Showing posts with label 'Nothing2hide'. Show all posts
Showing posts with label 'Nothing2hide'. Show all posts

Saturday, June 6, 2015

PAS sediakan platform Tun Mahathir suarakan isu rakyat

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam ucapan pertamanya menceritakan bagaimana Dr Mahathir diarahkan berhenti dari bercakap di hadapan para hadirin pada sesi dialog terbuka yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto TRP/Wan Kah Hoong

KUALA SELANGOR, 6 Jun:

PAS sudah bersedia menawarkan satu platform kepada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bercakap selepas insiden semalam.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam ucapan pertamanya menceritakan bagaimana Dr Mahathir diarahkan berhenti dari bercakap di hadapan para hadirin pada sesi dialog terbuka yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tuan Ibrahim berkata demikian dalam satu sesi ceramah dengan kira-kira 300 penyokong PAS di Stadium Tertutup Kuala Selangor di mana Muktamar tahunan parti itu sedang berlangsung.

“Saya kasihan Tun Mahathir. Beliau adalah pemimpin negara kita dan dia seorang lelaki tua.

“Dia tidak boleh dilayan dengan cara itu, untuk diberitahu melangkah turun dari pentas dan diiringi keluar, itu tidak perlu.

“Jika dia mahu bercakap, kami bersedia untuk membiarkan dia bercakap di atas pentas kami. Selain itu, isu-isu yang beliau bercakap itu adalah isu-isu yang menjadi kebimbangan rakyat,” katanya kepada The Rakyat Post selepas ceramah.

Tun Mahathir membuat penampilan di dialog terbuka Najib bertajuk ‘Nothing To Hide’ dengan lebih daripada 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir.

“Itu membimbangkan saya. Jika Perdana Menteri tidak selamat, bagaimana pula dengan kita yang lain?” kata Tuan Ibrahim.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya berkata polis diarahkan agar dialog tersebut dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

“Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat, @PDRMsia mengarahkan Dialog di atas, di PWTC KL pagi ini dibatalkan,” kata Khalid.

Dalam pada itu, ketika Dr Mahathir berucap, timbul kekecohan apabila pihak polis memintanya berhenti dan beredar dari majlis.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/06/pas-sediakan-platform-tun-mahathir-suarakan-isu-rakyat/#ixzz3cGHn8QuT

Kemelut 'Nothing2hide' detik hitam sejarah UMNO

Majlis Dialog PM bersama NGO kecoh pagi tadi dan hadirin tidak tahu siapa yang membatalkan majlis itu secara tiba-tiba. - Foto fail TRP

KUALA LUMPUR, 5 Jun:

Majlis dialog ‘Nothing2Hide’ yang sepatutnya dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, gagal dianjurkan dengan baik dan tersusun.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau sangat menyesali apabila program itu menjadi ‘luar kawalan’ dan dilihat seperti tidak diuruskan.

Menurutnya, sebagai tetamu yang dijemput ke majlis itu, penganjur sendiri tidak pasti siapa yang membuat keputusan supaya majlis itu dibatalkan dan jika ia dibatalkan seharusnya dilakukan dengan cara yang lebih baik.

“Program ini sepatutnya boleh dikendalikan dengan cara yang lebih baik kerana ia dihadiri begitu ramai orang.

“Walau bagaimanapun, saya tidak fikir reputasi dan imej Perdana Menteri akan tercalar kerana di saat akhir beliau tidak hadir.

“Kami hadir di sini untuk berbincang dan bukan untuk berperang. Pihak berkuasa lebih tahu perkara ini. Program ini boleh dibatalkan namun apa yang berlaku adalah kelam kabut,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Katanya, kenyataan mengenai pembatalan program itu yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi akaun Twitter juga dilihat kurang sesuai.

“Bagaimana arahan yang penting seperti itu dikeluarkan menerusi Twitter?”

“Boleh tweet tetapi pihak polis perlu berada di sini untuk mengawal keadaan,”

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, program ini dianjurkan dengan niat yang baik dan menjangkakan ia menjadi luar kawalan.

katanya, terdapat pihak yang tertentu merancang untuk menjadikan keadaan kelam kabut atas sebab tertentu untuk memalukan penganjur.

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana dialog yang dianjurkan ini secara aman dan apa yang terjadi adalah sejarah hitam buat UMNO.”

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyokong tindakan polis sepenuhnya untuk menangguhkan sesi dialog itu atas sebab keselamatan.

Beliau mencadangkan agar sebuah sesi debat diadakan antara Najib dan Dr Mahathir menerusi siaran lagsung di kaca televisyen bagi orang ramai menontonnya secara aman.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/05/kemelut-nothing2hide-detik-hitam-sejarah-umno/#ixzz3cF60LbNv

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-