KUALA SELANGOR, 6 Jun:
PAS sudah bersedia menawarkan satu platform kepada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bercakap selepas insiden semalam.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam ucapan pertamanya menceritakan bagaimana Dr Mahathir diarahkan berhenti dari bercakap di hadapan para hadirin pada sesi dialog terbuka yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tuan Ibrahim berkata demikian dalam satu sesi ceramah dengan kira-kira 300 penyokong PAS di Stadium Tertutup Kuala Selangor di mana Muktamar tahunan parti itu sedang berlangsung.
“Saya kasihan Tun Mahathir. Beliau adalah pemimpin negara kita dan dia seorang lelaki tua.
“Dia tidak boleh dilayan dengan cara itu, untuk diberitahu melangkah turun dari pentas dan diiringi keluar, itu tidak perlu.
“Jika dia mahu bercakap, kami bersedia untuk membiarkan dia bercakap di atas pentas kami. Selain itu, isu-isu yang beliau bercakap itu adalah isu-isu yang menjadi kebimbangan rakyat,” katanya kepada The Rakyat Post selepas ceramah.
Tun Mahathir membuat penampilan di dialog terbuka Najib bertajuk ‘Nothing To Hide’ dengan lebih daripada 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir.
“Itu membimbangkan saya. Jika Perdana Menteri tidak selamat, bagaimana pula dengan kita yang lain?” kata Tuan Ibrahim.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya berkata polis diarahkan agar dialog tersebut dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.
“Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat, @PDRMsia mengarahkan Dialog di atas, di PWTC KL pagi ini dibatalkan,” kata Khalid.
Dalam pada itu, ketika Dr Mahathir berucap, timbul kekecohan apabila pihak polis memintanya berhenti dan beredar dari majlis.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/06/pas-sediakan-platform-tun-mahathir-suarakan-isu-rakyat/#ixzz3cGHn8QuT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.