islam, kata Pengkaji Gerakan Islam, Abdullah Abd. Kadir.

Katanya, tidak kira musuh itu dari sebelah mana sekali pun, tetapi lebih menyedihkan jika agenda pecah dan perintah musuh itu dijayakan oleh orang yang mengaku sudah lama berjuang Islam.

Beliau yang mengumpamakan penubuhan parti baharu itu ibarat menoreh luka baru, menyatakan, usaha itu satu-satunya sejarah dalam perjuangan Islam di negara ini.

"Parti baharu ini ditubuhkan oleh anggota parti Islam yang terkilan kerana tidak terpilih sebagai pimpinan, mahu pun kumpulan NGO Islam yang dari dulu ingin memimpin dan menguasai.

"Ini adalah salutan nafsu yang cuba digilap oleh pakar strategis mereka sebagai idea baru yang cemerlang. Bersatu adalah rahmat, berpecah adalah azab. Usahlah ikutkan nafsu, terutaman di bulan Ramadan yang berkat ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Abdullah berkata, selepas muktamar tahunan Pas baru-baru ini, pemimpin yang kalah telah menunjukkan reaksi luar biasa dengan merancang menubuhkan parti baharu hanya kerana tidak terpilih untuk terus kekal dalam Pas.

Katanya, beliau menjangkakan selama ini bekas pemimpin berkenaan boleh menerima kekalahan, tetapi malangnya mereka menjadikan perebutan jawatan agenda utama untuk menang dan ia suatu yang mengecewakan.

Menurut Abdullah, parti baharu itu kononnya bersifat progresif yang melibatkan beberapa NGO Islam, bahkan ada juga idea daripada pihak tertentu menzahirkan seolah-olah mereka sahaja menguasai Sains Kemanusiaan atau fiqh sunnatillah. - MalaysiaGazette

Monday, June 22, 2015

Kepimpinan PAS diberi 100 hari atau hadapi pembentukan parti Islam baru

Mohd Amar sebelum ini meminta barisan kepimpinan baru yang terdiri daripada kumpulan ulama tersebut diberikan 100 hari untuk membuktikan diri mereka.

KUALA LUMPUR, 22 Jun:

Kepimpinan baru PAS diberi masa selama 100 hari untuk mengotakan janji kembali ke arah wawasan yang digagaskan oleh Almarhum Datuk Fadzil Noor dan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau bersetuju untuk memberi tempoh masa tersebut seperti mana yang dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurutnya, Mohd Amar sebelum ini meminta barisan kepimpinan baru yang terdiri daripada kumpulan ulama tersebut diberikan 100 hari untuk membuktikan diri mereka.

“Saya bersetuju untuk memberi tempoh tersebut supaya mereka kembali kepada wawasan yang dibawa oleh kedua-dua tokoh tersebut iaitu ‘PAS untuk semua’.

“Sekiranya selepas tempoh tersebut PAS menjadi parti yang tertutup, inklusif serta tak boleh memenuhi hasrat dan harapan cita-cita rakyat Malaysia maka parti baru akan menjadi satu keperluan dan kewajipan bagi kami,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Khalid, sekiranya pembentukan parti baru itu berlaku ia adalah bukan disebabkan dirinya mahukan jawatan tetapi adalah disebabkan soal perjuangan.

Jelasnya, sekiranya perjuangan PAS pada hari ini bersifat keras, tak mampu berkawan dan bekerjasama dengan pihak lain seperti diharuskan syariat Islam sekaligus ia membuktikan parti baru perlu dibentuk.

“Pembentukan parti baru itu juga merupakan usaha untuk menyatupadukan ahli-ahli dan sekiranya corak politik machiavelli pada Muktamar tempoh hari tidak ditegur dan tidak diperbetulkan maka ia membuktikan parti Islam itu telah hilang sifat asalnya yang dipenuhi dengan semangat ukhwahnya dan kasih sayang,” tegasnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/22/kepimpinan-pas-diberi-100-hari-atau-hadapi-pembentukan-parti-islam-baru/#ixzz3dmtADBiZ

Sunday, June 21, 2015

Apa nak buat, 'nasi dah jadi bubur'...., merayu-rayulah kamu wahai ulama......

