SEKILAS PANDANG: Idea kerajaan untuk “mengimport” 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh bukan sahaja tidak dipersetujui pembangkang, malah seorang veteran Umno.
Bekas menteri penerangan Dr Rais Yatim baru-baru ini menulis rencana di akhbar Berita Harian tentang “bahaya” membawa sebegitu ramai orang asing ke dalam negara.
Rais yang kini menjadi penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan berpandangan, langkah itu akan memberi kesan buruk kepada negara.
“Ia akan mencetuskan risiko sosio-budaya, serta cabaran kepada keselamatan dan ekonomi kita.
“Kebanjiran orang asing ke dalam negara juga akan mengancam fabrik kebudayaan Melayu,” katanya.
Katanya, orang asing, terutama warga Bangladesh, sangat bagus dalam menyesuaikan diri ke dalam suasana masyarakat kita selepas tinggal di sini untuk beberapa tahun.
“Mereka juga telah mula berkahwin dengan wanita Melayu, mewujudkan kaum Mangla,” katanya berseloroh.
Rais berkata bahawa orang asing sudah mula menembusi setiap perniagaan tempatan – dengan tukang gunting rambut warga India, kontraktor warga Indonesia dan Bangladesh, serta wanita China dalam perdagangan maksiat.
Katanya, kejatuhan empayar Rom yang bertamadun di tangan “orang gasar” yang tidak rinci dengan keadaan kerja mereka, dan berusaha keras sehingga cukup kuat untuk menumbangkan orang Rom.
Rais juga menghentam “sistem pengambilan pekerja asing yang rumit”, yang membolehkan orang tengah dan sindiket mengaut untung jutaan ringgit dalam pemerdagangan manusia.
“Kerajaan juga tidak memberikan latihan bagi melengkapkan orang tempatan dengan kemahiran yang diperlukan yang akan mengurangkan kebergantungan kita terhadap orang asing,” katanya lagi.
“Persoalannya sekarang, adakah kita perlu tambahan 1.5 juta lagi pekerja asing? Apakah jenis kemudahan yang perlu dikongsi rakyat Malaysia dengan pekerja ini, seperti sekolah, pengangkutan awam, makanan, tempat tinggal dan sebagainya?
“Adakah belia tempatan kita akan hilang peluang mendapat tempat di sekolah vokasional memandangkan kerajaan boleh mendapat buruh asing yang lebih murah?” soalnya.
Jika tidak ditangani, katanya lagi, akan tiba saat di mana terlalu ramai warga asing di Malaysia, dan kerajaan tidak dapat menghantar mereka pulang.
Apabila ia berlaku, keadaan akan sama seperti proses natural “kehidupan ‘Willow India’ (sejenis tumbuhan parasit), dan pokok tempatnya tumbuh akan dihisap sehingga kering dan mati.”
Rais menyeru kerajaan agar bertindak pantas untuk membanteras ancaman warga asing membanjiri tanah Malaysia, dan menekankan agar orang tempatan dilatih dengan kemahiran penting bagi mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing.
“Pihak penguatkuasaan perlu bekerja sepenuh masa dalam memastikan warga asing yang sah atau tidak. Pendatang haram perlu dihantar pulang ke negara mereka.
“Menambah 1.5 juta lagi kepada berjuta yan sudah ada di sini hanya mengundang masalah,” katanya.
Benar. Pengumuman menteri dalam negeri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini tentang membawa masuk 1.5 juta warga asing menimbulkan banyak kejutan dan penentangan.
Sehingga ramai yang bertanya, mengapa kerajaan mahu menambah masalah ketika kita sudah pun pening kepala mengawai warga asing yang sedia ada di sini.
Jika mereka dibawa masuk, mekanisme apakah yang akan diguna kerajaan bagi menjamin warga asing ini hanya tinggal dalam tempoh masa yang ditetapkan, dan tidak hilang ketika kontrak hampir tamat dan menjadi pendatang haram?
Namun di sebalik apa sahaja yang disuarakan penentang, langkah ini seolah-olah absah bagi kerajaan.
Memang bagus untuk melihat seorang tokoh veteran Umno menyuarakan kelemahan cadangan kerjaan.
Persoalannya, adakah ia akan mengubah apa-apa?
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Mengapa-cari-masalah-dengan-tambah-1-5juta-pekerja-Bangladesh#sthash.qSgKrs5z.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.