KUALA LUMPUR, 18 Jun:
Krisis politik di Selangor memasuki fasa baru apabila Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dikatakan akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menerangkan situasi politik di negeri itu dalam masa terdekat.
Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ketika ditemui pemberita di Parlimen di sini, hari ini.
“Azmin akan beri penjelasan kepada sultan dalam masa terdekat. Ia bukan satu keputusan yang mudah untuk membuat pilihan kerana kami yang memperolehi mandat dalam pilihan raya umum sebelum ini.
“Melihat kepada komposisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sama ada PAS atau DAP yang keluar akan menyebabkan kerajaan Selangor tidak stabil,” katanya.
Pakatan Rakyat akhirnya terbubar apabila DAP membuat keputusan untuk tidak lagi bersama pakatan bertitik tolak dari usul PAS dalam Muktamar PAS baru-baru ini.
Dalam krisis politik di Selangor sebelum ini, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memohon untuk menghadap baginda bagi menjelaskan perkembangan semasa politik di Selangor dan kedudukan beliau sebagai menteri besar.
Tindakan Abdul Khalid itu dilihat susulan beliau kehilangan sokongan majoriti di DUN Selangor selepas PAS menggugurkan sokongan terhadapnya untuk meneruskan tugas sebagai menteri besar.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/18/krisis-politik-di-selangor-azmin-akan-menghadap-sultan/#ixzz3dOqlHLuK
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.