Ditulis oleh Izwan Abdul Halim
KEPALA BATAS : Seluruh ahli PAS perlu berperanan sebagai agen parti yang gigih membawa mesej dakwah dan penerangan PAS dalam memperjuangkan Islam hingga akhirnya diterima oleh masyarakat, demikian seru Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.
Katanya, masalah dihadapi sebalik perkara tersebut apabila maklumat tidak sampai dan salah lapor oleh khususnya media baharu yang sememangnya mempunyai agenda tersembunyi melalui laporan dan cara melaporkan.
“Mereka yang menggunakan media baharu untuk memesongkan pemikiran masyarakat kita. Di luar sana ada ‘Warlord’ yang merancang dan mengatur strategi untuk menguasai suasana supaya masyarakat mengambil maklumat secara salah,” terangnya pada ceramah di Markas PAS Negeri Pulau Pinang, Pongsu Seribu di sini 27 Jun lalu.
Beliau mengemukakan contoh berkaitan ucapannya pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 lalu yang diputar belit kononnya mahu menyerang DAP dengan siku dan lutut.
Jelasnya, siku dan lutut itu hanyalah simbolik kepada kesediaan untuk mempertahankan diri dan bukan berhasrat menyerang mana-mana pihak.
“Saya kata tolonglah jangan hina PAS, jangan persenda Islam diperjuangkan oleh PAS, jangan perlekeh gerakan Islam didokong oleh PAS ini. Kerana kami dari Dewan Ulamak, walaupun rata-rata nampak memakai jubah dan serban, tetapi dalam jubah itu ada siku dan lutut.
“Kami ada siku dan lutut yang boleh digunakan untuk mepertahankan Islam apabila Islam dipersenda, kepimpinannya diperlekeh, tak kan kami nak berpeluh tubuh? Tiba-tiba keluar di media (menyatakan) PAS mahu ajar DAP dengan siku dan lutut menggunakan ayat menyerang. Itu satu contoh putar belit,” luahnya kesal.
Ustaz Nasrudin seterusnya memetik hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Jangan kamu bercita-cita mencari musuh, sebaliknya mintalah dari Allah pemeliharaan. Namun seandainya kamu bertemu musuh, pertingkatkanlah kesabaran kamu. Ketahuilah sesuangguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang.”
Jelasnya, Nabi mengguna pedang tidak siku dan lutut, namun membawa mesej sama iaitu Islam mesti dipertahankan dan tidak membiarkannya diherdik atau dipandang rendah.
Tegas beliau, perjaungan silam ada izzah kerana para pejuangnya adalah golongan yang dimuliakan dengan Islam.
Oleh itu, ahli PAS mestilah tidak merasa ragu untuk bercakap mengenai Islam, tidak rasa terbeban menyampaikan Islam serta tidak merasa kerdil dan hina untuk menjulang panji perjuangan Islam.
Menurut beliau, bersama komitmen dinyatakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS akan mengadakan jelajah ke negeri-negeri seluruh negara bagi beri penjelasan yang betul mengenai perjuangan Islam di bawa PAS.
Tegas Ustaz Nasrudin, PAS tidak membawa permusuhan, sebaliknya hadir sebagai harapan kepada masyarakat serta untuk memimpin kepada masa depan yang baik bersama Islam agar selamat di dunia dan di akhirat.
Manakala katanya, bagi mereka yang tidak bersedia menerima Islam, sekurang-kurangnya mereka tidak menentang Islam apabila dapat memahami bahawa Islam dibawa PAS adalah perjuangan suci untuk memastikan masyarakat bebas dari cengkaman jahiliyyah dan kezaliman pemerintahan tidak berteraskan Islam.
Tanpa menafikan bahawa mutakhir ini PAS berhadapan banyak mehnah dan ibtila’, namun jelasnya, perkara itu semua telah menjadi sunnatullah perjuangan Islam.
“Perlu yakin, bahawa semua itu pasti akan memantap dan mengukuhkan lagi perjuangan jamaah kita. Paling penting kita kena bersabar dan beristiqamah. Jangan cepat kecewa kerana tidak ada istilah kecewa dalam kamus perjuangan.
“Kitalah yang akan terus membawa bahtera penyelamat ini, namanya Islam. Yakinlah, pertolongan Allah itu sangat hampir dan Allah tahu bilakah jadual kemenangan itu,” ujarnya membangunkan motivasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Wak tak heran jike di suatu hari nanti negeri Malaysia ni akan jadi milik Cine sepenuh nye........ Wak memang kagum dengan lagu UMNO yan...
-
AZIZAH SHAFIEI 24 SEPTEMBER 2017 Shamsul Anuar dan Ismail Sabri bersama masyarakat setempat serta lima pelajar Tahun 1 yang menerima repli...
-
Wak nak cerite sikit tentang kejayaan2 UMNO selame menerajui pemerintahan negare selame hampir lebih dari 60 tahun. Mungkin ramai juge yang ...
-
Inilah akibat nye apebile kite memilih orang yang tak beriman sebagai ketue. Ketua Kampung Halau Pertugas Bantuan Banjir (Gambar) Tra...
-
tyrazalhe 11/08/2019 BANGI, 10 Zulhijjah 1440H, Ahad – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hun mengingatkan masyarakat berlainan bang...
-
malaysiakini.com Diterbitkan Hari ini 5:42 pm Mesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 1 petang tidak membuat...
-
Sebuah NGO yang dikenali sebagai Pemantau Malaysia Baru akan menganjurkan himpunan pada 16 Julai bagi membantah 'pemerintahan DAP'...
-
Seniwati Neng Yatimah Meninggal Dunia Di Singapura Seniwati veteran terkenal zaman filem Studio Jalan Ampas Singapura iaitu Neng Yatimah, ...
-
puteradaily.com May 1, 2021 6:49 pm PAS Johor hari ini secara terbuka menyatakan rasa tersisih mereka dalam isu pembahagian majlis kerajaan ...
-
Umno diramal bakal menerima padah dalam pilihan raya umum akan datang susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung tugas ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.