Golongan progresif diminta kekal dalam PAS – Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seluruh pihak harus menerima keputusan yang telah dibuat dalam Muktamar di Kuala Selangor pada awal bulan ini. - Foto TRP/Azrol Ali

KUALA LUMPUR, 21 Jun:

Pimpinan baru PAS meminta golongan progresif yang tewas dalam pemilihan parti tersebut terus kekal meneruskan perjuangan mereka dalam parti berkenaan sekalipun terdapat indikator yang mengatakan mereka akan memilih wadah baru selepas ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seluruh pihak harus menerima keputusan yang telah dibuat dalam Muktamar di Kuala Selangor pada awal bulan ini.

Menurutnya, mereka harus menerima keputusan berkenaan dengan hati penuh terbuka atas apa yang dimuktamadkan dalam Muktamar.

“Oleh itu saya berharap mereka juga terus bekerja keras untuk memperkasakan parti pada masa akan datang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyatan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum ini mengatakan beliau bersama-sama beberapa tokoh progresif dalam PAS yang ditolak dalam Muktamar akan meninjau dan melihat perkembangan, sokongan dan keperluan menubuhkan parti baru.

Jelas Mat Sabu, keputusan tersebut akan bergantung kepada penilaian terhadap maklum balas dan sokongan rakyat nanti dan pilihan lain yang ada selain menubuhkan parti baru ialah sertai mana-mana parti politik atau kekal dalam PAS atau menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tambah Tuan Ibrahim, PAS tidak menghalang sekiranya ahli-ahli parti tersebut untuk mengadakan majlis mengenang jasa ke atas tokoh yang tewas sebelum ini.

Jelasnya, PAS sentiasa mengenang jasa semua pihak tetapi ahli-ahli parti masih lagi terikat dengan dasar dan peraturan parti.

“Sekiranya mereka nak buat majlis kenang jasa tersebut kita tidak menghalang.

“Oleh itu saya meminta ahli-ahli supaya jangan sampai terkeluar daripada peraturan parti,” ujarnya.

Tegas Tuan Ibrahim lagi, Majlis Syura Ulama PAS akan tetap membincangkan usul yang memutuskan hubungan dengan DAP seperti yang dibawa oleh Dewan Ulama pada Muktamar lalu.

Katanya, usul tersebut perlu dibawa ke Majlis Syura untuk diteliti sebelum keputusan mengenainya dapat diambil.

“Usul tersebut tidak ada kena mengena dengan DAP sekalipun parti berkenaan mengatakan Pakatan Rakyat telahpun berkubur.

“Majlis Syura Ulama akan bemesyuarat pada hari ini bagi menentukan saf kepimpinannya yang baru dan akan bermesyuarat sekali lagi untuk membincangkan perkara tersebut.

“Keputusan usul tersebut dijangkakan akan dapat diketahui dalam bulan ini juga,” tegasnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/21/golongan-progresif-diminta-kekal-dalam-pas-tuan-ibrahim/#ixzz3dgkUVhES

Tuesday, June 9, 2015

PAS perlu keluar Pakatan atau diketawakan

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyatakan PAS perlu keluar Pakatan demi ‘mempertahankan jati diri’ parti berkenaan.
Peguam PAS Hanipa Maidin
Menurut Hanipa, jati diri PAS akhir-akhir ini banyak dipersoalkan golongan proulama yang mendakwa toleransi parti berkenaan dengan DAP sudah melepasi tahap dibenarkan Islam.

Kata Ahli Parlimen Sepang itu, pendirian Dewan Ulama kepada DAP dapat dilihat kepada kenyataan ketuanya, Datuk Dr Mahfoz Mohamed yang menyatakan golongan progresif tidak arif dengan dasar PAS dan sering menghalang keputusan dengan fakta bernas.

