Mohamad Fadli | July 24, 2015
Ibrahim Ali berkata apa yang berlaku terhadap bekas-bekas pemimpin Pas itu sebagai balasan kerana selama ini memanggilnya katak.
KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menggelarkan pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada ahli Pas dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai ‘katak-katak baru’ di Malaysia.
Presiden Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu berkata, beliau tidak menyangka sudah semakin banyak katak-katak di Malaysia ini dan tidak ketinggalan ahli-ahli GHB seperti Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
“Dulu selalu kata saya lompat parti macam katak, sekarang ini saya jemput lebih ramai katak dalam negara ini.
“Saya tidak menyangka orang seperti Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Khalid Samad yang Pas dahulunya, kini beralih.
“Maknanya GHB bukan parti politik, tetapi parti katak,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa.
Katanya, apa berlaku adalah balasan terhadap mereka yang selaman ini memanggilnya katak.
“Ini soal political game dan juga kuasa Allah. Lihat dulu mereka tuduh saya katak, sekarang mereka jadi katak,” katanya lagi.
Ibrahim menyarankan sebaiknya ahlo Pas itu seperti Mat Sabu dan ahli dalam GHB memasuki DAP.
“Saya berkata demikian, sebab GHB ini nampak kuat kerja sama dengan DAP.
“Saya rasa lebih baik mereka masuk DAP. Mat sabu kuat sokong DAP, terutama dalam krisis Pas dengan DAP,” katanya.
Tegasnya, sekiranya Mat Sabu masuk DAP, parti DAP perlu buktikan mereka tidak cauvenis.
“Jika ahli-ahli GHB masuk DAP, jawatan-jawatan dalam DAP kena kongsi.
“DAP kena buktikan mereka tidak cauvenis dan baru DAP nampak sama rata, baru multirasional dan ikhlas,” ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Pakatan Rakyat sudah semakin longgar pakatan nya. Ini telah terbukti semasa parti itu menjalankan strategi kempen nya N31 Bagan Pinang. Ol...
-
Hari penamaan calun sudah ditetapkan pade 23hb. Okt, 2013. Tempoh mase untuk berkempen bagi parti2 yang akan terlibat dalam pertandi...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
Ni yang Wak tersangat hairan sekali, ade pulak yang kene main goncang2 pulak baru mau jadi. Kalu tak goncang make iayenye tak boleh menjad...
-
Wak cube tanam pokok ni cume untuk suke2 aje, nampak nye tanaman ni dah mule mengeluarkan hasil nye. Buah ni masih mude lagi dan rase ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.