Wednesday, July 29, 2015

Dah jatuh di timpa tangga...........

Muhyiddin dijangka dilucut jawatan Timbalan Presiden UMNO
Adam Abu Bakar | July 29, 2015

Dakwaan itu dibuat Zainuddin Maidin susulan pengguguran Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan turut akan dilucut jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Dakwaan itu dibuat oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau Zam.

Zainuddin mendakwa, pemecatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti akan mendapatsokongan sepenuhnya pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat ini kerana tindakannya yang telah melanggar disiplin parti.

Menerusi blog zamkata.blogspot.com, Zam yang merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu berkata, spekulasi beliau berhubung kedudukan Muhyiddin dalam Kabinet ternyata tidak meleset apabila Perdana Menteri telah mengumumkannya pada Selasa.

“Maka ternyatalah Datuk Seri Najib nekad dan berani mengambil risiko paling tinggi yang akan melibatkan masa depan UMNO dan negara demi untuk survivalnya,” katanya.

Beliau berkata, amaran kepada Muhyiddin telah dibuat lebih awal apabila blog-blog milik UMNO dan juga Speaker Sabah, Tun Salleh Said Keruak serta sebuah NGO memperkecilkannya apabila menuduh Muhyiddin gagal sebagai Menteri Pelajaran serta mempersoalkan kesetiaannya kepada Najib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-