Justeru ujar beliau, PAS yang kini dikuasai golongan konservatif tidak wajar berundur selepas membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP.

“Jika tidak, PAS akan diketawakan kerana tidak berpegang dengan prinsip,” katanya.

Menurut Hanipa, tanpa kumpulan sederhana dalam PAS ketika ini, parti itu sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan visi dan misi seperti diingini.

“Kalau mereka tidak berani bertegas dengan pendirian mereka seperti yang dijelmakan dalam muktamar lalu dan masih mahu terus bersama Pakatan mereka pasti akan ditertawakan.

“Maka satu satunya jalan bagi mempertahankan jati diri PAS, kepimpinan baru wajar berani, tegas dan konsisten mempertahankan prinsip perjuangan dan satu satunya jalan bagi merealisasikan hal tersebut ialah dengan keluar daripada Pakatan secara hormat,” jelas Hanipa lagi. – Roketkini.com

PAS melangkah 20 tahun kebelakang.........?

Pagi ni Wak teringin membuat sedikit ulasan tentang buah hasil dari muktamar ke 61 yang baru lepas. Pada penilaian Wak, muktamar ini tidak menampakkan banyak hasil yang menjurus kepada kemajuan dan keutuhan PAS, sebalik nya ia lebih banyak menjurus kepada 'kemusnahan' PAS.

Andaian yang Wak hujahkan ini ialah berdasarkan kepada terlalu ramainya pemimpin2 veteran telah dikeluarkan dari saf kepimpinan parti. Tiap2 pemimpin veteran yang terkeluar ini telah terbukti ada kelebihan masing2 dalam peranan nya memajukan PAS.

Sebagai satu contoh yang paling ketara ialah Mat Sabu, tidak ada sesiapa yang boleh menafikan tentang kehebatan nya berpidato dalam berceramah. Tanpa beliau ceramah2 PAS pasti akan layu dan pudar.

Boleh juga dikatakan bahawa saf pemimpin2 ini lah yang mampu dan telah berjaya menarik ramai orang2 bukan Islam menyokong PAS. Tanpa sokongan dari bukan Islam PAS pasti akan terundur kebelakang sama seperti dengan keadaan nya 20 tahun yang lampau.

Senario politik Malaysia ini unik...... sebagai contoh, pemerintahan UMNO hampir tumbang pada PRU13 yang lalu, sebabnya pengundi2 bukan melayu terutama nya kaun cina tidak menyokong Barisan Nasional.

Mungkin PAS juga tidak lupa bahawa  parti nya mendapat durian runtuh pada PRU13 itu ada lah dari sokongan kaum bukan melayu.

Sekarang pemimpin2 yang mampu menarik sokong dari kaum bukan melayu sudah tidak berkuasa lagi dalam PAS, mereka semuanya hanya ahli biasa saja dalam PAS. Mampukah PAS mempertahankan sokongan kaum bukan melayu akan terus menyokong PAS?


Monday, June 8, 2015

PAS tetap tidak akan bergabung dengan UMNO - Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa keputusan tegas mengenai gabungan UMNO itu adalah berdasarkan Majlis Syura PAS pada 19 Mei lalu.

KUALA LUMPUR, 8 Jun:

PAS menegaskan parti itu tetap tidak akan bergabung dengan UMNO meskipun beberapa keputusan baharu dibuat melalui Muktamar parti itu baru-baru ini.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man merujuk kepada laporan akhbar hari ini yang memetik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa UMNO sedia berunding dengan PAS.

Melalui laporan itu katanya, Najib menyatakan kesediaannya adalah demi kemaslahatan umat Islam setelah meneliti keputusan Muktamar PAS.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim menegaskan bahawa keputusan tegas mengenai gabungan UMNO itu adalah berdasarkan Majlis Syura PAS pada 19 Mei lalu.

“Najib tidak perlu menangguk di air keruh untuk menimbulkan semula fitnah ini terhadap PAS. Jangan cuba menggunakan PAS untuk mengalihkan pandangan daripada isu-isu yang lebih penting.

