Showing posts with label Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Show all posts
Showing posts with label Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

Mengapa cari masalah dengan tambah 1.5 juta pekerja Bangladesh?

oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG: Idea kerajaan untuk “mengimport” 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh bukan sahaja tidak dipersetujui pembangkang, malah seorang veteran Umno.

Bekas menteri penerangan Dr Rais Yatim baru-baru ini menulis rencana di akhbar Berita Harian tentang “bahaya” membawa sebegitu ramai orang asing ke dalam negara.

Rais yang kini menjadi penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan berpandangan, langkah itu akan memberi kesan buruk kepada negara.

“Ia akan mencetuskan risiko sosio-budaya, serta cabaran kepada keselamatan dan ekonomi kita.

“Kebanjiran orang asing ke dalam negara juga akan mengancam fabrik kebudayaan Melayu,” katanya.

Katanya, orang asing, terutama warga Bangladesh, sangat bagus dalam menyesuaikan diri ke dalam suasana masyarakat kita selepas tinggal di sini untuk beberapa tahun.

“Mereka juga telah mula berkahwin dengan wanita Melayu, mewujudkan kaum Mangla,” katanya berseloroh.

Rais berkata bahawa orang asing sudah mula menembusi setiap perniagaan tempatan – dengan tukang gunting rambut warga India, kontraktor warga Indonesia dan Bangladesh, serta wanita China dalam perdagangan maksiat.

Katanya, kejatuhan empayar Rom yang bertamadun di tangan “orang gasar” yang tidak rinci dengan keadaan kerja mereka, dan berusaha keras sehingga cukup kuat untuk menumbangkan orang Rom.

Rais juga menghentam “sistem pengambilan pekerja asing yang rumit”, yang membolehkan orang tengah dan sindiket mengaut untung jutaan ringgit dalam pemerdagangan manusia.

“Kerajaan juga tidak memberikan latihan bagi melengkapkan orang tempatan dengan kemahiran yang diperlukan yang akan mengurangkan kebergantungan kita terhadap orang asing,” katanya lagi.
Berhubung pendedahan baru-baru ini bahawa ada sejumlah tujuh juta pekerja asing dalam negara (dan hanya 2.2 juta yang diambil mengikut undang-undang), Rais menyifatkan angka itu sebagai merisaukan. Malah, katanya lagi, angka itu hanyalah anggaran dan tidak tepat sepenuhnya, memandangkan maklumat pekerja asing tidak pernah didedahkan kepada umum.

“Persoalannya sekarang, adakah kita perlu tambahan 1.5 juta lagi pekerja asing? Apakah jenis kemudahan yang perlu dikongsi rakyat Malaysia dengan pekerja ini, seperti sekolah, pengangkutan awam, makanan, tempat tinggal dan sebagainya?

“Adakah belia tempatan kita akan hilang peluang mendapat tempat di sekolah vokasional memandangkan kerajaan boleh mendapat buruh asing yang lebih murah?” soalnya.

Jika tidak ditangani, katanya lagi, akan tiba saat di mana terlalu ramai warga asing di Malaysia, dan kerajaan tidak dapat menghantar mereka pulang.

Apabila ia berlaku, keadaan akan sama seperti proses natural “kehidupan ‘Willow India’ (sejenis tumbuhan parasit), dan pokok tempatnya tumbuh akan dihisap sehingga kering dan mati.”

Rais menyeru kerajaan agar bertindak pantas untuk membanteras ancaman warga asing membanjiri tanah Malaysia, dan menekankan agar orang tempatan dilatih dengan kemahiran penting bagi mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing.

“Pihak penguatkuasaan perlu bekerja sepenuh masa dalam memastikan warga asing yang sah atau tidak. Pendatang haram perlu dihantar pulang ke negara mereka.

“Menambah 1.5 juta lagi kepada berjuta yan sudah ada di sini hanya mengundang masalah,” katanya.

Benar. Pengumuman menteri dalam negeri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini tentang membawa masuk 1.5 juta warga asing menimbulkan banyak kejutan dan penentangan.

Sehingga ramai yang bertanya, mengapa kerajaan mahu menambah masalah ketika kita sudah pun pening kepala mengawai warga asing yang sedia ada di sini.

