KUALA SELANGOR, 4 Jun:
Esok merupakan hari yang paling menarik bagi pemerhati Muktamar PAS kerana perwakilan mungkin akan berdebat mengenai usul memutuskan hubungan antara parti berlandaskan Islam itu dengan sahabat dalam pakatan, DAP.
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa merupakan seorang daripada pemimpin yang teruja untuk mendengar debat esok, yang mana mungkin akan ‘panas’ dengan setiap perwakilan menunggu giliran supaya suara mereka didengar.
“Saya tak sabar untuk mendengar apa yang akan dibahaskaan kerana setakat ini kita tahu usul itu sangat umum.
“Kita tidak tahu butirannya dan sebab mereka mengusulkan tindakan itu serta fakta dan angka yang akan meyokong usul mereka.
“Usul datang dari ulama, tetapi saya pasti perwakilan dari sayap lain akan ada pandangan berbeza mengenainya,” katanya kepada The Rakyat Post selepas membuang undi.
Seorang lagi Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad berkata apa yang menarik sepanjang debat itu adalah sekiranya usul itu diterima, Pakatan Rakyat tidak dapat berfungsi dengan baik kerana dua komponen pakatan itu enggan bekerja sama.
“Tanpa hubungan kerja yang baik dengan DAP, tidak mungkin ada lagi Pakata Rakyat kerana pakatan berdasarkan kerjasama tiga parti.”
Tambahnya, usul itu sahaja yang mahukan perpisahan antara dua parti. Ahli PAS yang lain mahu parti itu menguatkan lagi fokus membaikpulih hubungan antara PAS dan DAP.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula percaya Pakatan Rakyat tetap akan kekal cuma ia akan lebih fokus dalam kerjasama antara PAS dan PKR.
“Saya percaya ia tidak akan membawa masalah. Mengenai sama ada ia akan memberi masalah kepada peluang untuk memenangi Pilihan Raya Umum akan datang, semuanya itu akan ditentukan nanti.”
Semalam, Dewan Ulama PAS meluluskan usul supaya parti memutuskan hubungan dengan rakan kongsi DAP tetapi kekal dalam Pakatan Rakyat.
Usul tergempar itu diterima oleh hampir kesemua 644 delegasi yang hadir di persidangan Dewan Ulama.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/04/pemimpin-pas-tidak-sabar-dengar-usul-putus-dengan-dap/#ixzz3c6Md3IMe
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.