“Najib boleh melarikan diri daripada forum ‘NothingToHide’. Namun, beliau tidak boleh lari daripada masalah negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu menurut laporan Berita Harian, Najib menyatakan kesediaannya untuk mengadakan perbincangan dengan PAS demi kemaslahatan umat Islam.

Ini berikutan keputusan pemilihan PAS yang memilih kepimpinan ulama menerajui parti Islam itu.

“Perwakilan (PAS) membuat keputusan jelas. Mereka memihak kepada calon ulama. Kita berharap kepimpinan ulama akan membawa kepada sesuatu yang positif.

“UMNO bersedia untuk mengadakan perbincangan demi kemaslahatan umat Islam, seperti dilaporkan akhbar kawalan UMNO itu,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/08/pas-tetap-tidak-akan-bergabung-dengan-umno-tuan-ibrahim/#ixzz3cTbD9n45

Wednesday, June 3, 2015

Tidak pernah buat keputusan PAS keluar Pakatan Rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | FOTO WAN ZAHARI.
Mohamad merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-56.


SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat selepas muktamar nanti.

Beliau berkata, pimpinan tertinggi PAS tidak pernah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

"PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat selepas muktamar nanti.

"Sehingga sekarang tidak ada sebarang keputusan dibuat oleh pimpinan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media sempena Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini.

Menurut beliau, perwakilan bebas untuk berbahas atau menyuarakan pendapat, namun setiap keputusan itu akan dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi PAS.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat memberitahu, walaupun terdapat sedikit masalah namun PAS tetap bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Selagi kita bersama Pakatan Rakyat, kita mesti cari jalan untuk menyelesaikan masalah, kita mesti menggunakan akal fikiran untuk membuat tindakan.

"Saya rasa orang muda lebih bersikap terbuka dalam isu menyatupadukan Pakatan Rakyat," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY

Tuesday, June 2, 2015

DAP tidak hadir walau dijemput PAS

Menurut Mohamad Sabu, PAS akan meminta penjelasan wakil rakan Pakatan Rakyat (PR), yang tidak hadir ke Muktamar Pemuda PAS sebaik sahaja selesai Muktamar tahunan parti itu Sabtu ini.- Foto TRP/Mokhsin Zamani
SHAH ALAM, 2 Jun:

PAS akan meminta penjelasan berhubung ketidakhadiran rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP dalam Muktamar Pemuda PAS sebaik sahaja selesai Muktamar tahunan parti itu Sabtu ini.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu ketika sidang media sebentar tadi berkata perkara itu akan diselesaikan selepas Muktamar nanti apabila hanya kelibat Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir.

Manakala tiada seorang wakil daripada DAP yang hadir dalam persidangan yang bermula hari ini.

“Saya tidak tanya mereka lagi.. kami jemput yang hadir tadi YB Nazmi (Nik Nazmi Nik Ahmad).

“Mereka ada hal lah tu.. kita pun kadang tak ada, pergi pergi kenduri orang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang mengesahkan akan memboikot Muktamar PAS di Kuala Selangor, Khamis ini, beliau berkata PAS akan mencari penyelesaiannya berhubung isu itu.

“Kita akan cari jalan terbaik untuk cari penyelesaian ini,” jawabnya ringkas.

Melihat kepada isu yang berlaku dalam PR, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata perwakilan pemuda bebas memberi teguran berhubung kedudukan PAS dalam PR bagaimanapun penyelesaian perlu diputuskan oleh pemimpin.

“Perwakilan bebas bercakap, memberi pandangan, teguran.. tetapi pemimpin yang akan buat keputusan dan setakat ini tiada keputusan untuk tinggalkan PR,” ujarnya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Mohamad berkata kemungkinan akan berlakunya pindaan perlembagaan parti tahun ini.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/02/dap-tidak-hadir-walau-dijemput-pas/#ixzz3bucmOH8b

Muktamar Pemuda PAS: Jangan runtuhkan muafakat dibina


Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM, 2 JUN: Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat menggagaskan 10 perkara untuk melahirkan ‘Pemuda Al-Helmy’ bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.