Jika mereka dibawa masuk, mekanisme apakah yang akan diguna kerajaan bagi menjamin warga asing ini hanya tinggal dalam tempoh masa yang ditetapkan, dan tidak hilang ketika kontrak hampir tamat dan menjadi pendatang haram?

Namun di sebalik apa sahaja yang disuarakan penentang, langkah ini seolah-olah absah bagi kerajaan.

Memang bagus untuk melihat seorang tokoh veteran Umno menyuarakan kelemahan cadangan kerjaan.

Persoalannya, adakah ia akan mengubah apa-apa?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Mengapa-cari-masalah-dengan-tambah-1-5juta-pekerja-Bangladesh#sthash.qSgKrs5z.dpuf

Wednesday, January 7, 2015

Polis sendiri tak tahu kandungan surat Zahid


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berunding dengan pihak polis sebelum menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Paul Phua, yang didakwa seorang 'raja judi'.

Menurut sumber polis, malah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

“Tiada sesiapa pun dalam polis tahu berhubung surat itu atau kandungannya.

“Kami hanya difahamkan kewujudannya selepas perkara itu didedahkan oleh media,” kata sumber kepada Malaysiakini.

Sumber itu juga menafikan bahawa pasukan itu membuat kesilapan seperti didakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi enggan mengulas berhubung perkara itu dan berkata soalan itu sepatutnya diajukan kepada pihak menteri. - M'kini

Thursday, February 7, 2013

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kate PAS kuat tak perlu bantuan parti lain .............


PAS Tidak Perlu Bergantung Kepada Parti Pembangkang Yang Lain - Zahid

BAGAN DATOH: PAS mempunyai kekuatan sendiri dan tidak perlu bergantung kepada parti lain dalam pakatan pembangkang bagi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam politik, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Oleh itu, katanya bukan sesuatu yang mustahil jika suatu masa nanti PAS akan meninggalkan pakatan pembangkang.
"Sejarah telah memperlihatkan bahawa mereka (PAS) menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1972 dan atas ketidakpersetujuan mereka telah pun meninggalkan BN.
"Jadi tidak mustahil pada kali ini mereka juga meninggalkan pakatan pembangkang kerana bagi saya kekuatan PAS adalah kekuatan tersendiri dan saya tidak fikir mereka memerlukan kekuatan daripada DAP," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada 1,405 nelayan di kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini, Khamis.


Wak tak heran bile Datuk ni kate PAS kuat dan tak perlu pertolongan parti lain. Ini dah pun terbukti pade PRU12 yang lepas beliau hampir tumbang. 

Perak P75, N53, N54

P75 BAGAN DATOH
Jumlah Pengundi: 34,670
Peratusan Kaum: M: 56.97% C: 19.31% I: 23.68% L: 0.04% 
1. Datuk Ahmad Zahid Hamidi (BN) (13,115) 
2. Madzi Hasan (PKR) (10,423) 
Majoriti: 2,692
Jumlah undi: 24,352
Peratus mengundi: 70.24%
Undi rosak: 814
Penyandang: Datuk Ahmad Zahid Hamidi (BN)
(Majoriti: 12,539 undi) 

N53 RUNGKUP
Jumlah Pengundi: 13,912
Peratusan Kaum: M: 66.76% C: 22.74% I: 3.27% L: 0.05% 
1. Shaarani Mohamed (BN) (4,984) 
2. Mohd. Misbahul Munir Masduki (Pas) (4,530) 
Majoriti: 454
Jumlah undi: 9,828
Peratus mengundi: 70.64%
Undi rosak: 314
Penyandang: Shaarani Mohamad (BN)
(Majoriti: 2,330 undi) 

N54 HUTAN MELINTANG
Jumlah Pengundi: 20,758
Peratusan Kaum: M: 50.41% C: 17.01% I: 32.54% L: 0.04% 
1. S. Kesavan (PKR) (7,804) 
2. S. Thangasvari (BN) (6,083) 
Majoriti: 1,721
Jumlah undi: 14,523
Peratus mengundi: 69.96%
Undi rosak: 636
Penyandang: Datuk G. Rajoo (BN)
(Majoriti: 3,759 undi)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-