Mengambil semangat dan inspirasi gerak kerja siasah Yang Dipertua PAS ketiga, Dr Burhanuddin al-Helmy, Suhaizan berkata, tokoh kemerdekaan itu adalah rujukan terbaik sayap Pemuda PAS agar lebih inklusif berdepan cabaran semasa.

“Kita menghadapi krisis terhadap tarbiah, fitnah dan adu domba sesama sendiri yang tidak terkawal benar-benar menyedihkan.

“Apabila dibanding produk perkaderan rakan-rakan parti yang lain, (ia) dilihat cemerlang.

“Dalam melahirkan aktivis parti, kita berjaya melahirkan pemimpin (peringkat) pertengahan dan bawahan, namun gagal di peringkat tertinggi,” kata Suhaizan dalam ucaptama Muktamar Pemuda PAS di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah petang ini.

Justeru, kata Suhaizan, gagasan Pemuda Al-Helmy memiliki pakej rabbani dan faqih.

“Inilah legasi yang akan mengisi Putrajaya,” kata Suhaizan disambut laungan takbir.

Tambahnya, ketekunan aktivis akar umbi sangat dihargai, namun perlu sentiasa berlapang dada dalam menghadapi percanggahan pandangan.


“Pemuda rabbani bijak menangkis fitnah, sama ada dari tubuh sendiri atau tubuh saudara yang lain. Bukan racun-meracun,” kata Suhaizan membuat teguran.

Beliau turut berpesan agar Pemuda PAS lebih melibatkan diri dalam wacana kumpulan berbeza, beradab tinggi sesama sahabat selain memahami keutamaan, terutamanya dari sudut strategi politik (fiqh awlawiyat).

“Pemuda sentiasa bergerak. Bukan hanya retorik wacana. Turun padang. Mengisi realiti bukan hanya di kutub khanah.

“Pemuda harus terus berusaha menajamkan kemahiran, kerana kemahiran memaknakan sumbangan.

“Jangan sesekali kita runtuhkan muafakat yang telah dibina bersama,” kata Suhaizan. – Roketkini.com

Sunday, May 31, 2015

Kekal dalam Pakatan hanya keputusan muktamar

MUHAMMAD YUSRI AMIN 

KOTA BAHARU: Hanya pentas muktamar sahaja yang boleh memutuskan sama ada PAS kekal bersama Pakatan Rakyat atau sebaliknya kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

“Sekiranya ada dua kumpulan, satu mahu membawa PAS keluar dari Pakatan dan satu lagi mahu dikekalkan dalam Pakatan Rakyat, ia hanya akan diputus di muktamar di Kuala Selangor hujung minggu ini.

“Saya fikir tidak berbangkit golongan didakwa mahu keluar PAS atau mahu PAS keluar dari Pakatan. Kita kekal di sini. Kalau ada orang mahu keluar maka orang itulah yang bergerak keluar,” ujarnya ketika ditemui di sini kelmarin.

Muktamar PAS kali ke-61 bermula 4 Jun ini di Kuala Selangor. Muktamar dewan-dewan bermula sehari sebelum itu.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS tetap berpegang teguh kepada disiplin berjamaah dan gerak kerja parti berasas akidah Islamiah.

Beliau juga berharap mana-mana pemimpin hendaklah menggunakan ruang di muktamar untuk menyuarakan apa sahaja dan bukannya bercakap di luar gelanggang.

“Kita faham dalam berpolitik, kita tidak boleh lari, ada sedikit sebanyak sokongan mana-mana pihak, tetapi yang boleh menentukan keputusan dan kedudukannya ialah muktamar, insya-Allah.

“Kita memberi ruang perwakilan bersuara. PAS mengamalkan dasar demokrasi, maka muktamar merupakan forum yang terbaik untuk kita memberi pandangan,” ujarnya. -HARAKAHDAILY

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-